York Swirls

Monday 19 December 2016

KPP

Assalamualaikum ^_^

17 Disember 2016

     Alhamdulillah. Baru selesai kursus bhgn kereta. Saya dan Ya (sepupu) sama2 belajar kat GANDA dkat Marang. Pagi dlm kul 7:30 pg, umi hntr kami ke sana. Hampir setengah jam gak. Kul 8 lebih tu, barulah kitorg daftar sendiri, umi ngan umi abi (mak ya) tunggu kat luar. Bayar tu dalam 447, mahal juga tapi, org kata kira murahlah. Saya follow je... Duit tu umi amik dari biasiswa yg sekolah bagi. Alhamdulillah, syukur dpt biasiswa. Kurang skit bebanan. Duit tu cuma pendahuluan... Ada lagi tambahannya. Tapi, bayar ansur-ansur. Setiap kali masuk tu bayar ikut yang ditetapkan. Saya ngan Ya duk dalam dwan yg sama. Dalam 1 dwan, ada lebih kurang 39 pelajar. Ada umur berbeza... Ada 3 pasangan adik-beradik...

     Awal nya excited sangat dpt buku panduan. Masuk dwan, terus bukak buku... Tak baca mana pun, tengok gambar je... Cantik gak, siap dgn warna lagi.

     Saya ngan Ya duk di row 2 dan saya di hujung. Kedudukan bahagi 2, kanan prmpuan, kiri laki. Cikgu tak tetapkan pun, pandai2 sendiri. Saya dapat cikgu laki, Cikgu Zahari. Awalnya, tak terus masuk tajuk lagi. Dia citer pasal kesihatan tubuh badan dulu. Banyak gak ah manfaat yang saya dapat dgr. Malam tido awal, bangun pagi sblm kul 5... amal surah an-nur dpt kecantikan semula jadi... makan ikut ketentuan... kurangkn minuman bergas... Cikgu Zahari dah umur 67 tahun, tapi, masih sihat bertenaga. Saya akui sebab dia tak duduk diam. Cikgu ajar kami dgn penuh semangat. Pljr lain pun bagi respond, jadi kursus ni taklah kra membosankan sbb ada lawak skit terselit. Tapi, x sangka ada jugak yg tidur... -,-"

      Ada dua sesi, pagi dan petang. Start dlm kul 9:30-12:15 , 1:45-3:30. Setiap pljr akan ditanya soalan. Soalan yg uji pengetahuan... Gila x debar, Mujur duk kat depan, skurangnya dngarlah jugak suara tu... Cikgu tanya, tapi saya x tahu jwpnnya... Ehehe... Saya dgr pun jawapan dari org blkg je. Tapi, tu pun salah. Taklah malu sangat, sbb cikgu tanya org lain dgn soalan sama gak, tapi, xde sorg pun kira dpt markah penuh...

      Saya ngan Ya duk satu kampung, rumah kira duk kat sblh je... Kitrog balik naik kereta sana, bayar pengangkutan dlm 110. Mahal gak tu. (bagi saya, org kaya takpelah) Umi ngan umi abi xleh amik. Susah skit, busy kat rumah dgn kerenah ahli keluarga... Kitorg panggil pakcik tu pok din. Ramai betul yg tukg hntr org ni panggil pok din. Bas pasti adik saya, pok din... Bas sekolah saya, pok din... Okey yg tu je stakat hari ni...


Wednesday 6 July 2016

Raya di Setiu

Assalamualaikum...

Ehehe... Lama tak update blog. Banyak je yang saya nak ceritakan.
Tapi, simpan sebagai draft je.. Ehehe.. Tunggulah dulu.

Tahun ni sambut raya kat Setiu, keluarga sebelah mak saya.
Malam raya tu, hujan lebat sangat. Kilat sabung-menyabung. 
Eletrik terputus seketika. Habis semuanya menjerit terkejut.
Adik2 saya bukan main cemas sebab teringat cerita hantu.
Tapi, sekejap sahaja. 
Adik saya pun cadangkan nak main The Killer.
Siapa yang salah teka, kena conteng dengan bedak.
Siapa yang betul tapi, yang kenanya The Killer, kena conteng dengan bedak.
Tak sempat nak ambil gambar sepupu saya. Malulah katakan.
Saya amik gambar adik saya je.

Adik saya dan sepupu saya yang sedang asyik main.
Sorry sebab gambar tak berapa cantik...

