York Swirls

Saturday 22 December 2018

Temuduga di SMAASZA

Assalamualaikum, kali ni nak kongsi sedikit pengalaman sebagai salah seorang helper.

Pagi-pagi sebelum Subuh dah bangun, semuanya sebab hari ni nak keluar dari rumah. Pergi ke sekolah bukan untuk belajar tapi hanya untuk menolong cikgu.

Selesai hantar adik ke Sabiqun, terus meluru ke sekolah. Tak sempat nak masuk lagi dah sesak jalan, penuh dengan kereta.
Ramai mak ayah yang hadir bersama anak-anak mereka yang terpilih.

Saya dan dua orang adik saya terus ke bilik mesyuarat al-mukhtar.

Pagi tu, sarapan dah tersedia. Terasa macam seorang je yang makan sebab yang lain macam tak berselera lagi agaknya. Entahlah, mungkin sebab awal pagi lagi, jadi tak terasa nak makan.

Sudah tu, terus saya gi kat cikgu dan tanya apa yang perlu dibuat memandangkan sekarang dah nak dekat jam 9 pagi. Waktu ujian bertulis bermula. Tapi, memandangkan masih ramai cikgu yang tersekat dalam kesesakan lalu lintas tadi. Saya menggantikan Ustaz Saifuldin dan Ustaz Fahmi untuk menjaga bilik 7. Blok D, tingkat 2, kelas kedua dari tangga depan.

Saya yang tukang bagi kertas, bagi arahan mula, tukang jawab soalan kalau ada yang bertanya.

Hmm.. gitulah pekerjaan saya masa tu.

Satu jam setangah berlalu...

Saya keluar dari kelas memandang ustaz Din dah masuk untuk ujian lisan pula.
Bertembung dengan Tc Azalina, bual skit dengan Tc tanpa menyedari ada sesuatu yang saya tertinggal.

Bila saya berada di tangga bilik mesyuarat, saya teringat.

Kertas ujian! Dah tu, buat apa saya balik sini kalau kertas ujian tak ada pada saya.
Asal saya datang sini untuk menanda kertas.

Saya pun pusing balik.
Dengan pusingan itulah, banyak benda yang terjadi.

Saya bertembung dengan Luqmanul. Baru sedar kewujudannya. Ingatkan dia dah tak datang. Tidak mencari pun, tapi tidak ternampak. Dia satu-satunya yang sebaya ngan saya. Sukarelawan yang lain kebanyakannya 6 Rendah.

Saya bertembung pula dengan jiran sebelah. Dia yang menyapa saya, saat itu, dia sedang menunggu. Hakimi adalah salah seorang daripada pelajar yang terpilih.
Saya mencari kelibatnya dan mengukirkan senyuman kepadanya. Lambaian tangan yang penuh semangat saya berikan. Teruja sebab lama tak nampak.

"Kakak" itulah panggilan yang jiran saya gunakan untuk saya. Saya tak tahulah dia tahu ke tidak sebenarnya nama saya. Tak kisah sangat pun, tapi yang lawaknya sampaikan satu family tu panggil saya kakak.

Kenapa? Semuanya bermula dengan adik-adik saya. Mereka teman sepermainan, dan saya sebagai kakak sulung pula saya biasanya teman mereka. Tengok-tengok mereka.

Okey, saya nak kongsi juga macam mana bentuk soalan dia. Ada tiga bahagian. Pertama, Bahasa Arab. Kedua, Usuluddin dan ketiga Syariah. 

Saya agak terkejut dengan soalannya. Semuanya perlu dijawab dalam bahasa arab. Bahkan soalannya sendiri dalam bahasa arab. 

Mujurlah soalannya tidak berbentuk subjektif. Kebanyakannya berbentuk objektif memandangkan jawapannya sudah berada di dalam kertas ujian. Soalan berkaitan dengan tajwid pun ada. Dalam 2 soalan sahaja. 

Keseluruhannya 80 markah. 20 markah lagi melalui ujian lisan. 

Sedikit tips, kalau tak faham soalannya, cubalah bertanya sikit kat cikgu yang bertugas. Kalau bernasib baik, mana tahu cikgu tu ustaz ustazah, jadi bolehlah nak translate serba skit walaupun tak bagi jawapan. 

At least, semuanya kena berjawab. Kalau tak jawab semua soalan, sayang sangat. Mana tahu, jawapan yang diteka tu betul. Hanya perlu tembak aje. Jawapan kebanyakannya sudah ada pada soalan. 

Bagi yang terpilih, korang sepatutnya menghargai peluang ini. Yang hadir ujian lebih kurang 500 orang. Dan yang terpilih tidak lebih daripada separuh. 

Sekadar itu sahaja. Moga dapat membantu kalian. Ini sekadar berdasarkan pengalaman saya tahun 2018. Jadi, untuk yang akan datang, saya tak tahu sama ada ia akan menukar format soalan ataupun tidak. 


