York Swirls

Saturday 26 July 2014

Solat Tarawih

Bestnya!

Hari ni kali ketiga saya ke masjid kat kampung saya untuk solat tarawih.
Huh, teruk betullah saya ni.
Dalam 9 tahun saya duk kat kampung, hanya 3 kali je saya pernah masuk masjid kat kampung saya.
Tapi, kalu nak dibandingkan, tahun ni paling banyak gi masjid. Nanti, solat sunat idilfitri pun kat sana. Tak sabarnya menanti saat itu. Tak sabar sebab selepas solat kitorang (tak kisahlah sape2) akan saling bersalaman. Indahnya saat hati-hati ni saling menyatu memohon kemaafan walaupun tak pernah jumpa.
Lagipun, saya susah nak cari saat ni sebab duk kat asrama.
Kalu saya tak sekolah kat sana, mungkin saya akan sekolah yang dekat-dekat je.
Bertambahlah kenalan nanti, especially kalu rumah kawan dekat.
Makin seronok sebab dapat ziarah menziarahi.

Uish, jauh saya melangkah padahal nak citer pasal solat tarawih kat masjid je... -.-"
Kali pertama solat tarawih kat sana adalah semalam. (Huh, baru semalam -.-")
Itupun sebab tokwan yang ajak. (tokwan- ibu kpd ayah saya)
Yang mengikut sama adik saya, Kakngoh dan sepupu saya, Ya dan Kak Teh.
Haikal (adik saya) pun ikut sama, tapi dia balik awal. (budak tu dari awal lagi main je tahu)
Mula-mula kitorang solat isyak (solat maghrib kat rumah je) pastu solas start solat tarawih.
Selepas solat tarawih empat rakaat, imam bagi tazkirah pasal malam lailatul qadar. ( jiran sebelah aka imam)
pastu baru sambung solat empat rakaat lagi.
Kemudian solat witir dua rakaat, esok sambung satu rakaat lagi kul 3 pagi. (huh, saya x bangun lagi mase tu)


   don't trust it!!!
okey, yang tu jelah kot dari saya.
moga-moga ramadan kita tahun ni dberkati Allah, Amin! ^_^

No comments:

Post a Comment