Izza, adik saya yang bongsu... ^_^

Selesai Solat Sunat Aidilfitri, dengar khutbah...
Kami saling bersalaman...
Then, jumpa dengan ex-smaasza.
Kak Akmal dan Kak Ainul, bekas PKP sekolah.
Banyak benda yang saya nak tanya mereka...
tapi, masa dan tempat tak berapa sesuai.
Tak nampak perubahan pun pada diorang.
Masih sama seperti yang saya kenal dulu.

Ini kali pertama ada gambar satu family kat rumah mak tok.
Biasa kat rumah tok wan (sebelah ayah)


Selesai bergambar, Pak Su Gie pasang video perkahwinan dia.
Bukan nak tunjuk perkahwinan dia, tapi nak tunjuk zaman saya dan sepupu saya masih kecil.
Video tu dirakam oleh arwah abah, jadi takleh nak tengoklah wajah abah dalam video.
Tahun 2006, umur saya baru 7 tahun masa tu.
Dalam video, adalah tunjuk saya ngan sepupu saya.
Tengah basuh pinggan, main kejar-kejar, lompat sana sini.
Rasa lawak pulak bila tengok zaman kecik dulu.
Mak tok kata, masa kecik2 dulu, saya susah nak senyum.
Dan, arwah abah sempat ambil gambar saya senyum buat pertama kalinya.
Arwah abah letak gambar tu kat rumah mak tok,
Tapi, kalau sekarang ni, korang yang kenal saya fahamlah saya ni jenis macam mana.
Nak cerita kang, rasa macam perasan sorang.

Waktu tengahari, startlah bosan sebab tak ada orang yang datang.
Makanya, Pak Su Gie ajak pergi rumah saudara isterinya, Mak Su Ti.
Adik2 saya semuanya nak ikut kecuali 3 orang je.
Saya ikutlah diorang sekali, nak kena jaga diorang.
Risau gak buat perangai kat rumah orang.
Bila sampai je, saya senyap jelah. Tengok budak2 ni.
Yang dah besar, saya seorang sahaja.
Yang lain semua budak2 bawah darjah 4.
Nak bergaul dengan orang, saya tak berapa pandai,
tapi, kalau dengan budak2 saya on je
dengan syarat, boleh berenggang dari family dia, macam Soleha.
Soleha, anak saudara Mak Su Ti, umur 7 tahun.
Kecik je tapi dah pandai pakai celak.
Dia suka betul tarik saya, ajak saya main kat luar tapi hujan.
Tak bolehlah nak main.
Suruh saya makan popia cheese yang Pia(sepupu saya) buat dengan tok dia.
Yang sedihnya, dalam rumah tu ada 2 orang perempuan je.
Yang lain semua lelaki, cuma boleh buat-buat tak nampak jelah.
Saya tak kiralah berapa orang...
Biarlah, tak kisah sangat pun, seronok saya dan adik saya, Hakimah main dengan Soleha.

Selepas Asar, family mak long datang.
Tapi, tak semua pun yang hadir.
Mak long ada 9 anak, yang hadir cuma 4 orang saje dan 2 orang cucunya.
Malam tu, selepas solat Maghrib, Ana (sepupu) pergi rumah Mak Lang.
Rumah kat sebelah je, saya dan adik2 saya pun ikut semuanya.
Ehehe... Habis bising rumah tu dengar kitorang duk berceloteh.
Kitorang makan kek coklat dan minum air anggur je.
Kuih-muih raya ni, semua buatan sendiri Mak Lang dan anak-anaknya.
Kami pakat pulak, 4 orang (saya, Kak Ngah, Kak Cik dan Ana) nak makan kat kedai makan depan rumah. Tapi, nampaknya habis semua yang nak ikut.

Selepas solat Isyak, barulah main bunga api dan mercun.
Saya jadi pemerhati saja, tak nak main.
Kemudian, main The Killer sekali lagi.
Kesimpulannya, hari ni lah hari paling seronok kat rumah Mak Tok.
Esok dah nak balik rumah, sebab lusa ada majlis kat rumah Abie (sebelah ayah)

Pesanan saya, Hari Raya disambut bukan dengan tengok cerita pasal raya.
Bukan dengan dapat duit raya banyak-banyak.
Bukan dengan pakai baju raya yang cantik menawan.
Tapi, melalui ziarah-menziarahi, bertanya khabar dan saling bertegur sapa antara sanak-saudara.

