York Swirls

Thursday 4 February 2016

Tahun ni SPM

Assalamualaikum,

   Alhamdulillah dapat balik minggu ni. Ingatkan tahun SPM balik sekali sebulan je. hmm..
Hari pertama sekolah, cikgu dah bagi banyak kerja sekolah. Biasalah tu SPM. Kelas KKQ masih berjalan seperti biasa tapi tahun ni lain sikit. Setiap form streaming kelas, sape bijak, kelas depan, kecuali form 5. Sebab result pekse akhir tahun tak berapa adil .. ada dapat soalan bocor sekali dengan jawapannya dan masa tu banyak aktiviti yang pelajar sertai, ada yang x sempat nak studi. Jadinya, streaming kelas selepas tov ni, akhir bulan 1.

   Ahli dorm pun sekolah tukar, ikut usrah, mentor-mentee. Satu dorm ada 2 usrah, sekali dengan naqibah. Bilik saya ada seusrah je. Kemungkinan besar, form 1, form 4 baru masuk. form 1 ada 3 orang ... Anis, Ain dan Farhah. form 4 sorang je, kesian dia. form 5 ada 5 orang termasuk saya. jadi, ada 9 orang ahli bilik saya. susah skit nak studi dalam bilik sebab bdak sains tulen saya ngan Nana je. Tempat studi pun tukar... Muslimin study kat blok form 4 ngan form 5. Kalau muslimat studi kat blok form 1, 2, 3 kecuali form 4, 6 ... studi kat dewan makan.

  Sambutan maulud tahun ni, Alhamdulillah, masih disambut. Perarakan x meriah mana... tapi saya paling suka masa pertandingan bercerita. Pertandingan tu taklah formal mana, santai je. lebih kepada tazkirah daripada bercerita. tak apa, pengisiannya lebih penting.

  Marathon tahun ni Alhamdulillah dapat no... walaupun taklah top 20, tapi happy gak ah... sebab sblm ni tak pernah dapat...

  Akhirulkalam, setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Sabarlah dan belajar untuk reda dengan ketentuan-Nya. Cikgu tak ubah peraturan untuk susahkan pelajarnya, tapi untuk dorong mereka jadi pelajar yang berakhlak mulia. ^_^

No comments:

Post a Comment