York Swirls

Saturday 26 July 2014

Solat Tarawih

Bestnya!

Hari ni kali ketiga saya ke masjid kat kampung saya untuk solat tarawih.
Huh, teruk betullah saya ni.
Dalam 9 tahun saya duk kat kampung, hanya 3 kali je saya pernah masuk masjid kat kampung saya.
Tapi, kalu nak dibandingkan, tahun ni paling banyak gi masjid. Nanti, solat sunat idilfitri pun kat sana. Tak sabarnya menanti saat itu. Tak sabar sebab selepas solat kitorang (tak kisahlah sape2) akan saling bersalaman. Indahnya saat hati-hati ni saling menyatu memohon kemaafan walaupun tak pernah jumpa.
Lagipun, saya susah nak cari saat ni sebab duk kat asrama.
Kalu saya tak sekolah kat sana, mungkin saya akan sekolah yang dekat-dekat je.
Bertambahlah kenalan nanti, especially kalu rumah kawan dekat.
Makin seronok sebab dapat ziarah menziarahi.

Uish, jauh saya melangkah padahal nak citer pasal solat tarawih kat masjid je... -.-"
Kali pertama solat tarawih kat sana adalah semalam. (Huh, baru semalam -.-")
Itupun sebab tokwan yang ajak. (tokwan- ibu kpd ayah saya)
Yang mengikut sama adik saya, Kakngoh dan sepupu saya, Ya dan Kak Teh.
Haikal (adik saya) pun ikut sama, tapi dia balik awal. (budak tu dari awal lagi main je tahu)
Mula-mula kitorang solat isyak (solat maghrib kat rumah je) pastu solas start solat tarawih.
Selepas solat tarawih empat rakaat, imam bagi tazkirah pasal malam lailatul qadar. ( jiran sebelah aka imam)
pastu baru sambung solat empat rakaat lagi.
Kemudian solat witir dua rakaat, esok sambung satu rakaat lagi kul 3 pagi. (huh, saya x bangun lagi mase tu)


   don't trust it!!!
okey, yang tu jelah kot dari saya.
moga-moga ramadan kita tahun ni dberkati Allah, Amin! ^_^

Main sudoku


Sudoku...

Baru-baru ni, sekolah saya anjuran PSS mengadakan pelbagai pertandingan, antaranya kuiz teknologi, eksplorasi, buat kad guna komputer, melukis potret, sudoku dan banyak lagi. Saya taklah ingat semuanya meskipun saya gak salah seorang PSS.  Saya ada sertai dua pertandingan dan salah satunya pertandingan sudoku. Alhamdulillah dapat johan.Hehe... . Kemudian, minggu seterusnya ada jualan buku. My only favourite thing. Dan, ada gak buku sudoku terjual. Saya minat sudoku, tapi taklah sangat.                                            
             Masa saya form 1 saya start main. Baru tahu camne nak main mase tu. Mulanya rasa bosan dan geram sebab selalu letak nombor kat tempat yang salah. Tapi, saya tetap rasa nak main. Pada tahun seterusnya, saya beli buku sudoku. Taklah tebal sangat. Nipis je buku tu. Bila bosan, saya pun main. Tahun ni, mase form 3 makin terasa keseronokan main sudoku sebab sahabat-sahabat ada jugak yang suka main. Diorang kongsikan teknik-teknik merela. Apabila dah banyak teknik yang bergabung, maka sudoku dapat siap kurang 30 minit.
      
        Menurut apa yang saya baca, sudoku ni ada kelebihannya tersendiri. Melalui kosmo online, saya dapat tahu bahawa sudoku ni dapat penyakit yang berhubung kait dengan sakit tua spt nyanyuk dan alzheimer. Pastu, saya cari lagi maklumat pasal kelebihan sudoku dan adalah jumpa satu blog ni. Melalui blog tersebut, kak miezah kata sudoku dapat meningkatkan logik daya fikir dan ketelitian, menajamkan imaginasi, kreatif dan inovatif serta merangsang sel otak menjadi aktif. Katanya juga Sudoku menekankan pada logika akal, maka logik yang tepat itu perlu untuk menyelesaikannya (berbeza lavel,berbeza logik pun berbeza). So,dari sini, kita melatih otak kiri kita yang bekerja secara sistematik.Bukan hanya berhenti di situ, dengan bertambahnya level kesukarannya.Kita juga dituntut untuk kreatif mencari solution kepada masalah tesebut. Dari pandang sisi ini, kita dilatih juga otak kanan yang bekerja secara kreatif. 

                   So, siapa-siapa yang tak mahu ada penyakit nyanyuk cubalah berjinak-jinak dengan permainan sudoku. Ajaklah kawan-kawan ataupun ahli keluarga main bersama. Pasti seronok kalau main ramai-ramai. Tapi, semangat yang kental dalam diri tu nak kena ada sepanjang masa. Bukan sudoku sahaja yang boleh elakkan penyakit nyanyuk tu, membaca Al-Quran pun boleh gak sekali gus bertambah pahala.