York Swirls

Thursday 28 February 2013

Kalam Jamaie - Khadijah

KALAM JAMA'IE JOHAN PERINGKAT AWAL
Seminggu sblm minggu cuti cina, ada buat pemilihan sape dpt masuk kalam jamaie.
Saya teringat kat kawan lama dulu, jd saya pun turut serta dlm pemilihan tu.
Pemilihan awal kene ikut kelas. ustzh suruh baca teks.
Alhamdulillah, terpilih. Seramai empat org pljr kelas saya terpilih.
Pemilihan akhir kene baca gok, tp kali ni kene bernada dan bergaya.
Alhamdulillah, terpilih jugak. Rasa nak jerit je masa tu sbb x sangka terpilih.
Yelah, kwn2 saya yg pernah masuk x terpilih... sian diorg... >.<

Hari nak balik umah kene ambik text yg kene hafal.
Empat kertas! Wow, agak2nya bleh x entah saya hafal dlm seminggu.
Sekolah saya cuti seminggu. Hehe...
Tak de pun org cina.
Minggu bertanding, x sempat nak belajar pun sbb sekolah saya plg lewat buat latihan
Jd, kitorang buat latihan pagi, ptg dan malam.
Hari bertanding...
Wow, debo gilerr. Tanding kat SMA Marang. Dok jauh ane pun.
Ramai yg dtg. Sedihnya, x de sorang pun yg saya kenal...
Tak apa! Don't be sad!
Masa nak start dah, kitorang ambil posisi masing2.
Dhirah (conductor) dah start berjalan. Bunyi tepukan dan gaya lembutnya jelas sgt.
Terus dapat tepukan dan sorakan padahal tak de pun penyokong.
Time kasih sape yang tepuk ngan sorak tu...
Plg riuh masa buat gaya superb tu
masa nak umum sape  menang.... debo giler.
saya pun start zikir byk2. oh please ya allah, i beg you...
.....................
ALHAMDULILLAH, dpt johan!
Dgn izin Allah, berkat solat hajat satu sekolah, doa dan kerja keras
kami BERJAYA
peringkat akhir, lawan kat sekolah semasik lak.
hope ada kesempatan jumpa kawan lama, Aina!

JOHAN KALAM JAMA'IE PERINGKAT AKHIR

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi,
Sekolah saya berjaya menjadi johan dlam pertandingan kalam jamaie.
Manakala sekolah yang mendapat tempat kedua SMA Maarif dan
tempat ketiga pula disandang oleh Imtiaz Kuala Terengganu

peserta kalam jamaie 2013.

Banyak perkara yang saya belajar sewaktu latihan,
saya belajar memahami guru2 yg tlh banyak bertungkus lumus\
saya belajar mematuhi masa yang penuh dengan nilai yg berharga
saya belajar menjadi seorang insan yang sabar dlm melayani kerenah mereka

Sbg tanda penghargaan, bdop kalam jamaie diberikan peluang keluar dari asrama,
\kami pergi berjalan-jalan di \teluk ketapang,
menikmati anginnya serta makanannya yang enak

Saya rasa malu melihat kawan2 menagih janji guru,
untuk memberikan kami kebebasan,
saya kasihan buat guru2 yg telah byk menolong kami
sepatutnya, kami berikan sebuah penghargaan yg besar,
agar mereka dapat rasakan betapa syukurnya kami
apabila dikurniakan guru2 yang sgt mengambil berat ttg hal kami
Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan buat guru2
TERIMA  KASIH , CIKGU

sebelum kami buat persembahan,
sep puan kena make-up,
wait?! make-up?
saya takut dan risau,
takut saya kalu tabaruj ni,
mujurlah tak tebal sangat,
tapi disebabkan warna kulit saya cerah,
bibir saya jelas kelihatan bergincu,
saya x habis2 tutup muka saya,
saya malu bila ade org tengok saya make-up,
kawan saya kata saya nampak macam org darat,
macam org yang tak pernah pakai make-up,
saya pernah tapi itu masa kecik2,
saya mahu make-up depan suami saya bkn org ramai,

satu persatu sekolah buat persembahan,
kini tiba waktu kami buat persembahan,
hati saya berdebar-debar dan ianya jelas kelihatan,
tangan saya pun dah jadi sejuk & terketar-ketar,
saya lepaskannya dgn senyuman dan suara,
boleh dikatakan menjerit,
suara kami yg kuat memberi kejutan kpd penonton,
semangat kami utk menang perlu ditunjukkan,

PERSEMBAHAN DEPAN SULTAN

Cikgu2 teruja tunjuk ajar kami camne nak ngadap sultan nanti,
pastu, cikgu kata kalu tak buat betul2 nanti kena marah ngan S/U sultan,
Cikgu kata thn lps bdop SHAMS kene marah sampai nangis...
Betul ke? Kitorng sume jadi berdebar-debar...