Friday 23 November 2018

Jamuan batch

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, baru-baru ni kami, pelajar STAM 2018 berjaya jugak mengendalikan sebuah jamuan. Asatizah kami menyerahkan segalanya kepada kami untuk menguruskan sendiri. Bukan mudah sebab bukan asatizah yang mengajar kami sahaja yang diundang, bahkan seluruh guru-guru dan staf sekolah kami jemput. Awalnya risau juga sebab nak kena kendali banyak benda. Takut tak cukup duit tulah salah satunya dan Alhamdulillah dana mencukupi malah ada lebihannya.

Kad jemputan simple untuk guru-guru kami,, buatan sendiri. 

Jamuan ni diadakan pada hari Isnin, 12 November bersamaan 11 Rabiul Awal.
Cerita ni mungkin personal + umum skit.

Pagi selepas Subuh dan bacaan Ma'thurat, saya terlelap sebentar. Mengantuk sebab semalam tidur lewat gara-gara nak siapkan beberapa tempahan bookmark memandangkan esoknya saya akan balik rumah, dan berkemungkinan dah tak datang sehingga tibanya result STAM. Kemudian, Tiekah mengejutkan saya. Tengok-tengok saya berada di dalam sebuah bulatan. Cepat-cepat saya duduk di tepinya setelah mengambil buku Yasin. Ingatkan nak baca Yasin, rupanya surah Waqi'ah. 

Ni salah satu bookmark yang saya jual. 

Pagi-pagi tu, sebelum perhimpunan bermula, saya singgah ke kelas untuk meletakkan barang-barang. Nampaknya hari tak ada solat hajat dan bacaan Yasin kerana pelajar SPM ada peperiksaan penting. Kami, pelajar STAM tidak menyertai pelajar-pelajar lain berhimpun memandangkan kami disuruh untuk berkumpul di Surau Muttaqin.

Bila dah tiba, 2 ekor kambing dan 2 ekor biri-biri sudah diikat. 

Yang jelas kelihatan cuma seekor je. Tp, kalu perhati betul2, ada 3 ekor dlm gambar. 
Seekor bawah pokok dan seekor lagi diikat pada tiang gol.

Saya tak nak bercerita panjang. Rasanya cukuplah gambar yang menceritakannya. 

Ni masa awal2 muslimin nak ikat.

Satu-satunya gambar yang ada saya,, hahah,,
keje saya masa ni tukang ambik je,, bahagian dokumentasi,,
jd kalu bab2 sembelih, kerat2, masak2, basuh2 tu saya dok wat.
Kalu x, kekgi gambar2 tu x sempat nk ambik, sbb kena ambik bhgn wat kerja bukan saje posing2 gitu.

Sebelum mula apa-apa, kami membasuh perkakas yang ada.


Ayam yang nak kena sembelih

Pemantauan oleh ustaz2. Alhamdulillah,, semua ayam sah dari segi hukum.
Maka, tiada satu pun yang jadi bangkai. 
Ayam tidak boleh disembelih dengan memandai-mandai. Perlu ada pantauan, perlu ada ilmu.
Jadi, sape2 yang nak belajar, sila call Ustaz Saiful Amri dari sekolah SMAASZA ye.
Kalau nak belajar sembelih lembu, kambing dan biri-biri pun boleh.
Mengikut pengalaman ustaz setakat ni, ustaz pernah sembelih lembu seorang diri sahaja, dan hanya mengambil beberapa saat sahaja.

Ustazah Assalamiah dan Ustazah Azizah pun turut membantu kami.

The most brave muslimah. The one yang sembelih biri-biri.

Ni yang last kena sembelih. Sabar kami menunggunya puas makan.

Sampai sini sahajalah. Rasanya dah memadai walaupun banyak lagi gambar. Papepun, banyak pengalaman yang diperoleh kat sini. Jamuan batch ni mungkin yang last tahun ni. Tahun depan in shaa Allah, datang ke sekolah untuk mendapatkan result STAM pada 17 Januari ni. Dah tak lama. Cuma sebulan lebih aje. 

Di sini, SMAASZA, kami ditarbiah, dan banyak yang kami pelajari diaplikasi. Kerana di SMAASZA, pelbagai jenis manusia kami jumpa. Yang baik, yang nakal. Biah di sini tidak sama dengan tempat lain kalau kita benar-benar join setiap program. Kalau tak join, memang tak rasa mana perbezaan tersebut. Saya yakin itu kerana saya merasai perbezaan yang mendadak sebagai pelajar arus perdana dan pra-u.

Terima kasih sahabiah dan asatizah sekalian kerana mengajar kami erti Islam. 
Memberi kami cahaya untuk kami keluar daripada kegelapan.
Sentiasa memberikan kami nasihat saat kami mula alpa.
Bersabar dengan segala tingkah laku kami.

Terima kasih.







Wednesday 14 November 2018

STAM berbeza.

Assalamualaikum...

Lama tak menyapa blog ni. Kalau jadi rumah, tak tahulah dah besar mana sesawang kat sini.
Papepun, gembira dapat menulis hari ni. Exam penting tahun ni dah berlalu, dan kini tinggal
seminggu je lagi, my school life as student will meet the end.

