York Swirls

Sunday 22 May 2016

Kak Pra-U

Assalamualaikum,

      Baru sekarang saya ada masa sikit nak tulis kat blog ni, Fuh~
Taklah baru sangat, tapi, bulan nilah jugak. Dorm saya ada ahli baru. 6 orang kak form 6 rendah. Macam-macam ragam. Seronok ada ahli macam mereka. Ada yang happy, yang senyap, yang alim, yang lawak, yang bising. Walau berbeza sikap mereka, itulah yang mewarnakan suasana bilik saya yang biasanya senyaaap je. Ceria tengok adik-adik form 1 yang akhirnya berbaik. Kak-kak form 6 tulah tolong tenangkan diorang.

      Kebanyakan mereka sambung kat sekolah saya sebab tunggu UPU, hmm... 2 minggu seterusnya, keputusan UPU diterima dan ramai yang bakal keluar. Semoga berjaya di sana. Saya ceritakan kat sini sebab saya tak mahu lupa tentang mereka. Wajah-wajah mereka dan nama-nama mereka. Saya sukar nak ingat wajah seseorang dan namanya kalau lama tak berbual. Jadi, saya taipkan nama mereka agar terlintas wajah mereka dalam ingatan saya walaupun sikit. Kak Hakimah, Kak Muna, Kak Husna, Kak Ada, Kak Nusaibah dan Kak Erin.

     Tak sabar pula rasanya nak tunggu giliran saya pula jadi budak U. Saya berharap sangat dapat masuk Uni yang saya minat, bidang yang saya minat... Doakan saya yang terbaik! ^_^