Last but not least, saya ucapkan minta maaf banyak2.
Kalau ada buat silap sama ada sengaja ataupun tidak sengaja.
Kita kosong-kosong ye. ^_^

Sunday 22 May 2016

Kak Pra-U

Assalamualaikum,

      Baru sekarang saya ada masa sikit nak tulis kat blog ni, Fuh~
Taklah baru sangat, tapi, bulan nilah jugak. Dorm saya ada ahli baru. 6 orang kak form 6 rendah. Macam-macam ragam. Seronok ada ahli macam mereka. Ada yang happy, yang senyap, yang alim, yang lawak, yang bising. Walau berbeza sikap mereka, itulah yang mewarnakan suasana bilik saya yang biasanya senyaaap je. Ceria tengok adik-adik form 1 yang akhirnya berbaik. Kak-kak form 6 tulah tolong tenangkan diorang.

      Kebanyakan mereka sambung kat sekolah saya sebab tunggu UPU, hmm... 2 minggu seterusnya, keputusan UPU diterima dan ramai yang bakal keluar. Semoga berjaya di sana. Saya ceritakan kat sini sebab saya tak mahu lupa tentang mereka. Wajah-wajah mereka dan nama-nama mereka. Saya sukar nak ingat wajah seseorang dan namanya kalau lama tak berbual. Jadi, saya taipkan nama mereka agar terlintas wajah mereka dalam ingatan saya walaupun sikit. Kak Hakimah, Kak Muna, Kak Husna, Kak Ada, Kak Nusaibah dan Kak Erin.

     Tak sabar pula rasanya nak tunggu giliran saya pula jadi budak U. Saya berharap sangat dapat masuk Uni yang saya minat, bidang yang saya minat... Doakan saya yang terbaik! ^_^

Saturday 2 April 2016

Urusetia Musabaqah

Assalamualaikum... 😊

      Baru2 ni ada musabaqah ihtifal ilmi sanawi dan saya volunteer nak jadi urusetia. Nak pengalaman sbb sebelum ni x pernah jadi. Jadi, bila ada peluang ni. Teruslah saya angkat tangan.

      Sekolah saya jadi tuan rumah tahun ni, against Al falah and Mahmudiah. Musabaqah start hari khamis malam. Diorg tiba kul 5 ptg... Saya bahagian jaga tempat. Duk kat bilik seminar STAM sampai selesai acara. Ada lebih kurang 31 acara. Saya jaga tiga acara. Syarahan BM lelaki, BA lelaki dan perempuan.






      Hari Khamis tu, kebetulan form 5 ada temu murni. Mak saya x datang, jadinya saya usaha jumpa cikgu m/ pljrn. Cuma 2 cikgu je sempat. Yang lain org lain sibuk berbincang. Taklehlah nak kacau. Diorg datang ngan mak / ayah, ada yg dtg dua sekaligus. Kemudian, hari tu jugak sambut birthday Khadijah, saadah, syauqi dan hazmil tp... cam x berapa nak jadi je.. Sian diorg sori. 😰

       Oh ya, sambung pasal musabaqah tadi. Alhamdulillah, cg x benarkan muslimin masuk masa acara nasyid akhowat. Makanya, terjagalah jugak mereka, dua2 daripada dosa. Tapi, ada masalah skit. Entah macam mana, tetiba suara akhowat yg sdg nasyid keluar dari speaker bilik seminar STAM. Kelam kabut dibuatnya sbb pd masa yg sama ada pljr yg sdg bersyarah. Minta maaf sbb mengganggu... 😧 Sebaik mana pun kami merancang, Allah adalh sbaik-baik perancang. Malam nasyid muslimin pulak, tetiba blackout. Mujur masa tu x start lagi. Kalau x susah lah..

      Hari Jumaat, saya dikejutkan dgn ketibaan 2 org adik saya. Yg form 4 dan darjah 4. Diaorang stay kat sekolah saya sampai mlm. Nak tengok nasyid muslimin. Pagi, hntr 2, perangai hntr 2 lagi... Yg darjah 2 dan 1. Yg 2 lagi, duk kat rumah sbb yg 4 thn demam panas. Kemudian, masa tgh jaga syarahan BA lelaki, terjumpa dgn Ya, sepupu dan ex Smaasza  2 org.

       Mcm2 perangai yg saya jumpa. Apa nak buat? Sabar dan bersangka baik. Kdg perangai org kita taklah nak jangka, jadi kena mental kena siap sedialah dari awal. Minta maaflah kalu x paham. Cuma nak smpaikn pesanan je.

