York Swirls

Friday 25 January 2013

Perbezaan antara kami...

Saya ada beritahu x lagi siapa Husna?
Kalu ada, imbas semula, kalau x ade...
Meh dengar apa yg saya nak cerita ni...
Husna, adik saya dan dia muda setahun dari saya.
Saya panggil dia kakngoh.

Ramai kawan2 saya dan kawan2 dia selalu salah faham
tentang saya dan dia...
Korang nak tahu ke kenapa?
Memang saya nak ceritakan pun apa sebabnya berlaku salah faham.

Begini...
Kawan2 saya selalu anggap kakngoh ialah KAKAK saya.
Sedihnya... disebabkan ketinggian dia yg melebihi saya
terjadi salah faham begitu.
Kawan2 kakngoh pun fikir yg saya ni adik dia.
Ada ke patut mereka fikir saya ni bdk darjah 6
Huhu~

Sikap kakngoh tu lebih dewasa daripada saya,
Dia lebih bertanggungjawab daripada saya,
Saya pulak macam bdk2, hehe,
Dan langsung x de sikap cam dia.
Dia lebih sesuai jadi kakak daripada saya,
Walaupun begitu, saya bersyukur kepada yang Maha Adil
Allah lebih tahu semuanya yang terbaik.

Ada lagi, tapi biarlah yg tu je yg saya luahkan dulu.
>.<"

Thursday 24 January 2013

Marathon/ Merentas desa

Huhu~
Letihnya...
Penat betullah berjalan ngan berlari dari asrama ke A&W pastu pusing balik. Sakit kaki. Letih sgt.
Camnelah org lain bleh dapat no. 1 dalam masa 25-30 minit shj. =.='
Byk perkara yg berlaku masa marathon dan kebanyakannya yg sedih2.
Nak tahu tak apa yg berlaku?

Ehem.. Ehem.. (Testing suara)
First day...
Semangat betul saya masa hari pertama. Saya cuba kuatkan semangat utk dapatkan nombor dalam marathon. Antara satu hinga 30. Masa mula2, saya lari kuat2. X nak ketinggalan kat belakang. Malulah kalu ada org kata, x aktif benor bdk ni.Tapi tak sampai 100 meter pun saya b/henti lari, start b/jln. Nafas dah turun naik. Baru sebentar berlari, saya dah letih. Tp. saya berjalan lajulah. x nak duk kat belakang, nak duk kat tengah2. Susah gile jalan atas pasir. Rasa cam berat sangat kalau berjalan. Berlari pun sama. Hari latihan marathon sama ngan SMK Seri Budiman. Saya x tahu betul ke x, itu yg cikgu cakap. Saya beritahu jelah. Bila dah sampai kat pertengahan jalan, saya dah jadi semakin letih. Rasa nak berehat dan minum air sejuk. Asyik terbayang benda tu sahaja masa marathon. Pastu, saya slalu je rasa cam nak jatuh. Kebetulan masa tu ada lelaki yg dewasa tengok masa saya ucap 'Astaghfirullahal'azim'. Ada ke patut mereka ketawa. Geram betul! Kenapa pompuan yang bolehlah dikatakan alim selalu diperli dan disindir. Bukan ke mereka juga seorang muslim?
Second day...
Saya malas betul kali ni. Tapi, cuba usaha dgn lebih kuat lagi. Hari ni, byk cerita pasal kwn2 saya. Dirah..., dia ditolak oleh seseorg kemudian jatuh. Kedua-dua belah tapak tangannya cedera. Seluarnya sampai terkoyak dan lututnya berdarah. Kasihan Dirah. Masa tu, jilbabnya pun dah tercabut. Sungguh kasihan kat Dirah. Entah sapelah yg buat dia jatuh. Dahlah x minta maaf, tak bagi pertolongan jugak!!! Pastu, hari tu jugak ada dua orang pengsan. Aliya x pengsan, dia pitam. Saya dengar, dia tak makan sarapan. Kasihan dia... Loya pulak pengsan betul2. x tahulah sebab apa, x ramai org citer pasal dia.
Okey yg tu jelah. Hari marathon ini, pasti akan menjadi sejarah dalam memori Dirah.

