York Swirls

Saturday 31 May 2014

Jujur

Salam sejahtera semua!! ^^

          Entry kali ni saya nak citer tentang kejujuran. Rasanya korang semua tahu apa maksudnya jujur iaitu tidak menipu tapi tidak semua yang mengamalkannya. Padah ketidakjujuran memang sangat besar. Menipu pun boleh jadi dosa besar. Senang sungguh nak dapat dosa besar terutamanya bagi orang yang mulut murai. Kadang boleh jadi mereka salah kata, dan tidak mahu membetulkannya, tidakkah itu hanya menimbulkan salah faham yang besar?

          Okeylah, rasanya cukuplah mukadimahnya... Saya mahu ceritakan tentang seorang guru. Bagi menjaga keaibannya, saya tidak akan beritahu namanya dan sekolah mana. Saya cuma minta doa dari korang agar dia sedar akan kesalahannya dan bertaubat. Baru ni kan ada peperiksaan pertengahan tahun dan kami sekelas disuruh untuk menanda kertas. Walaupun kertas itu bukannya kertas yang sepenting BM, BI, MAT, SN dan BA, tapi kitorang tetap disuruh menjawabnya bagi menguji pengetahuan kami tentangnya. Apa gunanya belajar tentangnya tanpa diuji? Betulkan? Disebabkan soalannya melebihi daripada markah 100%, cikgu menyuruh kami memotong beberapa soalan. Ada yang suka dan ada yang tidak suka akan suruhan cikgu kerana kelas kami dan dua kelas lain sahaja yang diperlakukakan sebegitu sedangkan dua kelas lain, soalan tersebut dikira. Setelah markah dikira, ramai yang dapat gagal dan paling tinggi pun cuma 80% lebih sikit. Disebabkan itu, cikgu menyuruh kami untuk menambah 10% markah. Maka makin tinggilah markah setiap sorang. Tapi, agak menyedihkan juga sebab itu bukan markah kami yang sebenar. Hmm... bagaimana kalau kita dapat suatu pekerjaan dengan menipu? Saya ada dengar dari seorang ustaz, iaitu jawapan bagi soalan saya tu... gaji kita dikira tidak halal kerana mendapatkannya tidak mengikut tuntutan Islam yang menyruh kita jujur walau di mana jua. Seperti dalam pepatah yang mengatakan " Berkatalah jujur walaupun pahit". Cikgu-cikgu saya selain 'dia' amat menitikberatkan soal haram dan halal. Apabila kita makan dari sumber yang haram, maka hati kita sedikit demi sedikit akan mudah terjebak dengan perkara maksiat. Besarnya kejujuran dalam kehidupan kita. Maka, berhati-hatilah dulu sebelum berkata. Jadi, jagalah mulut kita. Elakkan bercakap kosong dan apabila tidak mengetahui sesuatu diamlah. Ianya lebih baik daripada menipu.

* Kalu salah, silalah betulkan. Kitakan manusia. Semuanya pernah berbuat salah walaupun hanya sekali. ^_^