      Last but not least, sekolah sy menjuarai sebyk 19 acara. Sekolah lain x nak sebut. Nanti kena banding pula. Sian diorg. Okeylah, smpai sini saja. Kalu ada yg tersilap bicara, saya minta maaf dan kalau nak tegur, insya-Allah, saya akan berlapang dada.

Friday 26 February 2016

Jom masuk U!

Assalamualaikum! ^_^

    Entry kali ni, saya nak cerita... tahun ni dah SPM. Habis SPM... saya akan masuk U! Excited ni sebab dapat tengok suasana baru yang lain daripada sekolah menengah. Berdebar gak hati ni... Biarlah.




    Pada tarikh 13 Februari, saya dan seluruh form 5 gi UniSZA. Ada program Jom Masuk U. Saya naik bas yang ketiga nak ke sana. Sampai je... ramainya manusia. Pastu, solat Zuhur. Saya ngan sahabat2 baru sampai tapi, yang lain dah selesai solat. Bye~ Selamat menjelajah! Nanti kitorang menyusul. Abis solat, barulah kitorang masuk. Banyaklah jugak U rupanya kat Malaysia. Dalam kepala terbayang sikit je, sbb asyik duk ulang U yang sama je. Pastu, kitorang berpecah. Saya ikut je diorang. Seganlah nak gi sorang2. Dari U ke U lain, macam2 kerenah... ada yang pandai bercakap, ada yang senyap terus, gi kat dia tak layan pun... ada yang terus terangkan satu persatu tapi, paling seronok... kebanyakan booth minta isi borang. Saya ingatkan dia akan hantar apa2 pasal tersebut melalui emel... tapi, bila saya check tak ada apa pun. Banyaklah juga U yang kitorang tengok2 tapi, taklah semua sebab bukan semua yg kitorang minat. Ada gak kitorang sempat amik gambar dengan cik Bee. Ada nama tp x ingat nape...






    Selesai menjelajah... saya sempat belajar memanah. Erk! Saya x berapa kuatlah nak tarik. Saya tahu saya x pandai mana main, jadi saya beli satu badge sebagai kenangan. Nak dapat percuma susah sebab nak kena target tengah2 3 kali. Isy, tarik tali anak panah tu pun saya x kuat. Dua kali anak panah saya melantun. Lawak pulak rasa -,-



    Dalam bas (on the way balik asrama) saya terfikir nak jadi apa. Tapi, saya tak naklah cerita kat sini. Siapa yang tahu tu... sahabat2 saya satu sekolah. Tak nak heboh lagi. Cuma nak cerita je... saya risau kalau mak saya dah ada rancangan untuk saya. Jadi, saya tanya mak saya hari ni. Mak saya kata 'Ikutlah nak jadi apa2. Umi tak tahu yang mana akak boleh gi'. Saya tersenyum. Hehe... gembira. Mak saya tanyalah nak masuk fakulti mana. Saya pun ceritalah segalanya. Tapi, tak tahu lagi nak masuk U mana sbb nak tengok2 dulu yurannya. Takut kalau yang mahal tak mampu pula. Saya ada rancangan nak masuk U mana cuma nak kena fikir panjang lagi. Benda ni bukan perkara main2. Penting untuk masa hadapan. Masa itu emas!

   Saya harap korang pun ada rancangan masa depan yang terancang. Benda ni takleh fikir masa akhir... kena rancang awal2, sekurang-kurangnya nampaklah jugak ke mana kita nak pergi. Tapi, ikutlah nak rancang selepas SPM ke tak. Yang penting sebelum masuk U kalau tak nak menyesal di kemudian hari.

Wednesday 10 February 2016

Cuti raya cina

Assalamualaikum...

Saya taklah sambut tahun baru cina,
saje je tulis tajuk cuti raya cina...
sebab benda ni happened masa raya cina.
tak kisahlah benda ni penting bagi korang ke tak,
tapi.... yang pasti,
ia bawak kenangan pada saya,
walaupun mungkin kelihatan remeh  ^_^

Ayah sedare saya pindah rumah,
dekat je ngan rumah saya...
tak sampai 5 minit dah sampai.
Anaknya sama baya dengan saya,
tapi, saya taklah rapat mana dengan dia.
Bila jumpa, just senyum je... saya x pandai borak
Tahun ni, azam saya nak rapatkan hubungan kami,
So, saya ke rumahnya
(debar gak sbb tiba2 je, entah apa yg ada dlm fikirannya)
saya bawa buku2 subjek fizik sekali dengan BK 1,
saya ada 2 motif ...
   Yang pertama, nak rapatkan hubungan dgn dia
   Yang kedua, nak study dgn tenang...
banyak sgt benda yg melaghakan bila duk kat rumah (walaupun takde tv)