Cikgu suruh kitorang(sep puan) bawak bju aspuri, baju rasmi dan baju pengawas.
Baju pengawas? Saya nak pinjam ngan sape?
Sume bju pengawas milik kawan2 saya dah kene pinjam,
Baju Kak Asiah yang saya pinjam pun dah kene pinjam oleh Kak Chain Storytelling
So... saya sedih, kemana perlu saya cari lagi,
Saya tiada kawan lain, Saya menangis,
Sewaktu saya lalu dekat dewan makan,
Alhamdulillah, Allah menghantarlan saya seorang kawan,
Ya Allah, Saya terasa ingin memeluknya,
Dia berikan pertolongan kat saya,
Dia temani saya ke semua bilik untuk meminjam baju pengawas,
Cuma satu bilik sahaja lagi tapi masih tiada baju pengawas untuk saya pakai,
Sungguh, Saya dah letih naik tangga, ke sana  sini,
Saya betul-betul dah putus asa sangat,
Tapi, Aisya tetap tenangkan hati saya,
Kami berdua pun berdoa supaya ada baju yang boleh dipinjam di bilik terakhir ni,
Alhamdulillah, Syukur kepada-Mu ya Allah, Beribu-ribuuu syukur,
Kak Hajar sudi beri pinjam, Moga engkau rahmatinya, Rahmatinya banyak2,

Hari Sabtu-20/4
       Kitorang bersiap sedia. Sume baju dah gosok dan dah letak dalam beg. Keje sekolah BA pun saya bawak. Kitorang patutnya bertolak kul 11 pagi, tapi bdop laki ada byk ngat masalah sampai kene bertolak kul 11.30. Masa nak gi UiTM, Dungun tu, saya tertidur. Ngantuk bercampur bosan. Afiqah duk sebelah saya. Dia asyik baca buku karya Ain Maisarah. Saya tak nak baca buku. Takut2 nanti rasa pening, sakit kepala nanti susah lak hati saya. Kitorang menginap di hostel kat UiTM yang dinamakan Redang 4. Saya tido sebilik dgn Afiqah dan Nasuha. Kedua-duanya Form1. Saya tido bilik 12, sebelah bilik Aisya. Masa duk kat sana, saya rasa serabut sangat. Terutama sekali dengan Afiqah. Dia selalu minta ditemani. Saya mahu juga habiskan masa dengan buat kerja saya. Takkan saya perlu ikut dia selalu. Hanya sekali dua sahaja saya bagi alasan. Malas sangat nak layan kerenah dia. Nasuha kawannya itu pun rasa geram gak sampai bila dia bercakap ngan Afiqah dia tegaskan suaranya. Saya masih mampu bersabar cuma banyak bagi alasan sahaja. Saya pun kadang2 gi bilik Aisya biar dia x ganggu. Ada gak saya dengar suara dia panggil saya kat luar, tapi saya x layan. Takkan dia nak jadi penakut macam tu sampai ke tua?

21/4
       Majlis penutup yang dihadiri sultan ini sepatutnya dimulakan pada 8 pagi. Tapi entah apa masalahnya dilewatkan. Saya dan Aisya habiskan masa bersama. Kitorang main Chain Storytelling versi Melayu. Kelakar gilerr ceritanya tapi, kertas yang menyimpan cerita kami itu disimpan Aisya. Tak sempat nak pinjam ngan dye. Kitorang sampai kat sekolah lebih kurang kul 3.40 ptg. Saya tolong cikgu angkat barang untuk diletakkan dalam bilik guru besar.Selesai sahaja, saya terus ke kelas untuk ceritakan pengalaman saya kat Khadijah. Khadijah tak habis2 tanya samada saya rindu kat dia tak. Sudah tentu, saya rindukan perangai manisnya itu. Kelakar betul saya tengok Khadijah. Habis prep petang, saya terus ke bilik. Tetiba je bdop Kamelia dan Najihah serang saya dengan pertanyaan. Saya hanya kerutkan dahi. Soalan itu tak de kaitan masa saya gi kat UiTM Dungun. Mereka ceritakan kat saya yang Khadijah pengsan.

