York Swirls

Wednesday 24 December 2014

PT 3

Assalamualaikum~

Baru-baru ni 22 Disember 2014... telah diumumkan result PT 3. Adik saya 2 orang gi kem membaca, yang paling kecil duduk kat Taska. Jadinya, yang teman saya gi ambil result cumalah umi, kakngoh, kakcik ngan Eyman. Masa on the way ke sana, saya rasa sesak nafas je~ Disebabkan perasaan berdebar sangat... saya takleh nak siapkan kad untuk kawan2 saya. Ada yang dah siap dan ada yang belum. Sian diorang, nama tak tertulis di hadapan kad mereka. Dalam kad tu, saya sertakan lukisan saya dan sedikit pesanan dari saya (copypaste je... tp x ingat dari ane). Saya lukiskan 11 orang mengikut turutan KAiSHA DAFHAE. Huhu~ Sorilah kalau ada lukisan tu tak berapa berkenan di hati. >< Apa pun, saya sangat mengharap korang simpan dengan baik, okey?

Dalam dewan, saya duduk kat belakang... samalah dengan Dhirah ngan Syidah. Yang lain duk kat depan pastu terselit kat tengah tu, Dbah. Sekolah saya ada 3 orang yang dapat straight A dan salah seorang kawan saya. Pastu, yang 10 A ada gak 2 orang lagi. Tahniah korang sebab dapat dinobatkan sebagai pelajar cemerlang. Seramai lima orang daripada 10 orang terdiri daripada budak kelas saya. Rasa happy buat mereka. ^_^ Kemudian, barulah boleh amik result masing-masing. Result saya? Biarlah rahsia. Bukannya membanggakan sangat pun, tapi masih boleh disyukuri sebab dengan
 result saya tu, saya masih boleh stay sekolah maza. Lebih kurang 29 orang yang x leh stay, sian diorang. Harap-harap diorang dapat jaga diri baik-baik. Risau gak. Susah nak dapat tarbiah kat luar sana.

Selepas amik result tu, saya nangis. Sebab apa? Biar saya je simpan sebabnya. Takleh bagitau. Malu gak sikit sebab hidung jadi merah sangat. Kemudian, saya bagi kad tu kat lapan orang kawan saya. Dua orang lagi, Aisya ngan Dbah balik awal, jadi x sempat nak bagi. Mirah bagi gambar dan Rasyid lak bagi nama kat semua sep kelas. Pastu, ayah Nana dan beberapa orang ibu bapa kawan2 saya ambik gambar kitorang ngan pengetua dan guru kelas. Kitorang ingat nak ambik gambar dengan semua sep2 kitorang tapi, itulah... dah ada yang balik awal. Jadinya tak sempat. Moga berjumpa lagilah tahun depan. Mungkin tak sama kelas, tapi kalu masih boleh kawan... moga-moga berkekalan till jannah. Amin!!!

Then, Ustaz Rahim post pasal aliran form4 nanti. Hmm... bile tengok2, nampaknya saya kena ambil aliran Thanawi. Melalui sijil yang saya dapat, semuanya semacam ke arah Thanawi. Memang takleh masuk langsung aliran Sains. Tak apalah. Kita kena berfikiran positif. Mungkin ada hikmah disebalik setiap yang berlaku. Jadi, terima sajalah. Mana tahu, mungkin saya lebih sesuai di aliran Thanawi, kot. Insya-Allah!


 Lukisan saya...hehe (kad yg hanis punya)


gambar and nama yang diberi


Us. Rahim post dlm fb pasal syarat kemasukan



Thursday 11 December 2014

Rindu lagi~

Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar!


Malam keesokan selepas saya tulis dalam blog, hehe.. ^^
Adik2 saya duk kat rumah, kakngoh ajak main water ice ngan The Killer,
Haikal lah yang paling happy bila diajak main water ice
Masa saya hok jadi tukang kejo, dia paling susah nak jadi ice..
Bila tengok budak hok beso dah ikut main, termasuk saya
Saya rasa rasa lawak gila! Ketawa sampai terguling-guling. >_<
Pahtu, baru adik saya Aiman pun mari, x jadi orh main computer...


