York Swirls

Wednesday 27 December 2017

Peluang

Setiap kali aku pandang anime,
Setiap kali aku pandang komik,
Dan, setiap kali aku pandang course animation... multimedia,

Setiap kali tu jugalah aku lemah...

Kerana, sekarang sudah semakin sukar
untuk aku kejar impian aku,
cita-cita aku.

Tapi, aku cuba juga cari hikmah.
Mungkin Allah sediakan aku peluang,
peluang yang hanya akan datang,
kalau aku terus stay kat sekolah ni,
ambil subjek ni,
mendapat jawatan ni.

Dan aku nampak apa peluang itu...

Aku rasa bersyukur kerana diberi peluang itu,
Peluang...
untuk aku menjadi lebih berani,
untuk aku jadi lebih bertanggungjawab,
untuk aku jadi lebih matang,
untuk aku jadi lebih berkepimpinan

Peluang...
untuk aku berjumpa dengan Yuni,
yang tiba-tiba menghilang tahun lepas,
yang tiba-tiba pindah tanpa khabar.

Peluang... 
untuk aku menolong cikgu yang banyak bagi ilmu kat aku,
untuk aku lebih mengenali cikgu-cikgu,
yang aku dahulunya selalu tak ambil kisah,
untuk aku lebih fahami pengorbanan mereka.

Peluang...
untuk aku dalami lagi ilmu agama,
yang dulunya aku selalu letakkan dalam buku sahaja.
untuk aku ditarbiah agar tidak lupa diri.

Peluang...
untuk aku belajar memahami manusia,
yang dulunya aku anggap tidak penting,
kerana mereka bukan sape2 dengan aku,
untuk aku belajar kesusahan mereka,
untuk berubah kerana kami tidak sama,
kerana kami dikelilingi orang yang berbeza tahap agamanya,
untuk aku fahami apa yang ada pemikiran mereka,
kerana bukan semua orang boleh terima kita,
perspektif manusia berbeza-beza,
untuk aku fahami bahawa luaran tidak menggambarkan dalaman,
kerana boleh jadi ilmu mereka lebih tinggi.

Peluang...
untuk aku menguruskan sesuatu,
yang belum pernah aku bayangkan,
serius! bahagian lawatan!
aku bayangkan perkara itu mudah,
tapi sebenarnya sukar,
dan akan menjadi lebih sukar sekiranya tiada kerjasama.

Peluang...
untuk aku merindui sahabat-sahabat aku,
yang telah 5 tahun kami bersama,
satu kelas...

Kalau diikutkan hati,
masih banyak lagi yang ingin aku luahkan,
tapi hanya ini yang mampu aku ungkapkan,
tangan aku sudah mula letih,
dan adik aku datang... Hahah

sebab laptop kat rumah rosak,
habis laptop saya pula yang digunakan... -,-

Saturday 23 December 2017

Keberkatan

Assalamualaikum...

Nak cerita ni..

Pernah suatu hari saya bertugas dengan seorang sahabat ni, kami sempat berdebat dengan dua orang pelajar. Dua lawan dua.. adil lah tu. Dan, disaksikan pula beberapa yang lain.. tak ramai, mungkin kurang daripada 10. Saya tak sempat nak kira sebab asyik sangat berdebat dengan pelajar tu.

Kami berdebat di bilik study.. tajuk debat kami, 'Keberadaan pelajar di dewan makan bagi yang makzurah sebelum aktiviti maghrib'. Panjang tak? Saya tak tahu nak pendekkan macam mana.. Takut salah faham pula.

Tidaklah saya ceritakan secara detail dalam ni semua perdebatan kami...

Masa tu, keluar isu keberkatan.

"Dalam bilik study ni pun ada keberkatan. Kenapa perlu masuk dalam dewan makan?"

Masa tu, saya keliru dengan kata-kata pembangkang.

Saya sebagai pihak kerajaan, hanya terdiam. Menyesal tak tuntut ilmu awal-awal. Soalan itu senang tapi, bila tak ada ilmu.. jawapan tak boleh main hentam je.

Kenapa perlu masuk DeMa?

Dalam DeMa ( Dewan makan), kami diajar untuk membaca ma'thurat, mendengar tazkirah dan berzikir. Andainya korang nak study, silakan.. tapi, sebaiknya sebelum dan selepas selesai aktiviti tersebut.

Dalam sebuah buku bertajuk Cinta High Class yang dikarang oleh Dr Farhan Hadi dan Fatimah Syarha ada diceritakan tentang keberkatan...

'Apa yang dimaksudkan sebagai keberkatan kualiti masa?'

'Apabila kita belajar, kita dapat rasakan banyak ilmu yang masuk. Apabila kita buat sesuatu tugasan, tugasan kita menjadi senang dan lancar. Pendek kata, dalam hari tersebut banyak perkara yang kita mampu lakukan. Rahsianya, hiduplah berdampin dengan Pencipta 'keberkatan' dan bacalah selalu ayat-ayat cinta-Nya"

Perhatikannya... dan pilihlah.

Bukan mudah untuk memberanikan diri berdebat. Perlu ada keberanian dan ilmu yang tinggi. 🤓

Friday 15 December 2017

Muhasabah

Yang ni saya copy dari group batch saya... Saje je berkongsi 😁😁

✍🏿  Muhasabah Hati ...

_Mereka yang menulis dan menyampaikan kebaikan, menularkan semangat dan kekuatan. Tidak semestinya mereka adalah yang paling baik, yang bersemangat, yang tenang atau yang mampu menjaga kekuatan._

_Barangkali disebaliknya, segala tulisan itu hanyalah cara mereka untuk menguatkan dirinya sendiri._

_Menasihati dirinya sendiri._

_Membangun kembali semangat dan kedamaian di hati._

_Jadi, jangan pernah merasa kamu sedang digurui jika membaca tulisan-tulisan itu._

_Ambilah kebaikan darinya dan semoga energi-energi positif dalam tulisan itu juga sampai padamu._

_Turut menguatkan dan mendamaikan hatimu._

_Ketahuilah, sipenulis itu juga sepertimu hanya seorang hamba yang sedang dalam percaturan Ilahi._

_Bahkan, untuk menulispun dia perlu digerakkan olehNya walau sehebat apapun kemampuannya memenuhi baris aksara._

_Jika tanpa ada Allah yang Maha Menggerakan seluruh makhlukNya, tidaklah dia dapat menulis apa-apa._

_Dan dia seiringkan semua itu dengan doa untuk selalu minta digerakkan hatinya malah tangannya._

_Minta diluruskan niatnya dan minta diberi selalu petunjuk dan kemudahan._

_Dalam berfikir, memilih kata dan menuangkannya melalui pena yang kita punya._

_Sebab tanpaNya, tanpa digerakkan olehNya, kita tidaklah mampu melakukan apa-apa._

_Benar kan?_

Di sebalik setiap tulisan yang menguatkan. Ada penulis yang sedang berjuang menguatkan hatinya sendiri. Yang melalui tulisannya ia mampu sekaligus menguatkan hati pembacanya.

Agar satu dari mereka tidak merasa paling berat sendiri bebannya.

_Andai Hassan Al Banna dengan kisah perjuangan._
_Andai Umar Abdul Azziz dengan kisah pemerintahan._
_Andai Billah bin Rabbah dengan kisah kehambaan._

_Maka kau dan aku adalah kisah persahabatan._

_Untuk saling mengingatkan tentang setiap kisah diperjalanan._

_Agar dikejatuhan antara kita bukanlah terbiar dan terus tersungkur._

_Tapi dipimpin semula hati untuk bangun dan bertahan._

_Walau sekadar diantara lantunan aksara_

_Andai bunga indah kerana warnanya._
_Andai bulan indah kerana sinarnya._
_Andai laut indah kerana birunya._
_Maka perhubungan kita indah kerana ingatan dan keimanan..._


# Warkah Waraqah
# SilaShareTanpaEdit

Thursday 14 December 2017

Komik

Hati rasa segan. Diri ini terasa seperti diperhatikan.

Aku mengangkat kepalaku yang tadinya tunduk. Mataku terpaku melihat rakan-rakan sekelasku yang lelaki sedang berkumpul. Kenapa rasa macam mereka sedang bercakap tentang aku, eh? Perasan betul! Aku tepis bayangan aku.

Tapi, diorang kejap tengok aku, kemudian bincang balik. Entah apa yang dibualkan dengan muka macam tu. Senyum-senyum pula. Ada yang tak kena ke dengan aku. 

........

Tiba-tiba je kawan saya yang perempuan menyapa...

"Huda!" dia buka buku komik dan menunjukkan sesuatu. Saya sendiri terkejut. Ada nama saya kat dalam buku ni. Kejap! Bukan ini lukisan saya ke? Saya hantar... oh ya, baru teringat! Saya ada hantar lukisan saya kat komik ni. Tapi, sekadar suka-suka je. Tak ada feeling apa pun. Komik ni pun saya tak pernah baca. 

Haha.. sejak hari tu, saya baru start baca komik bersiri tu. Saya pun dah tak ingat tajuk apa entah. Yang saya ingat cerita pasal bola je. 

........

Saya buka facebook. Saja belek-belek cerita orang. Saya tak berapa minat nak cerita kat laman sosial sebab orang kenal saya. Diorang perhatikan saya. Sikap saya.. Baik ke tidak and then judge. Saya malaslah nak layan sangat judge orang. Saya pun tak pandai bermadah. Dalam blog ni je saya boleh nak luah sebab... saya tak tahu siapa yang baca. Kalau saya tahu, mungkin rasa segan tu ada... Yelah, cerita tentang hidup saya. Blog ni macam diary saya. Siapa yang tak malu kalau diary nya dibaca. 

Tapi, kenapa saya tulis juga dalam ni. Just for fun! Tak semua cerita pun saya cerita dalam ni. Ada yang saya tulis tapi, tak publish... 

Ops! Ini dah melangkah jauh dah. Sambung balik... Saya belek-belek cerita kemudia jumpa komik yang dilukis Hanza. Saya memang minat sangat lukisan dia. Cerita dia pun boleh tahan juga. Apa pun, lukisan dialah memang cantik. Dia macam idola saya... for drawing lah. Saya tak tahu dia punya perangai. Kenal pun tidak.. Hmm... best tengok dia punya description. Budak course animation. Bersinar mata saya bila membaca. 

Saya minat course tu... tapi, tak apalah. Mungkin ada lah kot.. hikmahnya saya masuk STAM. Hmm.. memang banyak pun hikmahnya.. Nanti kalau saya cerita, habis pasal benda tu je. 

Okey! Sambung balik... Hanza masuk pertandingan CKOM 2017. Saya berminat nak tahu. Laman web matkomik saya buka. Deadline line dia lagi dua minggu... Saya pun mula karang cerita, tapi tak banyak pun saya fikir sendiri. Lebih banyak tanya adik-adik saya. Sebab adik-adik saya jenis yang suka bercerita nonstop. 

........

Lusa deadline dah... tapi, semangat saya dah semakin luntur. Cerita siap.. Tapi, thumbnaik tak habis lagi. Macam kurang page je. Nak 10, baru selesai 4. 6 lagi macam mana? Rasa down jugak. And then mula dah tak layan komik tu. Tak tahu nak isi dengan apa lagi. Tak tahu nak lukis macam mana lagi. Saya fikir lagi. Bual sorang-sorang.. dalam hatilah. Kang cakap kuat-kuat, gila pula dikatakan.

Cerita boleh tahan, tapi lukisan tak lah cantik mana. Baik tak payah hantar kalau tak nak malu.

Ah! Peduli apa kata orang. Awak dah cuba. Dalam tu ada juga dakwah... mana tahu terselit juga pahala kat situ. Allah tengok pada usaha bukan keputusan.

Thumbnail tak lah cantik mana. Lukisan macam tak berapa betul je. Tangan watak ni... hmm.. betul tak posisi dia? Awak nak hantar lukisan macam ni?

Biarlah! Sekurang-kurangnya bila nampak lukisan sendiri dalam laman tu, dah rasa happy dah. Lega sebab berjaya sahut cabaran. 

Boleh dapat no ke? Komik orang lain lebih mantap dari awak punya. Hadiah best ni... fuh! Duit, komik, and bla bla bla...

Betulkan niat! Lukis komik bukan semata-mata nak dapat no. Belum cuba, belum tahu. Lagi pun, first time kot. Biasalah tu kalau tak berjaya. Yang gagal tu jadi pengajaran. Mana tahu akan datang lebih baik.

.........

Tapi, begitulah... kata-kata sahaja tidak bermakna tanpa tindakan. Haha... saya... macam tulah jugak...

Jangan contohi sikap saya ni...

Jadinya, saya ingat nak belajar sikit-sikit dulu. Mana tahu akan datang lebih baik...

Apa pun, saya tahu... saya cuma bagi alasan je ni..
Tapi, sekurang-kurangnya... bila saya baca balik, saya akan sedar, dulu saya punya impian yang begini.




Monday 11 December 2017

Ujian Kelayakan

Alhamdulillah...

Selesai juga program hari ni..

Pagi-pagi lagi setelah hantar 3 orang adik saya ke sebuah kem di Tahfiz As-Saabiqun... umi hantar saya pula ke sekolah. Tibanya kat sana, dah penuh dengan kereta. Sampai tu dalam 8:30 pagi juga. And then, sarapan dan dengar taklimat.

   Kalau ikutkan tugasan, asalnya hanya perlu menanda kertas je.. tapi, kemudian cikgu minta tolong jagakan kelas sekejap. Saya hanya menurut.

Yang datang membantu hanya 3 orang je. Saya, Ramlah dan Irfan. Yang lain mungkin ada sebab. Takleh nak tuduh macam-macam gak. Tu pun mujur ada orang. Hahah -,-" Ada 14 bilik kalau saya tak silap... saya pun tak berapa tahu mana. Saya hanya menurut sahaja. Hehe..

Tapi, yang saya pasti ada lebih 400 pelajar darjah 6 yang tersenarai. Saya tengok sendiri senarai tersebut. Itupun dah kira ramai dah. Tapi, sebenarnya bilangan pelajar yang menduduki ujian tersebut berkali ganda. Saya pun tak berapa pasti berapa bilangan sbenar. Cikgu saya kata ada 4 buah sekolah menjadi pusat peperiksaan untuk masuk SMAASZA. Yang saya ingat kat Mahmudiah, Al-Falah.... Ha! Yang tu jelah yang saya ingat cikgu sebut. Yang lain tak berapa tangkap sebab duk pikir mende lain.

   Okey... sambung pasal tadi. Saya pun ke bilik 7. Ada beberapa orang pelajar dah mengambil tempat. Ibu bapa mereka pun ada bersama. Bila nampak macam ramai dah dalam kelas, saya pun dengan selambanya masuk ikut depan dan letak kertas soalan beserta beg di atas meja guru. Kemudian keluar.

Series rasa segan gila, sebab lama dah tak handle benda macam ni. Jadi rasa gelabah sikit. Muka gelabah tu... tak tahulah nampak ke tidak. Tak.. kot? Saya pun pandang kelas sebelah. Tc Aza!

Tc pun bagilah beberapa pesanan... saya pun mengangguk je. Tengok jam... lagi 15 minit, tapi tunggu rasa macam tak bergerak pun masa. And then, masuk balik kelas.

Serba salah rasanya nak minta ibu bapa keluar. Takkan nak kata "Ibu bapa boleh keluar ye," walaupun dengan kata-kata yang sopan tapi, masih terasa kasar.

So, saya pun katalah, "erm.. kita dah nak mulakan ujian," Lega sebab mak ayah faham. Mereka pun keluar. Terketar-ketar tangan plus sejuknya walaupun tak hujan sebab dah lama tak cakap depan orang ramai. Kira ramailah tu walaupun tak sampai 30.

Saya ada beberapa gambar, tapi entah apa masalah... susah pula nak upload. Jadi, saya malas ambik kesah... dah tekan banyak kali dah.

Kemudian... bermulalah ujian... Beberapa minit kemudian, Tc Norizan datang. Saya pun lega sebab dah boleh keluar. Dengan happynya saya melangkah keluar dari kelas.

Saya bergerak ke bilik mesyuarat pula. Tengok2, tak ada pun Ramlah. Tengah jaga kelas lagi kot. Irfan pun tak ada gak. Alone... taklah alone sangat. Adalah cikgu kat sana, tapi, saya bukan jenis yang mudah sangat beramah dengan cikgu. Saya pun duduk je kat situ, tunggu kertas untuk ditanda.

Sampai setakat ini sahajalah. Saya dah letih dah tulis panjang-panjang. Hahah
Apa pun, siapa pun yang membaca ni.. jangan lupa study ye.




Sunday 3 December 2017

Tak Jadi

Assalamualaikum..

Hehe.. kembali lagi saya ke sini..
Bukannya saya tipu nak buang blog... nak delete blog ni...
Tapi... bila sebulan dah fikir balik...
Rasa sayang pulak nak buang, banyak sangat kenangan dalam ni.

Nak buat blog baru, rasa macam mood tak sama dengan blog ni.
Hahah >_<

Apa pun... tak jadilah saya nak delete blog ni..
Saya delete blog saya yang baru tu aje lah...
Rasanya blog tu pun, tak sentuh mana sangatlah...

Ok, lenkali saya citer pasal sekolah saya
Tahun ni, masuk form 6 rendah.. macam-macam gelagat sorang2
Tapi, itulah yang nantinya jadi part dalm kenangan yang tak dilupakan..