York Swirls

Friday 26 February 2016

Jom masuk U!

Assalamualaikum! ^_^

    Entry kali ni, saya nak cerita... tahun ni dah SPM. Habis SPM... saya akan masuk U! Excited ni sebab dapat tengok suasana baru yang lain daripada sekolah menengah. Berdebar gak hati ni... Biarlah.




    Pada tarikh 13 Februari, saya dan seluruh form 5 gi UniSZA. Ada program Jom Masuk U. Saya naik bas yang ketiga nak ke sana. Sampai je... ramainya manusia. Pastu, solat Zuhur. Saya ngan sahabat2 baru sampai tapi, yang lain dah selesai solat. Bye~ Selamat menjelajah! Nanti kitorang menyusul. Abis solat, barulah kitorang masuk. Banyaklah jugak U rupanya kat Malaysia. Dalam kepala terbayang sikit je, sbb asyik duk ulang U yang sama je. Pastu, kitorang berpecah. Saya ikut je diorang. Seganlah nak gi sorang2. Dari U ke U lain, macam2 kerenah... ada yang pandai bercakap, ada yang senyap terus, gi kat dia tak layan pun... ada yang terus terangkan satu persatu tapi, paling seronok... kebanyakan booth minta isi borang. Saya ingatkan dia akan hantar apa2 pasal tersebut melalui emel... tapi, bila saya check tak ada apa pun. Banyaklah juga U yang kitorang tengok2 tapi, taklah semua sebab bukan semua yg kitorang minat. Ada gak kitorang sempat amik gambar dengan cik Bee. Ada nama tp x ingat nape...






    Selesai menjelajah... saya sempat belajar memanah. Erk! Saya x berapa kuatlah nak tarik. Saya tahu saya x pandai mana main, jadi saya beli satu badge sebagai kenangan. Nak dapat percuma susah sebab nak kena target tengah2 3 kali. Isy, tarik tali anak panah tu pun saya x kuat. Dua kali anak panah saya melantun. Lawak pulak rasa -,-



    Dalam bas (on the way balik asrama) saya terfikir nak jadi apa. Tapi, saya tak naklah cerita kat sini. Siapa yang tahu tu... sahabat2 saya satu sekolah. Tak nak heboh lagi. Cuma nak cerita je... saya risau kalau mak saya dah ada rancangan untuk saya. Jadi, saya tanya mak saya hari ni. Mak saya kata 'Ikutlah nak jadi apa2. Umi tak tahu yang mana akak boleh gi'. Saya tersenyum. Hehe... gembira. Mak saya tanyalah nak masuk fakulti mana. Saya pun ceritalah segalanya. Tapi, tak tahu lagi nak masuk U mana sbb nak tengok2 dulu yurannya. Takut kalau yang mahal tak mampu pula. Saya ada rancangan nak masuk U mana cuma nak kena fikir panjang lagi. Benda ni bukan perkara main2. Penting untuk masa hadapan. Masa itu emas!

   Saya harap korang pun ada rancangan masa depan yang terancang. Benda ni takleh fikir masa akhir... kena rancang awal2, sekurang-kurangnya nampaklah jugak ke mana kita nak pergi. Tapi, ikutlah nak rancang selepas SPM ke tak. Yang penting sebelum masuk U kalau tak nak menyesal di kemudian hari.

Wednesday 10 February 2016

Cuti raya cina

Assalamualaikum...

Saya taklah sambut tahun baru cina,
saje je tulis tajuk cuti raya cina...
sebab benda ni happened masa raya cina.
tak kisahlah benda ni penting bagi korang ke tak,
tapi.... yang pasti,
ia bawak kenangan pada saya,
walaupun mungkin kelihatan remeh  ^_^

Ayah sedare saya pindah rumah,
dekat je ngan rumah saya...
tak sampai 5 minit dah sampai.
Anaknya sama baya dengan saya,
tapi, saya taklah rapat mana dengan dia.
Bila jumpa, just senyum je... saya x pandai borak
Tahun ni, azam saya nak rapatkan hubungan kami,
So, saya ke rumahnya
(debar gak sbb tiba2 je, entah apa yg ada dlm fikirannya)
saya bawa buku2 subjek fizik sekali dengan BK 1,
saya ada 2 motif ...
   Yang pertama, nak rapatkan hubungan dgn dia
   Yang kedua, nak study dgn tenang...
banyak sgt benda yg melaghakan bila duk kat rumah (walaupun takde tv)

Saya panggil dia 'Ya'.
Saya x tahu kenapa, tp itu memang panggilannya sejak saya kecik lagi...
Hari Jumaat, saya pergi petang..
Hari Sabtu, pergi pagi.. takleh gi petang sebab dia nak gi umah tok wan kat K. Berang. Pastu dpt tahu kak long (sepupu) gi Amsterdam sbb pertukaran pljr. Bestnya!!!