Saya panggil dia 'Ya'.
Saya x tahu kenapa, tp itu memang panggilannya sejak saya kecik lagi...
Hari Jumaat, saya pergi petang..
Hari Sabtu, pergi pagi.. takleh gi petang sebab dia nak gi umah tok wan kat K. Berang. Pastu dpt tahu kak long (sepupu) gi Amsterdam sbb pertukaran pljr. Bestnya!!!


Ni gambar dari atas. Bestnya blh main salji ^^ 



Hari Ahad, gi petang.. takleh gi pagi, sbb saya gi teman adik saya jumpa doktor gigi

Hari Isnin, saya balik ke rumah mak tok kat Setiu
sempat singgah kat masjid UniSZA...

Adik2 saya smpat gak main kat sana.. Seronok tengok diorg happy 😃

Hari Selasa, pergi ke Kelantan... ada kenduri kahwin kat Jeli
Anak sedare mak tok yang kahwin... Gi kul 9 pagi, balik kul 6 petang...
Letih rasanya walaupun kebanyakan masa duk dlm kereta,
Sesak gila jalan... penuh ngan kereta.
 'Lunar New Year' lah katakan


Saya sorg je gi (family saya)... yg lain tu sume sepupu saya. (Bosan duk kat umah) -,-

Malam tu, pak su gie belanja KFC. Family mak lang pun datang. Seronok dapat berkumpul ramai2. Abis makan.. Kak Wani ajak main werewolf guna tepon. Saya ikut je. Lama tak main dgn sepupu... last time main masa kecik... tak tahu apa itu ikhtilat. Main sekali dgn sepupu laki. Yang dah beso dua org je. Sorang 20 tahun ngan form 3 sorang. Yang kecik sorng je.. best ^^

Hari Rabu, balik ke rumah...

Then, Khamis... gi sekolah. Tido kat asrama, sebab ada kelas tambahan =,=


Thursday 4 February 2016

Tahun ni SPM

Assalamualaikum,

   Alhamdulillah dapat balik minggu ni. Ingatkan tahun SPM balik sekali sebulan je. hmm..
Hari pertama sekolah, cikgu dah bagi banyak kerja sekolah. Biasalah tu SPM. Kelas KKQ masih berjalan seperti biasa tapi tahun ni lain sikit. Setiap form streaming kelas, sape bijak, kelas depan, kecuali form 5. Sebab result pekse akhir tahun tak berapa adil .. ada dapat soalan bocor sekali dengan jawapannya dan masa tu banyak aktiviti yang pelajar sertai, ada yang x sempat nak studi. Jadinya, streaming kelas selepas tov ni, akhir bulan 1.

   Ahli dorm pun sekolah tukar, ikut usrah, mentor-mentee. Satu dorm ada 2 usrah, sekali dengan naqibah. Bilik saya ada seusrah je. Kemungkinan besar, form 1, form 4 baru masuk. form 1 ada 3 orang ... Anis, Ain dan Farhah. form 4 sorang je, kesian dia. form 5 ada 5 orang termasuk saya. jadi, ada 9 orang ahli bilik saya. susah skit nak studi dalam bilik sebab bdak sains tulen saya ngan Nana je. Tempat studi pun tukar... Muslimin study kat blok form 4 ngan form 5. Kalau muslimat studi kat blok form 1, 2, 3 kecuali form 4, 6 ... studi kat dewan makan.

  Sambutan maulud tahun ni, Alhamdulillah, masih disambut. Perarakan x meriah mana... tapi saya paling suka masa pertandingan bercerita. Pertandingan tu taklah formal mana, santai je. lebih kepada tazkirah daripada bercerita. tak apa, pengisiannya lebih penting.

  Marathon tahun ni Alhamdulillah dapat no... walaupun taklah top 20, tapi happy gak ah... sebab sblm ni tak pernah dapat...

  Akhirulkalam, setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Sabarlah dan belajar untuk reda dengan ketentuan-Nya. Cikgu tak ubah peraturan untuk susahkan pelajarnya, tapi untuk dorong mereka jadi pelajar yang berakhlak mulia. ^_^