Tak sangka, akhirnya berjaya juga keluar dari sekolah ni. Hahah
Bunyi macam terseksa je,, hmm,, bolehlah dikatakan begitu.
Kat mana-mana sekali pun pasti ada ujian yang datang, kan?
Even kalau bukan kat sekolah, kat lain mungkin lagi parah.
Semuanya untuk menjadikan diri ni lebih kuat.

In shaa Allah, 17 Januari 2019, result STAM akan diumumkan.
Saya tiada kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan perasaan ini.
Lebih mudah kalau hari tu tiba sendiri. Sekarang bukan masa yang sesuai
untuk cerita tentang hari yang penuh debaran tu.

STAM.

Walaupun saya berada di sekolah yang sama, berada di sekolah ini dari tingkatan 1
hinggalah tingkatan 6, terasa perbezaannya.
Suasananya, tingkahlakunya, hobinya, asatizahnya.
Saya sendiri tak sangka saya masuk STAM dan kini dah habis pun.
Perbezaannya mungkin ada kaitan juga dengan siapa saya berkawan.
Memandangkan saya sentiasa berkepit dengan orang yang sama dari Form 1 sampai SPM.

Tapi, bila Form 6, kawan-kawan saya dah berterabur.
Walaupun berpisah jauh, tapi, masih lagi berhubung.

Menjadi pelajar STAM, saya diberi jawatan.
Saya kemudian kena ambil tahu tentang keadaan semasa sekolah.
Penting untuk saya kenal setiap pelajar.
Menganalis sikap sorang-sorang untuk mengendalikan mereka.
Kemudian dilantik menjadi penolong kelas.
Sebelum ni tak pernah, sebab memang tak nak ambil peduli sangat.
Sebab tahu, walau sekecil mana atau sebesar mana jawatan itu,
ia masih lagi digelar sebagai amanah yang mana nanti akan ditanya.
Dan, biasanya kawan-kawan saya yang lain lebih layak.
Tapi sebab saya sorang je yang tahu camne sekolah ni berurusan, saya dilantik.

Menjadi pelajar STAM, saya mula berhati-hati dalam berkawan.
Saya tak nak rapat sangat, sebab tak tahu macam mana kehidupan akan datang.
Takut kalau terlalu rapat, dugaan berkawan bukan mudah.
Kepercayaan kita akan diuji, persahabatan belum tentu kukuh.

Kemudian, saya perhati sikap sorang-sorang,
saya tak rapat sangat dengan kakak2 STAM,
yang saya tahu mereka sangat menjaga diri dari fitnah.

Bila perhati, ramai antara mereka ni sangat suka mendengar ceramah.
Bukan ceramah sangat, lebih kepada kuliah agama.
Kebanyakan tokoh-tokoh agama mereka kenal.
Hadis-hadis mereka hafal,
malah ada di kalangan mereka membaca kitab-kitab arab yang tebal2,
suka kepada majlis ilmu,
suka mendengar nasihat,
sentiasa dahagakan ilmu,
sentiasa mahukan sesuatu yang bermanfaat,
tidak mahu menyiakan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat.

Rasa kerdil je bila dibandingkan dengan diri ini.

Jadi, saya mula belajar,
macam mana nak adapt dengan suasana sebegini.

Bila bersama mereka,
kawan-kawan daripada aliran STAM,
saya tak sangka saya boleh terbitkan rasa ingin,
ingin turut serta mencari ilmu agama walau di mana jua,
ingin membaca kitab-kitab arab yang tebal2,
ingin kepada itu dan ini,

Dan di sekolah ini,
kami sentiasa diperhati,
mengambil jurusan agama dan paling tua,
maka setiap tindak-tanduk kami sangat diambil berat,
memandangkan kami yang menjadi contoh kepada adik2.

Dan di sini juga,
asatizah kami sentiasa memberikan nasihat,
sentiasa menunjukkan kasih sayang mereka kepada kami,
sampaikan terasa kasih mereka lebih daripada ibu bapa kami,
sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi,
membuatkan kami benar-benar terharu,
membuatkan kami tidak berani untuk membuatkan hati mereka terluka.

Terima kasih kawan-kawan,
Terima kasih  sahabat-sahabat,
Terima kasih asatizah,
Terima kasih adik-adik,
Terima kasih umi,
Terima kasih Allah.

Dan, bagi mereka yang di luar sana yang sentiasa mendoakan kami.
Terima kasih juga.

Gambar ni diambil pada sambutan Hari Raya. Pelajar perempuan STAM.
Secara keseluruhan, 40 pelajar perempuan bercampur dengan aliran Thanawi.


 Gambar ni diambil pada hari terakhir kami exam STAM. 
Tapi, tak nampak semua dalam ni, ada yang tersembunyi di belakang.
Segan menunjukkan diri.. -,-"

Gambar last ni pula diambil sempena Jamuan Kelas.
Ustaz kami berada di tengah-tengah. Lulusan Azhar.
Semasa saya Form 1, dia dah Thanawi 3 (umur 18 thn).
Tapi, kami tak kenal pun sama-sama. Saya pun bukan orang yang suka ambil tahu hal orang.
Walau hebat mana sekalipun orang tu, sori ustaz.

