York Swirls

Saturday 25 October 2014

Hati-hati ^^

Salam sejahtera buat semua pembaca blog saya! ^^

       Saya cuma nak citer pasal... hmm... sesuatu yang memang dah jadi fitrah semulajadi setiap manusia. Fitrah yang semestinya akan berulang-ulang kali disebut dan dirasa. Iaitu fitrah untuk disayangi. Saya pasti korang semua akui korang mahu disayangi, bukan? Samalah dengan saya. Sape yang taknak tu... entahlah, ada ke orang yang taknak. Mungkin pada mulanya ada orang yang taknak disayangi tapi lama-kelamaan, orang itu akan mengakui bahawa dia perlukan kasih saying dan perhatian. Bukankah setiap orang islam itu bersaudara? Jadi, layanlah saudara kita sebaik-baiknya. Kalau kita Nampak sesuatu yang buruk pasal dia, bersangka baiklah kerana bersangka baik itu selemah-lemah ukhuwah. Percayalah, tidak semestinya apa yang awak fikir itu betul, kan? Tapi, kalu macam depan mata tu, trylah ajak dia perlahan-lahan. Jangan paksa! Tak ada orang suka dipaksa dan dimarahi. Jadi, berlembutlah dalam berbicara, nescaya dia akan mendengar dan jangan lupa ikhlaskan niat kerana Allah bukan kerana kehebatan yang ada padanya. Rasanya cukuplah yang itu sebagai mukadimahnya.

       Cerita saya kali ni bukan pasal persahabatan tapi perkara yang lebih besar. Baru-baru ni, ada sorang budak lelaki (budak? apapun saya lebih suka panggil budak walaupun dia sebaya) start chatting ngan saya. Pada mulanya, saya layan je sebab dia tanya pasal urusan sekolah bukannya yang sia-sia. Saya hormat kat dia sebab berbicara hanya pada yang perlu. Rasa hormat terhadap dia semakin meninggi apabila dia berani berbicara di hadapan (jadi mc) dan disertai dengan kata-kata yang baik dan mulia. Tapi, rasa hormat tersebut turun secara mendadak bila dia tanya pasal bilangan adik-beradik saya. Adakah itu penting untuk diberitahu? Sebelah kening saya terangkat menanyakan rasa malu dia dengan soalan tersebut. Saya tak jadi nak jawab. Tak penting pun. Kalau saya tak didedahkan tentang bahaya berchatting tentang perkara yang tak berkaitan langsung dengan sekolah, mungkin rasa seronok sudah menyelubungi diri. Saya pernah rasa semua tu masa last form 1 dulu. Budak lelaki (sekali lagi saya panggil dia budak biarpun sebaya) tersebut pada mulanya bertanya tentang cara nak pandai menghafal. Tapi, kemudiannya berlarutang tentang diri saya. Rasa kagum kat dia kat sekolah dulu hilang seperti ditiup debu.

       Lelaki? Saya kurang percaya terhadap mereka. Memang kita disuruh untuk bersangka baik namun dia bukannya sejantina dengan saya. Kalau yang berlawanan, kita sebaiknya berhati-hati, okey? Saya minta maaf kepada pihak lelaki kerana fikir yang bukan-bukan tapi, ramai dikalangan kamu yang menyuruh pihak pompuan bersetuju untuk berhati-hati. Lelaki berbeza dengan pompuan. Tapi, perbezaan itu belum dapat saya pasti secara keseluruhan namun kalu saya dah pasti insya-Allah saya akan kongsikan dengan korang. ^^ Mungkin yang tu jelah kot? Saya hanya menulis apa yang terlintas di fikiran saya. Kalu ada yang salah, silalah tegur, ya? Kita ni manusia biasa, tiada yang sempurna.

Friday 24 October 2014

Boloks?

Hype! Assalamualaikum, guys!

     Huh! Happy giler ni dah abis dah PT3. Melepas sudah tekanan exam (ayat inversi tuh!). Tapi, kalu terbayang tahun depan rasa sedeyh lah pulak. Sedeyh campur risau. Sedih sebab nanti camne sekalipun kitorang(kawan2 saya) tak mungkin sekaligus akan dapat duduk dalam satu kelas. Kalau semuanya masuk sekelas, wow! memang rasa hebat bila ditakdirkan tidak berpisah.^^ Yang risaunya, camne eh kalu kitorang ni tak semuanya akan stay kat sekolah yang sama. Bila ada yang berpindah, saya risau kalu kitorang dah x berhubung... =,= Erk! Guane feeling ngat eh?! Stop! Feeling nanti masa jamuan kelas, okey? Abaikan dulu sume tu. Fikirlah masa depan (masa form 4), mungkin itu lebih baik?

