York Swirls

Friday 12 July 2013

Cinta monyet (biase lar tu, remaja kan?)


Assalamualaikum ya sahabat2 ku sekalian,
          Lama betul x tulis cerita sampai blog ni ada sarang labah2. Eh? Boleh ke blog ada sarang labah2. Entahlah, heran betul bila ade org kat gitu walhal diri sndiri pun sama. ^.^
Okeylah, saya bukannya nak citer  pasal sesawang. Nak citer  perkara yg besar dan sume org fikirkannya. Apa perkara tu? Hmm... ia berwarna merah. Bentuknya sgt didambakan setiap manusia malah kita hidup kerananya. Manusia seperti perdana menteri, ulama’, guru dan sesiapa sahaja. Eh, banyaklah pulak intro. Sorry, buat korang tertunggu-tunggu. 
C. I. N. T. A.
Ya, itulah dia. Cinta dari Allah, Cinta dari Rasulullah, Cinta dari manusia. Tapi, mana yang lebih indah? Korang tahukan? Saya ada petik kata-kata yang memang jelas kebenaran disebaliknya. Err.., tak ingatlah sbb kata-kata dalam bahasa inggeris. So, saya translatelah maknanya. Cinta dari manusia ada sesuatu yang menarik. Cinta dari seseorang yang kita cinta ada keindahannya. Cinta dari Allah adalah kesemuanya. Betul tak? (angguklah ye)
Hmm... cinta. Indahnya perkataan tu. Teringat lak saya kat sekolah. Ade sorang laki ni namanya ... Nak bagitau jugak ke namanya? Takyahlah. Malulah saya kalau dia ‘ter’buka blog saya ni. Mana saya nak letak muka saya nanti. Saya gelar dia MJ. Tak tahulah dia tahu ke tidak. Kenapa panggil MJ? Kawan2 saya selalu rungut pasal tu. Tak nak saya gelar dia dengan gabungan nama saya dan dia. Kawan2 dialah tu yg start reka macam2. Isy, macam2 perangailah. -.- Saya gelar dia MJ bukan sebab dia pandai nari macam Michael Jackson a.k.a. Mikael. (x tahulah kalu dia mmg pandai nari ke tak) Tapi sbb nama tu mmg dekat dengan nama dia. Tu je pun... -.-“
Okeylah, kita teruskan cerita pasal cinta dia ye. Banyaklah pula citer pasal nama dia satu ni. Masa saya form 1, dia uji saya. Saya ni jenis murah ataupun mahal tapi takdelah dia mintak nak couple. Balik daripada kem motivasi bagi akhowat, saya dapati ada kertas dalam kotak pensel saya. Isinya bertulis, “I <3 U”. Belakangnya tertulis nama sorng laki sekelas saya. Terkejut saya dibuatnya. Eh, kat sekolah agama pun ada gak ke org jenis gini? Lagipun, ini thn pertama saya masuk sekolah menengah. Asrama pulak tu. Jadi, saya x delah langsung piker  pasal benda tu.
 Saya pun citer kat kawan saya sbb lelaki itu ialah sepupu kawan saya. Gelaran mesranya, Khaifa. Khaifa hairan, so, katanya nak gi tanya sendiri kat sepupunya. Silakan, saya x kisah sbb saya x de ape2 perasaan pun masa tu. So, I don’t care. Stlh pulang ke kampong, saya tanya perkembangannya. Yang herannya, Khaifa kata bukan sepupu dia hantar tapi org lain. Bila tanya sape, katanya x leh bg tahu. Hmm... perkara itu dibiarkan berlalu.
Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan berganti bulan... Jawapannya telah ditemui. Lelaki misteri itu rupanya MJ. Geram rasa hati ni bila dia x terus terang dan tulis nama org lain. Tp, rasa itu hilang atas mesejnya. Masa saya tengah bukak facebook, dia... lain kalilah citer...
bye! Had to go now.. ^_^

No comments:

Post a Comment