Dan inilah gambar yang akhirnya cukup orang.
Bukan mudah untuk cukup orang, malah gambar kelas untuk majalah sekolah pun.

In shaa Allah, kelas ini akan dirindui.
Mungkin sebab perbezaam dengan kelas saya yang dulu.
Sebab menghadap muka yang sama, sori kawan2.


Monday 11 June 2018

Penghargaan buat Ustazah

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada pengunjung blog saya kerana masih lagi sudi melawat.
Walaupun catatan saya tidaklah menarik mana.
Apa pun, ia masih tidak menghalang saya untuk terus menulis.
Seronok dapat bercerita.

Baru-baru ni, hari lahir ustazah saya, Ustazah Azizah.
Makanya kelas kami, 6 Uthman merancang untuk sambut birthday Ustazah.
Tapi, awalnya kami minta maaf sebab terlewat sehari.
'Minta maaf, Ustazah.. Walaupun Ustazah guru pertama yang masuk kelas kami hari tu.
Kami langsung tak mention sikit habuk pun tentang birthday Ustazah'
Patutnya hari Ahad, tapi kami sambutnya pada hari Isnin.
Ahad tu Muslimat pesan kat Muslimin minta tolong beli kek.
Diorang pun ok je, memandangkan ada sorang muslimin tu tak datang sekolah lagi.

So, Isnin tu, Zack bawakan kek.
Terkejut Muslimat bila tengok rupanya kek Secret Recipe.
Bukan mahal ke? Serius lah...
Ternganga saya tengok kotak kek.
First time saya boleh rasa kek Secret Recipe.
Tapi, tak apalah sekali-sekala. Bukan selalu. Tahun last dah pun.

Kitorang rancang nak buat prank. Tapi, entahlah.. jadi ke tak prank tu. Masa tu ada masa kosong. Cikgu tak masuk rasanya. Jadi kitorang pun minta ustazah ke  kelas untuk mengajar. Dan, ustazah setuju. Safwan sempat buat slide untuk Ustazah.


Kira okeylah daripada tak ada langsung. Tu pun, kelam kabut sebab ustazah tinggal beberapa langkah lagi nak masuk kelas.



Inilah kek Secret Recipe. Serius sedap.. ^_^

Ustazah tinggal beberapa langkah lagi.  Tapi, kitorang belum bersedia lagi. Jadi, kawan-kawan saya tak kiralah muslimin dan muslimat bertalu-talu tanya soalan kat Ustazah kat luar kelas. Saya hanya menahan ketawa je masa tu. Tak tahan tengok mereka. Yang muslimin siap sedia letak kek kat depan.

Ustazah masuk. Slide sudahpun terpapar. Kami sama-sama menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu buat Ustazah. Selesai tu, kami ambil beberapa gambar sebelum menyerahkan kek buat Ustazah. Walaupun Ustazah sibuk, Ustazah masih lagi cuba datang ke kelas kami.





Apapun, Alhamdulillah sebab berjaya menyambut Hari Lahir Ustazah. Sekurang-kurangnya kami dapat menyampaikan penghargaan kami atas keprihatinan Ustazah terhadap kami. 

TERIMA KASIH USTAZAH AZIZAH !

"Alang-alang masuk stam smaasza, biar akhir nanti pegang mumtaz sofi" itulah kata-kata Ustazah Azizah sejak kami mula memasuki 6 Rendah. In sha Allah. 

Demam

Assalamualaikum...

Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Alhamdulillah sebab masih lagi dikurniakan kesihatan.

Minggu lepas saya demam. Hampir seminggu gak ah.
Start hari Isnin tu.
Saya rasa macam teruk lah jugak sebab demam bukan atas sebab cuaca.
Tapi, sebab stress. Saya tak nak cerita stress sebab apa.
Takut nanti dikira buka aib orang tersebut.
Kalau korang jumpa dia, dia sememangnya dikenali dengan sifat baiknya.
Tapi, begitulah manusia.
Masing-masing ada kekurangan.
Dan kekurangan dia itulah buat saya stress.
Tak apalah, yang tu saya akan cuba berlapang dada.
Tak apa.. sikap boleh berubah. Saya malas nak fikir pasal sikap dia.

Walaupun tak suka mana kat dia, still saya kena layan dia macam biasa.
Saya tak suka bermusuh dengan orang.
Mana tahu, bila saya layan dia macam biasa...
Saya akan nampak kebaikan dia dan lembut hati sikit...
Dan perlahan-lahan boleh hilangkan perasaan sakit hati tu...

Saya bukan nak cerita sangat pasal stres saya tu.
Cuma nak cerita sikit masa saya demam tu.
Terima kasih kat Yasmin sebab sudi teman saya, jaga saya kejap.
Pagi Isnin tu saya rasa panas kepala sampai terkeluar air mata sume.
Jadi, Yasmin teman saya pergi bilik ERT merangkap bilik rawatan.
Supaya saya dapat berehat kat sana.
Tapi, since ada budak kalam jamaie kat sana.
Saya rasa bukan bertambah sihat, malah bertambah sakit.
Dengan kebisingan dalam bilik tu, saya tak rasa saya dapat rehat dengan tenang.
Jadi, saya balik ke asrama dan rehat kat sana. Dari pagi sampai petang.
Makanya, saya kira tak gi ke sekolah hari tu.
Semalam pun saya tak ke kelas, sebab sakit kepala.