WHAT?!
KHADIJAH PENGSAN?!

Terkejut saya. Apa yang berlaku kat Khadijah. Kamelia ceritakan kat saya yang ada ura-ura kata Khadijah pura2 pengsan. Saya x percaya terus. Saya langsung tak percaya. Bagi saya, Khadijah pura2 pengsan adalah impossible? Saya terus ke biliknya untuk dapatkan penjelasan sebenar, apa yang berlaku. Khadijah seorang yang jujur dan wark. There's no way she lie to me. Ainun pun x tahu ape, Ainun kawan pertamanya di smaasza , kawannya yang paling rapat. Khadijah dia. Riak wajahnya kelihatan sedih.
Khadijah pun cerita kat saya..... (sori cerita itu dirahsiakan) Khadijah sedih, saya pun turut sedih melihat dirinya yang dikatakan pura-pura pengsan

Thursday 14 February 2013

Miss her drawing

Saya baru lps shopping kat Sabasun...
Keluarga saya tak pilih market yg dekat sbb itu kepunyaan org Cina,
Takut2 ada barang haram kat sana, wallahualam

Kat sana saya teringatkan Aina,
Best friend saya masa saya sekolah rendah dan still...
dia masih kawan baik saya dalam hati saya...
Saya takkan lupa memori kami bersama,

Saya teringat memori  masa dia melukis...
Bila tengok buku sketch,
dia suka sgt kat bende tu, miss her so much,
Baru2 ni, dia ada chat ngan saya dlm fb,
Katanya nak masukkan saya dlm grup yang dia buat,
Semestinya ia berkait dgn apa yg plg dia suka buat...
Dia tunjuk ajar, minta ajar dan kelihatan sgt gembira...
Dia mcm dah jumpa dah kawan baik yg baru,
Dan kebetulan, kwn barunya itu sama sekolah ngan kwn baik saya di sekolah menengah,
Jadi, saya mintak tolong Khadijah suruh kawannya itu kirim salam kat Aina,
Harap dia ingat....

This is her drawing...
lukisan Aina Michi

Tuesday 12 February 2013

New life, New story

Pd thn baru ni, ada byk bende baru berlaku.
Want to know what? (mmg nak citer pun, kalu x ayat pertama saya x lah ckp pasl benda tu)

Firstly, Blok asrama tingkatan 2 dah bertukar ke blok B. Huhu~ (sedih)
Saya duduk kat bilik 5B. Mujur bukan kat tingkat atas sekali...
kalau x, kurus kering dah saya sebab letih naik tangga.
Dahlah kelas saya tingkat atas sekali.
Nisah dan Nana yang juga rakan sekelas saya turut sebilik dgn saya.
Yea! (melompat kegembiraan- Hahaha)
Ops, itu bkn peribadi muslimah, patut ucap Alhamdulillah byk2.
Alhamdulillah, syukur pd-Mu. ^_^

Secondly, Kedudukan kelas jugak bertukar.
Dari kelas kedua jadi, kelas pertama.
Saya dan tanya kat kawan2 ngan cikgu apa sbbnya?
Adakah disebabkan kelas saya paling top skali dlm periksa baru ni?
Ataupun bende lain?
Tapi, jawapan mereka berlainan.
Saya langsung x faham..
Biarlah, asalkan saya masih sekelas dgn kawan lama.
Hehe... luv u guys!

Thirdly, saya bkn lagi kelab kompang..
Yea! Saya x suka betul jadi ahli kelab tu, langsung x aktif.
Boringlah... Jadi, saya masuk kelab Bahasa Arab.
Kenapa ye? Saya pun x tahu.
Yg terlintas dlm fikiran saya cuma Bahasa Arab.
Nak kata pandai, taklah sgt.
Markah saya atas tong je. 80%

Lastly, saya akan jadi seorang kakak walaupun mmg dah jadi kakak pun.
Tapi, yg tu kat rumah. Kali ni, kat sekolah...
Saya ada adik yg ramai. Mereka semua macam dah mature lake.
Saya jadi malu pulak. Rasa macam kecik je di mata mereka.
Mereka tinggi2 lake. Saya kecik je~
Dalam bilik saya pun ada tingkatan 1.
Seramai lima orang, kesemuanya masuk kelas 1A4.
Apa maksudnya A ye? Ada kak kata maksudnya Arab. Entahlah..
Mereka itu ialah Najihah, Zarifah, Sarah, Kamelia dan ...?....
x ingatlah sape nama sorang lagi.


