York Swirls

Monday 5 August 2013

Iftar di rumah Cg. Beah


Hehe... Cg Beah? Itu bkn nama cikgu tp gelaran utk cikgu dlm blog saya.
Lagipun, tak ada beza sangat pun...

Hmm... tajuk post kali ni tentang 'iftar di rumah Cg. Beah'
Sebelum itu, korang tahu ataupun tidak maksud iftar?
Mengikut Wikipedia, iftar bermaksud  makan malam ketika umat Islam berbuka puasa di bulan Ramadhan dan ianya dilakukan tepat selepas masuknya waktu maghrib.
Pendek kata... iftar ni bermaksud berbuka puasa secara beramai-ramai.
Pengenalan tentang Cg. Beah pula...
Cg. Beah ialah guru mata pelajaran Sejarah merangkap guru kelas saya,
Itu sajalah agaknya , , ,
.   .   .
Mari kita buka kisah saya pula...
Tarikh nak buat iftar sekelas dua kali tertunda dan akhirnya...
keputusan muktamad pada hari Jumaat,
tapi yang x bestnya bdop kelas saya x cukup orang. Kiranya cam x lengkaplah...
HARI JUMAAT...
Petang tu, pada pukul lima petang lebih beberapa minit sikit,
sep2 kelas yg pompuan start menunggu Cg. Beah berdekatan Galeri Sekolah,
Lamalah juga kene tunggu sbb kena ikut giliran,
Mula2 bdop laki dulu pergi, jadi... bdop puang kene tunggulah,
Sementara menunggu, ada yg membaca novel, ada yg bermain,
saya pula... hanya menonton, ^_^, sambil2 berzikir dgn Kkadijah dan Aisya,
Tenang hati kejap...

Tunggu punyala tungguh sampai nak dekat pukul 7 dah,
Lagi ada beberapa minit lagi nak berbuka,
Risaulah pula hati kalau2 cikgu x ingat kami dah atau...
berlaku hal2 mustahak secara mengejut,
isy, susahlah hati kalau begini~
Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi,
Akhirnya, Cg Beah datang juga dgn anak lelakinya (atau menantunya?)

Sebaik sahaja tiba kat rumahnya,
Saya dan kawan2 tolong cikgu bancuh dan buat apa yg patut,
Semuanya berjalan dgn lancar,
Makanan yang dihidangkan pun sedap2,
Hehe..., makan nasi kuning lauk merah, daging dan ayam.
Nyam! Nyam! Sedap sangat sampai ramai yang menambah,
Selesai makan, Dhirah kemas, yang lain pergi ke Masjid untuk solat Maghrib,
Selesai solat Maghrib, terus kembali ke rumah cikgu TANPA BERSTOKING,
Ingtkan bdop laki stay terus kat masjid sampai waktu Isyak,
Rupanya tidak, bdop laki duk senang-lenang kat ruang tamu tonton berita,
Kawan2 saya pun apa lagi, gelabah semacamlh kecuali saya,
sebab saya pakai stoking, hehe...
Diorang pun labuhkan kain bagi menutup aurat (kaki) mereka,
Saya pula tolong Khadijah cover skit,

Then, sep2 puan pun masak roti sardin dan bancuh air teh,
Bagi bdop laki pula, mereka goyang kaki sajelah,
Kerja mereka cuma makan dan main sajalah,
Saya x makan sardin, jadi roti sardin saya Nana yg amik,
Selepas itu, barulah kami pergi solat Isyak dan Tarawih di masjid,
Tp malangnya, air tak ada, so... kitorang ambil wuduk kat umah cikgu,
Yang sempat ambil wuduk kat masjid terus solat,

Selesai solat, kitorang ke rumah cikgu balik,
Kali ni kitorang makan aiskrim yang bercampur dgn air soda dan ais,
Sambil itu, kitorang menonton cerita 'Kampung Girl' dan 'Twister'.
Setelah itu, barulah cikgu hantar kami pulang ke asrama

No comments:

Post a Comment