Ni gambar dari atas. Bestnya blh main salji ^^ 



Hari Ahad, gi petang.. takleh gi pagi, sbb saya gi teman adik saya jumpa doktor gigi

Hari Isnin, saya balik ke rumah mak tok kat Setiu
sempat singgah kat masjid UniSZA...

Adik2 saya smpat gak main kat sana.. Seronok tengok diorg happy 😃

Hari Selasa, pergi ke Kelantan... ada kenduri kahwin kat Jeli
Anak sedare mak tok yang kahwin... Gi kul 9 pagi, balik kul 6 petang...
Letih rasanya walaupun kebanyakan masa duk dlm kereta,
Sesak gila jalan... penuh ngan kereta.
 'Lunar New Year' lah katakan


Saya sorg je gi (family saya)... yg lain tu sume sepupu saya. (Bosan duk kat umah) -,-

Malam tu, pak su gie belanja KFC. Family mak lang pun datang. Seronok dapat berkumpul ramai2. Abis makan.. Kak Wani ajak main werewolf guna tepon. Saya ikut je. Lama tak main dgn sepupu... last time main masa kecik... tak tahu apa itu ikhtilat. Main sekali dgn sepupu laki. Yang dah beso dua org je. Sorang 20 tahun ngan form 3 sorang. Yang kecik sorng je.. best ^^

Hari Rabu, balik ke rumah...

Then, Khamis... gi sekolah. Tido kat asrama, sebab ada kelas tambahan =,=


Thursday 4 February 2016

Tahun ni SPM

Assalamualaikum,

   Alhamdulillah dapat balik minggu ni. Ingatkan tahun SPM balik sekali sebulan je. hmm..
Hari pertama sekolah, cikgu dah bagi banyak kerja sekolah. Biasalah tu SPM. Kelas KKQ masih berjalan seperti biasa tapi tahun ni lain sikit. Setiap form streaming kelas, sape bijak, kelas depan, kecuali form 5. Sebab result pekse akhir tahun tak berapa adil .. ada dapat soalan bocor sekali dengan jawapannya dan masa tu banyak aktiviti yang pelajar sertai, ada yang x sempat nak studi. Jadinya, streaming kelas selepas tov ni, akhir bulan 1.

   Ahli dorm pun sekolah tukar, ikut usrah, mentor-mentee. Satu dorm ada 2 usrah, sekali dengan naqibah. Bilik saya ada seusrah je. Kemungkinan besar, form 1, form 4 baru masuk. form 1 ada 3 orang ... Anis, Ain dan Farhah. form 4 sorang je, kesian dia. form 5 ada 5 orang termasuk saya. jadi, ada 9 orang ahli bilik saya. susah skit nak studi dalam bilik sebab bdak sains tulen saya ngan Nana je. Tempat studi pun tukar... Muslimin study kat blok form 4 ngan form 5. Kalau muslimat studi kat blok form 1, 2, 3 kecuali form 4, 6 ... studi kat dewan makan.

  Sambutan maulud tahun ni, Alhamdulillah, masih disambut. Perarakan x meriah mana... tapi saya paling suka masa pertandingan bercerita. Pertandingan tu taklah formal mana, santai je. lebih kepada tazkirah daripada bercerita. tak apa, pengisiannya lebih penting.

  Marathon tahun ni Alhamdulillah dapat no... walaupun taklah top 20, tapi happy gak ah... sebab sblm ni tak pernah dapat...

  Akhirulkalam, setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Sabarlah dan belajar untuk reda dengan ketentuan-Nya. Cikgu tak ubah peraturan untuk susahkan pelajarnya, tapi untuk dorong mereka jadi pelajar yang berakhlak mulia. ^_^