Kemudian, malam Isnin sebelum saya balik rumah, Zubed beritahu saya sebelum dia ke kelas Tamayyuz,

"Kak Huda, semalam ada dua orang budak form 1 jaga kak Huda,"
Saya terdiam seketika. Ada budak jaga saya. Woah, baiknya.

"Sape?" tanya saya.

"Qilah ngan sorang agi, dop tahu name nape."
Ouh.. diorang rupanya. Saya tersenyum.

Walaupun saya tinggalkan diorang, diorang masih lagi menyapa saya.
Rasa terharu dengan kebaikan mereka.
Bukannya tinggalkan macam tak kawan langsung.
Cuma asalnya saya sedorm dengan mereka.
Tapi, kemudiannya saya berpindah ke dorm lain atas sebab-sebab tertentu.

Bukan sekali dua saya disuruh pindah dorm. Hampir dua bulan jugalah saya ambil masa nak fikirkan cadangan tersebut. Akhirnya saya buat keputusan pindah dorm sebab, saya duduk kat dorm tu sampai lewat malam. Bukannya sebab study.. cuma buat kerja berkait ngan asrama sikit.

Entah kenapa, sejak jadi form 6 rendah lagi.. antibodi rasa lemah. Selalu demam, tak datang sekolah, sakit kepala. Saya mengharapkan kesihatan saya bertambah baik bila nak dekat dengan periksa besar. Takut-takut nanti tak boleh nak fokus. Bila jawab periksa, jadi malas nak check sebab nak keluar rehat.. nak jauhkan diri daripada mengganggu orang lain dengan bersin saya dan keadaan saya. Kawan-kawan saya kadang tu terlalu prihatin sampai tak fokus belajar. Baik saya keluar rehat ataupun terus je balik rumah. Tapi, kalau time exam, saya tak suka balik rumah sebab nak kena tangguh jawab exam. Kalau boleh saya nak habis cepat. Saya tak suka mana jawab exam. Saya balik bila teruk sangat je. Kalau tak mana, saya duduk je kat asrama. Tak naklah menyusahkan mak saya ambil saya. Banyak benda lagi yang mak saya nak kena fikir selain saya.

Sampai sini ajelah kisah demam saya...

Monday 19 March 2018

Tanpa mereka, saya masih di sini.

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Alhamdulillah. Bukan senang nak cari masa tulis dalam blog ni. Tambah lagi saya duk kat asrama... Makanya, sempat tulis masa cuti jelah. Sekarang ni tengah cuti seminggu. Saya balik petang semalam, hari Jumaat sebab ada kem. Nak buat macam mana, itulah life budak exam... Terima dengan hati terbuka. Yang kesiannya buat pelajar yang duduk kat daerah yang jauh tu. Kemaman, Besut, Dungun. Alhamdulillah... rumah saya kat daerah ni je. Tak adalah susah-susah nak cari bas. Dan Alhamdulillah jugak untuk pelajar yang duduk jauh tu sebab ada bas nak hantar diorang. 

Belajar kat sekolah yang sama walaupun hanya masuk sebagai pelajar Pra-U STAM, mengajar saya tengok manusia dengan pandangan yang berbaza. Selama ni, saya tak kisah hidup orang.

Kenapa kau jadi macam tu? Kenapa kau buat begitu begini? Saya biarkan persoalan tanpa peduli sebabnya sebab memang masa tu tak peduli sangat hidup orang. Tapi, lainlah dengan sahabat-sahabat saya. Kami rapat sejak form 1 sehinggalah form 5. Banyak juga mehnah yang terpaksa kami tempuhi untuk terus mengekalkan persahabatan ini. Moga bersahabat hingga ke syurga.

SPM the end.

Bermulalah kehidupan saya sebagai pelajar tingkatan 6 di sana. Saya bertemu dengan kawan-kawan baru yang pelbagai ragam, dari sekolah yang berbeza, yang mempunyai pandangan yang berbeza tapi hanya satu yang menyamakan kami. Kami pelajar STAM. Walaupun dengan tujuan yang berbeza. 

Ada yang masuk 
kerana memang minat Bahasa Arab,
kerana nak masuk smaasza,
kerana nak nak jadi pelajar cemerlang,
kerana mengikut jejak mak, ayah atau idola,
kerana menunaikan hajat mak ayah,
kerana yuran lebih murah berbanding universiti,
kerana dapat biasiswa,
kerana dekat dengan rumah,
kalau saya sebut semuanya... entah banyak mana.

Tapi, semuanya mahu kejayaan cemerlang.
Mahu bangkit daripada SPM.

Saya juga punya sebab tersendiri. Kadang sebab ni berbolak-balik. Kerana hati ni mudah berubah.

Apa pun saya cuba cari hikmahnya tersendiri. Setiap orang berlainan.
Mungkin ada yang sama tapi dengan jalan cerita yang berbeza.