     Saya tulis kat dalam entry kali ni bukannya nak citer sangat pasal tu. Tapi, pasal sorang kawan saya. Saya dah ada tulis pasal dia gak sebelum ni, jadi yang dah baca mesti kenal sikit lah Aina, one of my best friends. The another one is Nurin. Rindu kat dia tak tahu nak kata camne. Tapi, memang rindulah. Hehe... saya nak ltak sikit lukisan yang dia lukis untuk saya. Walaupun jauh di mata tapi dekat di hati. Biarpun sekolah menengah kitorang bukannya jauh mana. Terletak di dalam 1 negeri gak. Kalau nak jalan dari sekolah saya ke sekolah dia boleh je. Tak ada masalah. Tapi, saya tak beranilah... Nak kena lintas jalan... Masuk sekolah orang... Okey, pasal sekolah tu, abaikan. These are her drawings.
Yang ini masa birthday saya ^^

Yang ni masa kitorang tengah chat. Ade lagi, tapi, saya lebih suka lukisan ni.

Yang ni dia tag saya. Ade gak dia tag org lain, bukan saya je. Dia dah ada ramai kawan.
      Nampak tak betapa comelnya drawing dia. Saya suka tengok. Bila tengok, saya asyik terbayang zaman sekolah rendah. Masa tu, memang saya akui walaupun anak ustaz ustazah... saya jahil bab2 agama. Umi dan abah saya pernah terangkan, tapi masa tu zaman budak sekolah rendah... memang saya tak berapa ambik berat sebab tak tahu apa kepentingannya. Jadi, sape yang nak ada anak dah ataupun bakal berkahwin ke, apa-apalah yang berkaitan. Didik anak2 lebih awal. Sekurang-kurang biasakan diri mereka menutup aurat dan solat di awal waktu. Itu yang terbaik. Ibu bapa jugak kena jadi model terbaik. Yelah, tanpa sokongan daripada ibu bapa, anak-anak jadi sukar untuk bertahan dan berubah. Bukan senang nak berubah. ^^ Hehe, start citer pasal sekolah. Tengah2 pasal lukisan Aina. Last2 pasal didikan. Haha! Saya ni memang bolokslah. Takpelah. Korang faham je kan (silalah angguk ye).

Thursday 2 October 2014

Lepas perasaan...

     Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk menulis di dalam blog. Fuhh !! Lama dah rasanya tak balik rumah. Semalam baru balik dari sekolah. Hari last selalu je ada homework yang diberi. Biaserr lah tu. Dah jadi rutin harian dah buat pelajar PT 3 cam saya ni. Lagi ada beberapa hari sahaja lagi nak PT 3. Tapi, adakah saya sudah bersedia? Entahlah... Bdop straight A sekolah saya sekarang ni pun dah semakin menurun kalau dibandingkan dengan budop tahun lepas. Menurun secara mendadak! Sekarang baru ade 2 orang dari sep tamayyuz yang dapat straight A. Kagum betul dengan diorang sebab diorang gak aktif menghafal. Banyak bende nak kene ingat. SubhanaAllah. Bila saya tengok diorang... saya sering teringat sesiapa yang menolong agama Allah, pasti Allah permudahkannya. Saya tak pasti sama ada itu hadis ataupun firman Allah. Apa pun saya kagum dengan semangat yang merka tonjolkan.

     Semalam saya balik awal. Kul 12.30 tengah hari. Sepatutnya kul 2.30 petang, tapi sep PT 3 dan sep form 6 Atas ada temu murni... bolehlah balik awal. Tapi, umi tak sempat nak datang sebab umi saya ada kelas dengan sep2 pekse kat sekolah dia. Paling awal pun kul 12.30. Tapi, temu murni dah habis dah masa tu. Saya dan kawan saya tolong cikgu layan mak ayah yang nak amik keputusan pekse. Mak kawan saya tu pun takleh nak datang gak. Dia balik pun kul 4 petang. Lebih lewat daripada saya. Bila saya tengok sorang demi sorang mak ayah yang datang dengan kawan-kawan sekelas saya... saya asyik terbayangkan wajah mak ayah saya. Paling ketara masa ayah kawan saya, Aisya datang dengan anaknya. Rasa sebak tetiba bila tengok ayahnya banyak mengusik. Rasa rindu tetiba kat arwah ayah saya. Entah camne perasaan di bila tengok keputusan saya... Baru dapat 3A. PT 3 ada beberapa hari lagi. Dah tak sampai 2 minggu. Minggu depan lak sibuk dengan kem di Angulia kat Marang. Minggu seterusnya pekse penting So, I have to study smart and study hard. I want to strive for straight A!