Bila dia mari, baru start main the killer,
Haikal pun mengamuk lah sebab still mahu main water ice,
Huhu~ rindu tengok dia mengamuk, hehe...
Korang faham kan camne main the killer,
Saya malas nak taip panjang nak terang camne nak main the killer,
Tapi, denda orang hok x dpt teka dgn betul, dia akan ditabur bedak! Haha!
Bila main the killer eyh, teringat lop sep2 puang kelas saya,
Diorang suka main the killer... huhu~ rindu diorang!

Tuesday 9 December 2014

Rindu ~ Sayang adik!

Assalamualaikum!! >_<


Masa cuti akhir tahun ni,
Umi saya masukkan adik saya ke sebuah kem membaca,
Saya tak pasti mana kat mana diadakan,
Kem membaca tu diadakan selama sebulan,
Kiranya dari 1 Disember hingga akhir disemberlah,
Diorang bertolak kul 9 pagi dan balik kul 12 tengah hari,
3 jam yang 2 orang adik saya luangkan kat sana cukup membuatkan saya rindu,
Rindu Hakimah dan Haikal,
Kalu diorang kat rumah mesti dengar kebisingan diorang,
Habis diorang belajar membaca kat sana...
Diorang terus pergi ke rumah abi (rumah pak sedara saya yg sulung),
Tak sempat nak jumpa diorang,
Semalam... saya cuma sempat tengok muka diorang sekali saja,
Sebab malam tu... mak su (mak sedara yg bongsu) ajak gi rumah pak uda (pak sedara kedua),
Sedeyh~~ Saya rindu nak tengok senyuman diorang, rindu nak usik2 diorang,
Huhu~ rindunya kat diorang.
Selain mereka berdua, adik saya dua orang lagi (Aiman & Izza) asyik luangkan masa kat rumah abi,
Saya jadi jarang gak main ngan diorang,
Aiman asyik bandingkan keadaan kat sana dengan kat rumah sendiri,
Saya akui memang banyak kelemahan kat rumah sendiri daripada kat sana,
Kata Aiman... kat sana ada tv, tapi kat rumah sendiri...tv rosak.
tv kat rumah saya rosak lama dah... dah berbulan-bulan,
Kata umi... umi tak nak beli yang baru dah sebab dah banyak kali rosak,
Di sebalik alasan tu, umi tak perlu bayar astro lagi... senang kat umi,
Yelah, umi tanggung kitorang sekeluarga.
Kata Aiman... kat sana ada budak laki yg boleh main ngan dia,
lelaki kat rumah saya cuma dua orang je, Aiman dan Haikal,
kat sana ramai, ada abang long, abang ngah, haziq, muaz~
Saya cuma boleh tengok diorang sume masa pagi nak bertolak je...
Masa tu, adik saya Aiman ngan Izza masih duk kat rumah,
Masa tu, adik saya Haikal dan Kimah tengah bersiap...
Rindu amat~


Tuesday 2 December 2014

Rindu korang~

Assalamualaikum! ^^

Korang sihat tak?
Moga dalam keadaan sejahtera fizikal dan mental... hehe
Saya bosan giler ni duk kat rumah!
Tak sabar tunggu tahun depan, gi asrama! yippee ><
Jadi, saya citer jelah kisah mana pun.

Semalam...
Hehe... Saya main bedak ngan 2 orang adik saya~
Adik saya ada 6 orang... tiga dari mereka tido kat rumah sepupu saya,
rumah sepupu dekat je, jalan kaki satu minit je
Adik saya yang bongsu dah tido ngan umi saya..
2 orang adik saya tu darjah 6 ngan form 2.
Hehe... malam tu kitorang senyap2 makan megi
Pastu, baru start main bedak.
Habis sume warna putih!

Bila main bedak ni, saya teringat lak kawan2 saya
Kitorang main tepung, hehe..
Habis putih jilbab dengan tepung,
Muka takpelah... boleh sapu lagi.
Huhu~ rindu sep2 ni!
KAiSHA DAFHAE!! >_<