Saya nak tunaikan hajat umi. Harapan umi tinggi untuk saya cemerlang dalam STAM.
Saya akui bukan mudah sebab saya taklah minat sangat Bahasa Arab.
Dan, sebolehnya, saya teringin sangat nak keluar dari  sini.
Ingin merasai suasana baru.

Tapi, apabila sudah berada di sini.
Rasa minat itu datang. Seronok belajar subjek-subjek STAM.
Untuk pengetahuan korang, subjek STAM ni banyak.
Balaghah, Adab Nusus, Arudh Qafiah, Nahu dan Sorof, Tauhid, Mantiq, Ulumul Quran,
Tafsir, Hadith dan Mustholah Hadis, Feqah, Faraid
Muet pun ada. Tapi, saya tulis semua ni bukan nak cerita pasal STAM.

Cuma cerita apabila kawan-kawan saya tak ada kat sini.
Perubahan berlaku. Bukan sekolah sahaja tapi saya juga.
Bukan nak perasan, tapi yang pasti berbezalah sikit daripada saya yang dulu.
Okey, tak jadilah nak cerita benda ni. Perubahan patut dilihat dengan mata sendiri.
Kalau saya cerita pun, belum tentu percaya. Malah, adik saya sendiri tak percaya.

Bila kawan-kawan saya tak ada kat sini, saya mula bergaul dengan orang lain.
Mula rapatkan diri dengan orang lain. Paling rapat dengan Yasmin, sebab sorang tu je macam selalu bersama dengan saya. Walaupun saya banyak kali buat perangai dengan dia. Kadang saya marah kat dia, kadang saya luah perasaan kat dia. Dia setia mendengar. Dia juga sentiasa mengadu kat saya tentang itu ini. Seronok, sebab tak perlu nak tahan diri.  Kalau ada benda saya nak luah, saya luah aje kat dia. Marah sedih, sakit hati. Saya lepaskan. Tapi, tidaklah saya mensyirikkan Allah. Sampai menduakan Dia. Astaghfirullah. Tak sampai macam tu. Jangan fikir yang bukan-bukan pula. Hidup ni perlukan kawan. Memang kawan  bukanlah kewajipan tapi, tanpa kan hidup jadi membosankan.

Saya juga mula mengenali kawan-kawan sekelas saya. Memandangkan kami ni hidup dalam asrama. Maka, mudahlah untuk kami lebih kenal. Kami bersama sejak pertengahan tahun tahun lepas. Pelajar kelas saya seramai 22 orang termasuk saya. 12 lelaki dan 10 perempuan. Terkejut juga bila tengok bilangan lelaki lebih ramai daripada perempuan. Yang lelaki, Dzul, Luqman, Amir, Manul, Aqil, Fadhli, Athir, Zaki, Irfan, Sayed, Anas dan Safwan. Mereka punya sikap yang berbeza. Seronobila bersama dengan mereka di dalam kelas. Menceriakan suasana. Kadang, bila asatizah nak marah, tak jadi marah sebab layang gelagat mereka yang spontan. Ada yang jenis senyap, suka tidur, suka mnegusik, suka bertanya, bijak, suka menolong, sentiasa menasihat. Yang perempuan pula Najah, May, Zainab, Aida, Yasmin, Alia, Shahila, Uzma dan Syafiqah. Mereka juga mempunyai personaliti berbeza. Sentiasa bertanya dan kadang soalan tu tak pernah datang pun dari minda saya, yang bertanggungjawab, yang manis, yang spontan je tanpa peduli apa kata orang, yang sentiasa mengingatkan, yang prihatin, yang suka memberi, yang sentiasa meminta maaf, yang pandai.

Hm.. sekadar itu sahaja. Saya tak tahu hendak cerita apa lagi. Kalau ada pun, lain kalilah. Rasanya, sudah banyak saya menulis kali ni.

Gambar kelas tahun lepas, tapi, ada seorang tak ada kat sini, Amir. Dan ada sorang yang terlebih. Sebab dah pindah tahun ni. Kiranya tahun lepas ada, tahun ni dah pindah. Saya tak ingat dia pindah ke mana. 

Thursday 15 February 2018

Derak bersama mereka

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur sangat sebab masih lagi diberi peluang untuk hidup.
Masih lagi diberi peluang untuk jumpa dengan best friend masa sekolah rendah, Aina.
Masih lagi diberi peluang untuk keluar daripada rumah untuk berjalan-jalan.
Tapi, tak berjalan-jalan sangat sebab jam.

Today, pagi-pagi lagi dah keluar rumah dengan family.
Kecuali sorang ni, Aiman. Entah kenapa dia nak stay je kat rumah.
Malaas nak keluar. Abaikan jelah.
Kitorang pergi ke Mydin, cari barang keperluan sikit.
Selesai je, terus balik rumah.

