York Swirls

Saturday 25 October 2014

Hati-hati ^^

Salam sejahtera buat semua pembaca blog saya! ^^

       Saya cuma nak citer pasal... hmm... sesuatu yang memang dah jadi fitrah semulajadi setiap manusia. Fitrah yang semestinya akan berulang-ulang kali disebut dan dirasa. Iaitu fitrah untuk disayangi. Saya pasti korang semua akui korang mahu disayangi, bukan? Samalah dengan saya. Sape yang taknak tu... entahlah, ada ke orang yang taknak. Mungkin pada mulanya ada orang yang taknak disayangi tapi lama-kelamaan, orang itu akan mengakui bahawa dia perlukan kasih saying dan perhatian. Bukankah setiap orang islam itu bersaudara? Jadi, layanlah saudara kita sebaik-baiknya. Kalau kita Nampak sesuatu yang buruk pasal dia, bersangka baiklah kerana bersangka baik itu selemah-lemah ukhuwah. Percayalah, tidak semestinya apa yang awak fikir itu betul, kan? Tapi, kalu macam depan mata tu, trylah ajak dia perlahan-lahan. Jangan paksa! Tak ada orang suka dipaksa dan dimarahi. Jadi, berlembutlah dalam berbicara, nescaya dia akan mendengar dan jangan lupa ikhlaskan niat kerana Allah bukan kerana kehebatan yang ada padanya. Rasanya cukuplah yang itu sebagai mukadimahnya.

       Cerita saya kali ni bukan pasal persahabatan tapi perkara yang lebih besar. Baru-baru ni, ada sorang budak lelaki (budak? apapun saya lebih suka panggil budak walaupun dia sebaya) start chatting ngan saya. Pada mulanya, saya layan je sebab dia tanya pasal urusan sekolah bukannya yang sia-sia. Saya hormat kat dia sebab berbicara hanya pada yang perlu. Rasa hormat terhadap dia semakin meninggi apabila dia berani berbicara di hadapan (jadi mc) dan disertai dengan kata-kata yang baik dan mulia. Tapi, rasa hormat tersebut turun secara mendadak bila dia tanya pasal bilangan adik-beradik saya. Adakah itu penting untuk diberitahu? Sebelah kening saya terangkat menanyakan rasa malu dia dengan soalan tersebut. Saya tak jadi nak jawab. Tak penting pun. Kalau saya tak didedahkan tentang bahaya berchatting tentang perkara yang tak berkaitan langsung dengan sekolah, mungkin rasa seronok sudah menyelubungi diri. Saya pernah rasa semua tu masa last form 1 dulu. Budak lelaki (sekali lagi saya panggil dia budak biarpun sebaya) tersebut pada mulanya bertanya tentang cara nak pandai menghafal. Tapi, kemudiannya berlarutang tentang diri saya. Rasa kagum kat dia kat sekolah dulu hilang seperti ditiup debu.

       Lelaki? Saya kurang percaya terhadap mereka. Memang kita disuruh untuk bersangka baik namun dia bukannya sejantina dengan saya. Kalau yang berlawanan, kita sebaiknya berhati-hati, okey? Saya minta maaf kepada pihak lelaki kerana fikir yang bukan-bukan tapi, ramai dikalangan kamu yang menyuruh pihak pompuan bersetuju untuk berhati-hati. Lelaki berbeza dengan pompuan. Tapi, perbezaan itu belum dapat saya pasti secara keseluruhan namun kalu saya dah pasti insya-Allah saya akan kongsikan dengan korang. ^^ Mungkin yang tu jelah kot? Saya hanya menulis apa yang terlintas di fikiran saya. Kalu ada yang salah, silalah tegur, ya? Kita ni manusia biasa, tiada yang sempurna.

No comments:

Post a Comment