York Swirls

Thursday 18 September 2014

Iman adalah Mutiara

 
     Waktu lapang selama seminggu agak membosankan kalau hanya dihabiskan dengan chatting dalam facebook je, tak pun wat kerja sekolah. Jadi, saya gunakan sedikit untuk membaca buku-buku ilmiah kepunyaan ayah saya. Kadang-kadang kalu bosan sangat, saya tonton televisyen... tp, disebabkan remote control rosak dan umi saya dah x nak beli yg baru sbb dah byk kali dah beli... jadi saya bacalah buku. Buku terjemahan tafsir ibnu katsier jilid 8. Entah zaman bila buku ni... =,= dah berhabuk dah sbb takde sape nak sentuh... 

    Tajuk entry saya dah tunjuk dah apa yg saya nak bicarakan kali ni.. saya just nak kongsikan sikit tentang apa yang saya baca dan ada sesuatu yg menarik bg saya tentang apa yang diceritakan melalui buku tersebut. Intro punyalah panjang lebar...

    Okey, sekarang baru nak masuk tajuk utama! Seperti yang kita pernah belajar semasa di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah... iman itu ada enam perkara. Itu semua adalah perkara asas buat umat islam. Menurut apa yg saya bacalah Rasulullah pernah bersabda: 
      "Sesungguhnya seutama-utama iman, jika Anda mengetahui bahawa Allah selalu bersamamu di mana saja Anda berada" (R. Abu Naiem)  

     Hebatnya manusia beriman dengan sungguh-sungguh! Yelah, kan org yg beriman tu sering membayangkan Allah sdg melihatnya lalu melakukan kebaikan tanpa mengira waktu. Tapi, itu org yg takut kepada Allah. Lebih baik jadi insan yang mencintai Allah sebab dia akan lakukan setiap suruhan hanya kerana dia cintakan Allah. Rela melepaskan nikmat dunia semata-mata mahu mengejar nikmat akhirat. Moga-moga kita menjadi salah satu daripadanya iman juga boleh jadi seperti cahaya kerana kehadiran iman akan menerangi diri kita sewaktu di akhirat nanti. Percayalah nikmat di akhirat itu ada cuma ia tidak dapat dibayangkan kerana ia sangat luar biasa hebat. Malah, ada firman Allah yang mengatakan bahawa air sungai yang mengalir ada lebih putih daripa susu dan lebih manis daripada madu. SubhanaAllah! Ciptaan Allah sungguh hebat!  

 
Dengan kehadiran iman yang teguh, insyaAllah tak susah nak dapatkan syurga. Sblm saya baca buku ayah saya, saya ada baca buku Cinta High Class karya gabungan sepasang suami isteri iaitu Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi. Daripada karangan mereka yang dinovelkan, saya faham cinta Allah itu adalah lebih utama. Cintakan Allah... InsyaAllah syurga kita peroleh. Bila kita cintakan Allah, kita takkan pedulikan apa kata orang tapi lebih mengutamakan apa kata-kata Allah terhadap amalan kita. Saya ada follow satu website ni dan sering kali membaca cerita-cerita yang disampaikan. Saya paling suka cerita orang yang berjihad ke jalan Allah dan yang berkait (kebykannya memang berkait). Ada sebuah cerita yang saya nak kongsikan tapi... susah nak cari sebb byk sangat website tu kongsikan... jadi, susah saya nak selongkar satu persatu. =,=
 
Tapi, apaun saya nak kongsikan 12 kunci kesenangan yang saya dpt melalui website tersebut:
 
1-Kunci Kemuliaan adalah Taat Perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW>
2-Kunci Rezeki berusaha berserta Istighfar da Taqwa.
3-Kunci Syurga adalah Kalimah Tauhid.
4-Kunci Iman adalah Tadabbur Ayat Al-Quran dan kepada ciptaan  Allah SWT.
5-Kunci Kebaikan adalah bersikap benar.
6-Kunci Menghidupkan Iman adalah Tadabbur Al-Quran dan Menghidupkan Malam Hari dengan ibadat.
7-Kunci Ilmu adalah bertanya perkara yang baik dan hanya mendengar perkara yang baik.
8-Kunci Kemenangan dan Kekuasaan adalah Kesabaran.
9-Kunci Kejayaan adalah Taqwa.
10-Kunci Bertambah Rezeki adalah Bersyukur.
11-Kunci Cintakan Akhirat adalah Zuhud di dunia.
12-Kunci Segala Permintaan adalah Doa