Oh, ada insiden lawak masa tu.
Tempat pertama kitorang singgah kat Mydin tu kat kedai pakaian.
Umi saja nak belek-belek baju kat sana sebab nampak cantik.
Kitorang follow je. Then, saya nampaklah sorang budak ni baring atas lantai.
Di bawah baju-baju yang digantung. Macam Izza je...
Terus saya cubit, marahkan dia sebab baring atas lantai. Buat malu je.
Tapi, rupanya... salah orang. Bukan adik saya, tapi anak tuan punya kedai.
Memang gila malu. Saya rasa nak lari je masa tu. Nak sembunyikan muka saya.
Saya minta maaf kat budak tu banyak kali sampaikan budak tu tersenyum tengok saya.
Mungkin rasa lawak sebab muka saya nampak serba salah gila.
Apapun, mujur budak tu tak nangis malah tersenyum lagi.
Legaaaa....

Petang selepas zohor, saya keluar sekali lagi.
Tapi, this time not with my family but my friends.
My two friends, one of them from my primary school and the other one is my hostel capten.
Aina and Ain, that's their name. They met each other from drawing.
They love the same thing and that kept them together for many years.
It was amazing that they can be friends normally.

Tak banyak tempat pun kitorang singgah.
Just kedai buku banggol for buying drawing paper, thyme cafe for lunch
and lastly giant at gong badak for praying.
Just three places but it quite take a lot of hours.
Yeah, especially because of those traffic jam.
Apa pun, it was really fun.
Meeting back my old best friend, the last we met when we were 15.
Meeting my cheerful captein. Those two always had something to talk.
Yup, it sure is fun.

Balik rumah tu dalam pukul 6 jugaklah.
Then, I saw my siblings playing badminton.
So, I joined them.

Today was fun. Hope that it will come again.
For your information, if i'm not mistaken, this is the second time i got out with my friends.
The first time was with my secondary friends at a library.
Studying for SPM.
My cousin was there too.

160218 // Jumaat - My sister, Kakngoh birthday. She's waiting for SPM's result now. Wish her good luck, okay?


Wednesday 14 February 2018

Perjalanan asrama kini

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur sebab masih lagi diberi peluang untuk menulis kat blog ni.
Bukan senang nak cari masa bila umur ni meningkat.
*Bajet diri ni tua sangat. Belajar tak habis lagi...

Setakat ni, kat sekolah ngan asrama... ada beberapa perubahan.
Ada yang ok dan ada yang ko.
Biasalah... setiap perkara ada pros and cons yang tersendiri.

Tahun ni, kat Aspuri... wajib kosongkan blok sebelum jam 6:20 pagi.
Kalau MPA lambat, mujurlah bagi siapa yang terlewat sedikit.
Kalau tak, duduklah kat situ setengah jam.
DeMa pula dah buka sebelum 6:30 pagi lagi.
Pagar asrama dibuka 6:45, jadi tak ada dah pelajar yang boleh datang awal daripada waktu yang ditetapkan. Kalau tahun lepas, ada sepasang kembar ni yang suka datang sekolah awal. Sangat awal. 6:30 pagi, dah nampak muka mereka dekat tepi Dewan Fikri. Contohilah kerajinan mereka.
Moga istiqamah datang awal sekolah walaupun tahun ni tak boleh buat macam tahun lepas.

Sekolah belajar seperti biasa, tapi jadual pdp berlainan sikit.
Hari Isnin dan Khamis, masa pertama ditetapkan untuk Solat Hajat bagi semua pelajar.
Sekali dengan bacaan Yasin. Kalau yang makzurah, mereka kena baca Ma'thurat pagi dan dengar tazkirah. Aktiviti Solat Hajat dan bacaan Yasin turut disertai cikgu-cikgu. Bagi perempuan di Aspuri manakala yang lelaki di Aspura.
Kemudian, 1:30 petang waktu Solat Zuhur dan sambung belajar balik 2:00 petang.
3:00 petang barulah boleh makan. Saya mengaku masa tu memang letih gila. Makan tengahari pada waktu petang. Kemudian selepas setengah jam sambung pergi study pula. Tak ramai yang berani nak lewat-lewatkan makan tengahari sebab kalu lewat, kena marah dengan pakcik dan akak DeMa. Pernah sekali saya kena, terus rasa menyesal. Kalu nak sangat makan, tak boleh makan dalam DeMa dan tray kena basuh sendiri.

Sekadar pengetahuan, selepas grill blok asrama dibuka pada waktu pagi... grill tak ditutup sehingga waktu Maghrib. Rasanya lah, setakat ni tak ramai yang naik blok melainkan ke tandas sebab nak study. Waktu lain dah tak sempat nak siapkan kerja sekolah, menghafal dan ulangkaji.

Solat fardu sememangnya setakat ni masih lagi diwajibkan dijalankan di musala an-Nur. Bila musala Muttaqin siap nanti, barulah berpindah ke sana. Berdasarkan perancangan, musala an-Nur akan dijadikan tempat study dan diletakkan sebuah tv di sana.

Malam tu, macam biasalah... selepas Solat Isyak, waktu untuk Study sehinggalah 10:30 malam.
Makan malam, liqo bacaan al-Mulk dan Kahfi dan tidur.

