York Swirls

Thursday 9 April 2015

Hargai mereka

Assalamualaikum...

Masa terus berlalu. Rindunya zaman kecik2 dulu tapi, tak sabar nak hadapi kehidupan akan datang. Banyak cabaran tahun ni. Dengan keadaan asramanya, dengan sikap rakan dan ahli keluarganya, dengan kepimpinannya, dengan sekolahnya. Semakin masa berjalan, semakin tinggi tanggungjawab, semakin kita nampak apa peranan kita untuk hidup kat dunia ni.

Tahun ni, banyak cerita, banyak gelagat baru... tapi, itulah, mood nak bercerita tu dah semakin berkurang. Entry kali ni pun, saya bukan nak bercerita, tapi nak bermuhasabah diri ataupun boleh dikatakan tazkirah sekaligus mengajar saya menjadi lebih baik.

Kawan atau sahabat? Entahlah, saya kurang pendedahan tentang maksudnya. Apa pun, kita semua tahu, mereka itu manusia. Punya perasaan untuk berkasih sayang, disayangi dan menyayangi. Itulah antara fitrah kita sebagai manusia. Ada banyak lagi fitrah manusia, tapi biarlah saya bagi pendedahan pasal fitrah yang satu ni. Berkasih sayang. Islam ini muncul bersama perasaan sayang. Sebab itu ramai yang kasihkan Islam dan nak masuk Islam. Misalnya, dahulu kaum wanita menjadi  suatu kaum yang jijik, bila lahir sahaja bayi perempuan... mereka tanam kerana malu. Tapi, bila hadirnya Islam, kaum wanita mula dihargai malah dilindungi. AllahuRabbi. Tengoklah betapa murninya agama Islam ni. KeIslaman dalam diri kita berkurang bila kita tidak berkasih sayang. Ya, hilangnya kasih sayang,, kehidupan kita takkan jadi tenteram kerana dibelenggu kebencian. Banyak yang saya lihat, malah salah seorang kawan saya juga dah semakin berubah sebab kawan lain semacam pinggirkan dia kerana sikapnya yang x berapa okey. Sedih. Persahabatan kami sekelas tak seerat dulu, yang tak banyak mana gaduh sampai macam tu. Saya sayang semuanya, tapi, saya tak pandai nak tunjukkan. Minta maaflah pengunjung kalu tak faham. Tak perlu faham pun masalah saya. Tapi, mereka yang mengenali saya, saya mohon korang fahamkan. Aisya, kwan saya. Dia pindah sekolah lain.
Okeylah, setakat itu sahajalah. Sungguh, saya takde mood nak tulis banyak-banyak. Akhirulkalam, yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Walhal kedua-duanya datang dari Allah. Saya susun sepuluh jari, andai ada tersalah kata ataupun terguris hati.

saya amik ni dari fb nurel (cantik)