York Swirls

Thursday 10 April 2014

Tawakal

Assalamualaikum, semua!
Lama betul rasanya tak post dalam blog.
Apa boleh buat, saya ada peperiksaan penting tahun ni. Kalau nak stay skolah sama nak kene dapat straight A. So, kene usaha lebihlah. Memang agak sukar nak dapatkan A apatah lagi semua subjek kene A. So, tawakallah. Maksud tawakal ni bukannya reda je dengan apa yang dapat. Ia perlu disertai dengan usaha yang kuat. Doa gak tak boleh dilupakn. Habis pekse barulah reda. Ops, stop! Belum lagi, habis je pekse banyakkan solat hajat, doa dan zikir. Saya teringat sebuah cerita. Kisahnya begini, (berkait dgn tawakal)  ade seorang lelaki biarkan untanya begitu sahaja. Rasulullah pun menegur mengapa dibiarkan sahaja untuk tersebut tanpa mengikat tali pada pokok. Lalu, lelaki tersebut kata dia bertawakal. Lalu, disitulah Rasulullah menerangkan konsep tawakal yang betul iaitu usaha dulu baru lah tawakal. Sebaik sahaja mendengar penerangan Rasulullah, lelaki tersebut pun mengikat untanya pada pokok. Apabila kita tidak mengamalkan sikap tawakal dalam diri maka muncullah sifat putus asa dalam diri. Dan sesungguhnya sifat itu tidak disukai Allah dan Rasulullah. Okey, sambung pasal tadi... Memang abis je pekse, mesti mengharapkan keputusan yang cemerlang. Saya pun sama. Tapi, apa yang saya katakan reda ni kene ada rasa syukur apabila terima keputusan samada kejayaan mahupun kegagalan.

Percayalah, kita hanya mampu merancang namun sebaik-baik perancang ialah Allah SWT ^_^