Sebelum tidur, masih ada lagi yang sambung study. Yelah, masa study hanya waktu petang dan waktu malam je. Kira-kira dalam 2 jam lebih. Siapa yang pandai selitkan masa untuk study pada waktu lain tu memang bijaklah. Jadi, bila duduk kat asrama, dikira normal untuk tidur lewat.

Saya teringat kata-kata seseorang, x ingat siapa, "Ulama dulu makan sikit, tidur sikit. Kita ni sikit-sikit makan, sikit-sikit tidur" Rasa sentaplah juga di situ.

Apa pun, bagi sesiapa yang nak duduk asrama ataupun yang tak, bahagikanlah masa dengan bijak. Pepatah Arab ada menyebut, " Masa itu seperti pedang. Jika kamu tidak potongnya, ia akan potong kamu" Punyalah lama saya fikir apa maksud potong saya tu. Nak kerat apa? Rupanya dari segi bergeraknya masa tu. Kalau masa tu tak dimanfaatkan sebaik mungkin, masa akan terus berjalan memotong kita yang masih lagi dengan angan-angan yang sia-sia. Maka berusahalah untuk capai angan-angan itu. Ia akan jadi impian yang tak mustahil kita boleh capai.

"If you fail to plan, you plan to fail"

Akhir kata, saya mohon doa daripada korang agar dimudahkan segala urusan saya. Minggu depan exam TOV STAM... Andainya saya silap bicara, maafkan dan tegurlah diri ini. Kerana manusia ini tak akan lepas daripada melakukan kesalahan. Apa yang baik itu datang daripada Allah dan apa yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri walhal hakikatnya kedua-duanya datang daripada Allah. Semoga pengisian kali ini memberi pengajaran yang berguna walaupun lebih banyak menjurus kepada jadual kat asrama.



Gambar ni langsung tak berkait dengan pengisian - Lawatan 6 Rendah STAM 2017 -

150218 // Khamis


Thursday 25 January 2018

Tahniah STAM 2017 SMAASZA

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup.
Semoga peluang ini digunakan untuk menanam pahala dan bukannya dosa.
In sha Allah.

Khabar gembira saya sampaikan untuk sahabat sahabiah SMAASZA kerana kali ini, STAM 2017 berjaya meningkatkan prestasi yang lebih baik. Seramai 13 orang pelajar mendapat pangkat MUMTAZ dan salah seorang daripada mereka Puteri Nuraqilah mendapat MUMTAZ SOFI dan merangkul anugerah di peringkat kebangsaan bertempat di Putrajaya.



Melihat sahabat-sahabat dan senior yang berdiri di atas pentas dan mendapatkan result masing-masing. Rasa kagum terbit di dalam hati. Melihat mereka juga sedikit sebanyak menaikkan semangat kepada kami yang bakal menduduki peperiksaan tahun ini. Debaran kian merasa. Kerana, usaha kami diuji. Asatizah asyik memberi nasihat kepada kami. Tahun depan, korang pula yang akan naik pentas. Tahun ni kena target lebih ramai sebab calon STAM tahun ni 94 orang. Sedangkan calon tahun lepas tak capai 60. Walaupun 94 orang ni taklah berapa sure ambil STAM ke tak sebab sebahagian daripada kami adalah pelajar lepasan SPM yang sedang menunggu result mereka. Asatizah kata 20 orang masih tak cukup nak kekalkan pointer sekolah sebab tinggi sangat. Kata-kata mereka memberi tamparan kepada kami supaya bangun daripda mimpi dan kejar impian untuk ummah.



Sebaik sahaja selesai pengumuman keputusan STAM, mereka diasak oleh adik-adik dan reporter dari pelbagai saluran tv. Mereka juga ada sertakan bersama tips untuk belajar.

1. Jaga hubungan dengan Allah dan manusia.
2. Solat Tahajjud
3. Jangan tidur selepas Subuh tapi, study.
4. Bangun lebih awal.
5. Jangan bertangguh.
6. Elakkan tidur dalam kelas dengan bagi respon bila asatizah mengajar.
7. Solat di awal waktu.
8. Jangan mudah remehkan subjek lain, semua subjek penting.
9. Study group at least 3 org, lebih nanti banyak bercakap.
10. Tak faham terus bertanya soalan.
11. Buat latihan dan dengar kata cikgu.
12. Jaga hubungan dengan cikgu.



Saya rasa masih ada lagi banyak nasihat lain. Yang ni secara ringkas je. Nak terangkan banyak-banyak, takut tak sempat. Untuk diri saya yang menulislah. Apa pun, semoga berjaya dunia akhirat. Dan moga-moga kejayaan ini adalah nikmat daripada Allah yang lebih mendekatkan kita kepada-Nya dan bukan menjauh. Kepada yang tak berjaya. Bersyukurlah, kerana in sha Allah ada hikmah yang lebih hebat Allah akan datangkan untuk kita. Trust Him.

Last but not least, saya minta maaf andainya kata-kata saya menyinggung hati kalian yang membaca. Kerana manusia ini rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Mungkin benda yang saya katakan itu benda yang remeh bagi saya tapi, besar bagi korang... Saya minta maaf. Sekadar itu sahaja, semoga mendapat manfaat.