York Swirls

Wednesday 24 December 2014

PT 3

Assalamualaikum~

Baru-baru ni 22 Disember 2014... telah diumumkan result PT 3. Adik saya 2 orang gi kem membaca, yang paling kecil duduk kat Taska. Jadinya, yang teman saya gi ambil result cumalah umi, kakngoh, kakcik ngan Eyman. Masa on the way ke sana, saya rasa sesak nafas je~ Disebabkan perasaan berdebar sangat... saya takleh nak siapkan kad untuk kawan2 saya. Ada yang dah siap dan ada yang belum. Sian diorang, nama tak tertulis di hadapan kad mereka. Dalam kad tu, saya sertakan lukisan saya dan sedikit pesanan dari saya (copypaste je... tp x ingat dari ane). Saya lukiskan 11 orang mengikut turutan KAiSHA DAFHAE. Huhu~ Sorilah kalau ada lukisan tu tak berapa berkenan di hati. >< Apa pun, saya sangat mengharap korang simpan dengan baik, okey?

Dalam dewan, saya duduk kat belakang... samalah dengan Dhirah ngan Syidah. Yang lain duk kat depan pastu terselit kat tengah tu, Dbah. Sekolah saya ada 3 orang yang dapat straight A dan salah seorang kawan saya. Pastu, yang 10 A ada gak 2 orang lagi. Tahniah korang sebab dapat dinobatkan sebagai pelajar cemerlang. Seramai lima orang daripada 10 orang terdiri daripada budak kelas saya. Rasa happy buat mereka. ^_^ Kemudian, barulah boleh amik result masing-masing. Result saya? Biarlah rahsia. Bukannya membanggakan sangat pun, tapi masih boleh disyukuri sebab dengan
 result saya tu, saya masih boleh stay sekolah maza. Lebih kurang 29 orang yang x leh stay, sian diorang. Harap-harap diorang dapat jaga diri baik-baik. Risau gak. Susah nak dapat tarbiah kat luar sana.

Selepas amik result tu, saya nangis. Sebab apa? Biar saya je simpan sebabnya. Takleh bagitau. Malu gak sikit sebab hidung jadi merah sangat. Kemudian, saya bagi kad tu kat lapan orang kawan saya. Dua orang lagi, Aisya ngan Dbah balik awal, jadi x sempat nak bagi. Mirah bagi gambar dan Rasyid lak bagi nama kat semua sep kelas. Pastu, ayah Nana dan beberapa orang ibu bapa kawan2 saya ambik gambar kitorang ngan pengetua dan guru kelas. Kitorang ingat nak ambik gambar dengan semua sep2 kitorang tapi, itulah... dah ada yang balik awal. Jadinya tak sempat. Moga berjumpa lagilah tahun depan. Mungkin tak sama kelas, tapi kalu masih boleh kawan... moga-moga berkekalan till jannah. Amin!!!

Then, Ustaz Rahim post pasal aliran form4 nanti. Hmm... bile tengok2, nampaknya saya kena ambil aliran Thanawi. Melalui sijil yang saya dapat, semuanya semacam ke arah Thanawi. Memang takleh masuk langsung aliran Sains. Tak apalah. Kita kena berfikiran positif. Mungkin ada hikmah disebalik setiap yang berlaku. Jadi, terima sajalah. Mana tahu, mungkin saya lebih sesuai di aliran Thanawi, kot. Insya-Allah!


 Lukisan saya...hehe (kad yg hanis punya)


gambar and nama yang diberi


Us. Rahim post dlm fb pasal syarat kemasukan



No comments:

Post a Comment