Monday 11 February 2013

Detik2 terakhir Siti Hajar


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada perkongsian satu kisah benar yang ditulis sendiri oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (Al-Fatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.


6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.

Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu. Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.

Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”

Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.

Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”

“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.

Kami tanyakan “kenapa senyum?”
Dia jawab…”Ada bau wangi sangat”.
“Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang..tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget – masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya. Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.

Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :

“Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”

Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata
“mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”

“Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.

Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? JawapannyaTIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya

Friday 8 February 2013

Ping pong

Tahun ni, saya ada buat penyertaan dalam sukan ping pong. Alhamdulillah terpilih lawan rumah sukan lain (bkn terpilih sgt, dah memang tak ada yg nak sertai. Cukup2 doh orangnya)
Saya bljr ngan Nisah, merangkap kawan sekelas, dan teman bilik.
Saya ada jugak belajar dari kak2 yg pernah main dalam MASMAT.
Nisah  kata, kalu nok main ping pong, kena ada keyakinan diri,
Insya-Allah, saya cuba tingkatkan keyakinan
pastu Nisah pesan jgn debor ngat sebab kekgi tangan jadi ketar.
Sungguh ah, masa first time main, tangan ketar gilerr
Okeylah sini saya nak bagitahu sedikit cara-cara utk main ping pong.
Kalu nk tahu lebih lanjut, senang citer, tengok je dlm youtube.

Biasanya pungutan mata ialah sebanyak 11/21mata (lelaki & perempuan).
Terdapat beberapa peraturan untuk membuat servis iaitu:-
a) servis akan bermula dengan bola mesti sentiasa berada di dalam  tapak
tangan bebas yang pegun, terbuka dengan jari tertutup dan  ibu jari bebas.
b) tangan bebas yang membawa bola mesti sentiasa berada di atas
 permukaan meja dan di belakang garisan meja.
c) semasa membuat servis , bet mesti berada di atas permukaan  meja
 dan memukul di garisan belakang meja.
d) bola mesti dilempar tegak sekurang-kurangnya 16 cm ke atas oleh  tapak
 tangan tanpa menjanakan sebarang putaran.
e) Bola mesti dipukul semasa ia menurun supaya dalam permainan
 perseorangan, ia melantun di kawasan pembuat servis dan  kemudian di
 kawasan penerima. Dalam permainan bergu, ia melantun di  kawasan
 kanan pembuat servis dan kemudian di  kanan penerima.
f) Pemain yang membuat servis perlu meastikan bahawa tindakannya
 dapat dilihat sepenuhnya oleh pengadil.
 servis tidak boleh terlalu jauh dari bahagian badan kecuali
 lengan,kepala atau kaki apabila diukur dari jaring.
h) jika bola tersentuh jaring semasa melepasinya ,satu penggilan 'net'  akan
 disebut dan servis terpaksan dilakukan semula

Pastu, sini ada gok peraturannya. Bolh jadi panduan skit utk saya dan awk kalu berminat lar


Berikut adalah di antara peraturan yang telah diterima pakai:
-  Penentuan servis mula dibuat mengikut undian.
-  Ketika membuat servis bola perlu dilambung sekurang – kurangnya 6  
   inci.
-  Mana-mana servis dibuat yang tidak mengenai bola adalah dikira telah
   membuat servis dan mata diberikan pada lawan.
-  Ulangan servis perlu dilakukan setiap kali bola terkena jaring yang  
   masuk ke gelanggang lawan (tiada had).
-  Bola yang masuk secara melencung ke gelanggang lawan (tidak melalui
    jaring) adalah dikira.
-  Bola yang terkena tangan dan masuk kegelanggang lawan juga dikira.
-  Mana-mana pemain yang menampan meja ketika membuat pukulan
   dikira batal.
-  Bat yang terkena meja di mana-mana semasa permainan tidak dikira
    batal.
-  Kiraan mata setiap pemainan adalah 11/21.
-  Setiap keputusan pengadil adalah mutamad.

Okey, doakan saya dpt yg terbaek eh!