York Swirls

Thursday 13 June 2019

Ini baru permulaan

Assalamualaikum pembaca blog sekalian.

Setiap kali ada adik saya balik rumah, saya selalu bercerita kat dia. Sampaikan dia dah bosan dengan cerita saya. Senang dapat meluahkan yang terpendam, tapi still tak semua yang berjaya diluahkan.

Mungkin sebab tulah kot, saya buat blog ni. Kebanyakannya pun memang dipenuhi dengan cerita saya. Mungkin agak memalukan. Tapi, saya tak kisah sangat pun.

Saya punya impian sendiri. Impian ni terbit sudah lama. Malah, itulah yang membuatkan saya masih lagi bersama dengannya walaupun kadang saya tinggalkan sekejap. Nak tinggal, tapi takleh. Sebab tanpa impian, susah kita nak hidup. Tanpa tujuan, hidup kita tiada perisa.

Saya ingin berkata manis, tapi takut nanti saya yang jadi hipokrit. Saya ingin jadi pendakwah, tapi saya sedar diri ni bukanlah baik sangat pun. Saya sendiri tak sempurna.

Saya mengimpikan untuk create anime, tapi yang berlatarbelakangkan islam. Saya tahu benda itu besar dan sepatutnya saya sendiri yang perlu menjaga diri untuk membolehkan saya mencapai impian tersebut.

Tapi, bila umi suruh saya masuk stam, means saya kena tinggalkan impian saya, sebab saya dapat diploma animasi ataupun digital camtu, saya tak ingat mana dah. UniSZA plak tu, okeyh dah bagi saya. Tapi, umi tak bagi. Sebab mungkin ianya tak berlatarbelakangkan islamik mana. Sedih bukan main, sampai saya sendiri merajuk dengan mak saya kerana perkara tersebut. Hahah *awkwad laugh. Bila teringat balik, rasa sayu kejap dengan impian lama tu.

Tapi, sekarang saya dah cuba untuk baiki balik niat saya. Saya cuba untuk tak stres dengan takdir yang dah berlaku. Saya luahkan pada kawan saya. Saya jugak ada baca beberapa buah buku. Untuk saya sesuaikan dengan keadaan saya ni.

Makanya, beginilah persepsi saya sekarang. Mungkin, saya ambil jurusan lain, tapi still saya masih lagi dikurniakan tangan. Saya masih lagi dikurniakan bakat melukis, Saya tak boleh berhenti semata-mata takdir saya berbeza dengan apa yang saya nak jadi. Tak semestinya kalu saya ambil jurusan agama, saya tak boleh kerja dengan jurusan yang lain. Banyak orang yang menjadi bukti, bahawa benda ni tak mustahil. Cuma jalannya agak sukar kerna ia tak straight to the point.

Ada lagi jalan lain yang saya boleh guna. Tapi, masih dalam perancangan. Mungkin sekarang masih tak nampak lagi hasilnya. Ini baru permulaan. Masih lagi dalam tempoh usaha.

Doakan saya.

(Kalau berminat nak tengok karya lukisan saya, boleh bukak Instagram dan carilah @_hudahud22 )

14062019
12.10 pm