Wednesday 23 January 2013

Sahabat yg t'baik

 
Sahabat yang terbaik? Bagi saya, mereka orang yg menghargai kita walaupun kita ni kdg2 jahat skit, mereka juga manusia yang sedia memaafkan kita walaupun dah buat kesalahan yang besar, setia bersama wakalupun dikhianati, sedia mendengar luahan hati walaupun dia sgt sibuk. Kawan2 mahu tahu siapakah sahabat saya itu? Jangan kalian fikir cuma seorang manusia sahaja yang dijadikan sahabat saya, kerana setiap manusia ada kelemahan tersendiri. Setiap kelemahan mereka itu ditutup dengan adanya sahabat yang lain. Itulah sahabat2 sempurna saya. Ops! Tiada manusia yang sempurna yang wujud kat bumi ni selain Nabi Muhammad. ^_^

         Nak tahu berapa sahabat2 saya itu? Bukan dua orang, bukan empat, bukan enam, bukan tujuh tapi sepuluh manusia yang berlainan kerenah. Setiap hari, ada sahaja lawak yang mereka buat sehingga hidup terasa bahagia. Ya Allah, terima kasih kerana jadikan dan perkenalkan mereka kepada saya. Sungguh, saya sangat gembira.

         Nak tahu tak siapa mereka? Mereka semua sekelas dengan saya.Kami satu kelas, satu blok dan sentiasa bersama. Kalau kami bergaduh, ianya takkan berpanjangan sehingga satu. Dalam beberapa jam dan minit sahaja kami berbaik semula. Salah seorang daripada kami yang lebih senang dipanggil sbg Mirah seorg yg b'fikiran matang. Perkara begini insya-allah senang sahaja untuk diselesaikan bagi dia yang berfikiran matang. Hehe... saya x macam dia. Saya kebudak-budakan skit. Tapi, dlm blog ni nampak matang pulak, kan? Nak kenal tak mereka bagaimana. Erm..., Iqah, baik orgnya dan sukakan perkara yang berkait tentang cinta remaja. Mirah, seperti yang saya katakan tadi, dia seorang yg b'fikiran matang. Dhirah, nampak saja macam dah matched, tapi bg manusia yg benar2 mengenalinya pasti dikatakan tak. Rupanya dan suaranya sahaja yang kelihatan matched skit. Sasah yg lbh dikenali sbg gendo seorang yg sporting dan sgt peramah. Dibah, bg org yg tak kenalnya dgn rapat pasti dikatakan nebeng kerana sikapnya yang suka menjeling. Ttp, percayalah, dia bukan begitu. Dia prihatin terhadap sahabat2nya. Hanis, sentiasa membina lawak yang mmg kelakar gilerr sampai boleh teringat bulan ke bulan. Nana, suka sgt menyanyi terutama sekali Korea's K-pop dan dia seorang yg sangat amanah. Rasyidah, seorang sahabat yg memahami dan mmg pakar bab2 cinta ni. Saya tabik dia, tp. itu bukannya makna dia pernah bercinta. Astaghfirullahal'azim, moga dijauhkan. Khadijah, plg warak dan suka mendengar luahan manusia lain. Bab2 agama mmg dia pakar. lastly, Aisya, seorang yang sgt suka membaca buku hinggakan dia boleh dikatakan pakar english. Ramai yang bertanya tentang mata pelajaran itu.

        Kadang-kadang mungkin diorang tak sama dengan apa yang saya ceritakan. Yup! Manusia itu sikapnya selalu berubah-ubah. Tak ada yang kekal melainkan Allah.

         Baiklah, i think just that for today. See u next time, my blog... ^-^