York Swirls

Friday 26 February 2016

Jom masuk U!

Assalamualaikum! ^_^

    Entry kali ni, saya nak cerita... tahun ni dah SPM. Habis SPM... saya akan masuk U! Excited ni sebab dapat tengok suasana baru yang lain daripada sekolah menengah. Berdebar gak hati ni... Biarlah.




    Pada tarikh 13 Februari, saya dan seluruh form 5 gi UniSZA. Ada program Jom Masuk U. Saya naik bas yang ketiga nak ke sana. Sampai je... ramainya manusia. Pastu, solat Zuhur. Saya ngan sahabat2 baru sampai tapi, yang lain dah selesai solat. Bye~ Selamat menjelajah! Nanti kitorang menyusul. Abis solat, barulah kitorang masuk. Banyaklah jugak U rupanya kat Malaysia. Dalam kepala terbayang sikit je, sbb asyik duk ulang U yang sama je. Pastu, kitorang berpecah. Saya ikut je diorang. Seganlah nak gi sorang2. Dari U ke U lain, macam2 kerenah... ada yang pandai bercakap, ada yang senyap terus, gi kat dia tak layan pun... ada yang terus terangkan satu persatu tapi, paling seronok... kebanyakan booth minta isi borang. Saya ingatkan dia akan hantar apa2 pasal tersebut melalui emel... tapi, bila saya check tak ada apa pun. Banyaklah juga U yang kitorang tengok2 tapi, taklah semua sebab bukan semua yg kitorang minat. Ada gak kitorang sempat amik gambar dengan cik Bee. Ada nama tp x ingat nape...






    Selesai menjelajah... saya sempat belajar memanah. Erk! Saya x berapa kuatlah nak tarik. Saya tahu saya x pandai mana main, jadi saya beli satu badge sebagai kenangan. Nak dapat percuma susah sebab nak kena target tengah2 3 kali. Isy, tarik tali anak panah tu pun saya x kuat. Dua kali anak panah saya melantun. Lawak pulak rasa -,-



    Dalam bas (on the way balik asrama) saya terfikir nak jadi apa. Tapi, saya tak naklah cerita kat sini. Siapa yang tahu tu... sahabat2 saya satu sekolah. Tak nak heboh lagi. Cuma nak cerita je... saya risau kalau mak saya dah ada rancangan untuk saya. Jadi, saya tanya mak saya hari ni. Mak saya kata 'Ikutlah nak jadi apa2. Umi tak tahu yang mana akak boleh gi'. Saya tersenyum. Hehe... gembira. Mak saya tanyalah nak masuk fakulti mana. Saya pun ceritalah segalanya. Tapi, tak tahu lagi nak masuk U mana sbb nak tengok2 dulu yurannya. Takut kalau yang mahal tak mampu pula. Saya ada rancangan nak masuk U mana cuma nak kena fikir panjang lagi. Benda ni bukan perkara main2. Penting untuk masa hadapan. Masa itu emas!

   Saya harap korang pun ada rancangan masa depan yang terancang. Benda ni takleh fikir masa akhir... kena rancang awal2, sekurang-kurangnya nampaklah jugak ke mana kita nak pergi. Tapi, ikutlah nak rancang selepas SPM ke tak. Yang penting sebelum masuk U kalau tak nak menyesal di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment