York Swirls

Thursday 2 October 2014

Lepas perasaan...

     Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk menulis di dalam blog. Fuhh !! Lama dah rasanya tak balik rumah. Semalam baru balik dari sekolah. Hari last selalu je ada homework yang diberi. Biaserr lah tu. Dah jadi rutin harian dah buat pelajar PT 3 cam saya ni. Lagi ada beberapa hari sahaja lagi nak PT 3. Tapi, adakah saya sudah bersedia? Entahlah... Bdop straight A sekolah saya sekarang ni pun dah semakin menurun kalau dibandingkan dengan budop tahun lepas. Menurun secara mendadak! Sekarang baru ade 2 orang dari sep tamayyuz yang dapat straight A. Kagum betul dengan diorang sebab diorang gak aktif menghafal. Banyak bende nak kene ingat. SubhanaAllah. Bila saya tengok diorang... saya sering teringat sesiapa yang menolong agama Allah, pasti Allah permudahkannya. Saya tak pasti sama ada itu hadis ataupun firman Allah. Apa pun saya kagum dengan semangat yang merka tonjolkan.

     Semalam saya balik awal. Kul 12.30 tengah hari. Sepatutnya kul 2.30 petang, tapi sep PT 3 dan sep form 6 Atas ada temu murni... bolehlah balik awal. Tapi, umi tak sempat nak datang sebab umi saya ada kelas dengan sep2 pekse kat sekolah dia. Paling awal pun kul 12.30. Tapi, temu murni dah habis dah masa tu. Saya dan kawan saya tolong cikgu layan mak ayah yang nak amik keputusan pekse. Mak kawan saya tu pun takleh nak datang gak. Dia balik pun kul 4 petang. Lebih lewat daripada saya. Bila saya tengok sorang demi sorang mak ayah yang datang dengan kawan-kawan sekelas saya... saya asyik terbayangkan wajah mak ayah saya. Paling ketara masa ayah kawan saya, Aisya datang dengan anaknya. Rasa sebak tetiba bila tengok ayahnya banyak mengusik. Rasa rindu tetiba kat arwah ayah saya. Entah camne perasaan di bila tengok keputusan saya... Baru dapat 3A. PT 3 ada beberapa hari lagi. Dah tak sampai 2 minggu. Minggu depan lak sibuk dengan kem di Angulia kat Marang. Minggu seterusnya pekse penting So, I have to study smart and study hard. I want to strive for straight A!

No comments:

Post a Comment