York Swirls

Friday, 26 February 2016

Jom masuk U!

Assalamualaikum! ^_^

    Entry kali ni, saya nak cerita... tahun ni dah SPM. Habis SPM... saya akan masuk U! Excited ni sebab dapat tengok suasana baru yang lain daripada sekolah menengah. Berdebar gak hati ni... Biarlah.




    Pada tarikh 13 Februari, saya dan seluruh form 5 gi UniSZA. Ada program Jom Masuk U. Saya naik bas yang ketiga nak ke sana. Sampai je... ramainya manusia. Pastu, solat Zuhur. Saya ngan sahabat2 baru sampai tapi, yang lain dah selesai solat. Bye~ Selamat menjelajah! Nanti kitorang menyusul. Abis solat, barulah kitorang masuk. Banyaklah jugak U rupanya kat Malaysia. Dalam kepala terbayang sikit je, sbb asyik duk ulang U yang sama je. Pastu, kitorang berpecah. Saya ikut je diorang. Seganlah nak gi sorang2. Dari U ke U lain, macam2 kerenah... ada yang pandai bercakap, ada yang senyap terus, gi kat dia tak layan pun... ada yang terus terangkan satu persatu tapi, paling seronok... kebanyakan booth minta isi borang. Saya ingatkan dia akan hantar apa2 pasal tersebut melalui emel... tapi, bila saya check tak ada apa pun. Banyaklah juga U yang kitorang tengok2 tapi, taklah semua sebab bukan semua yg kitorang minat. Ada gak kitorang sempat amik gambar dengan cik Bee. Ada nama tp x ingat nape...






    Selesai menjelajah... saya sempat belajar memanah. Erk! Saya x berapa kuatlah nak tarik. Saya tahu saya x pandai mana main, jadi saya beli satu badge sebagai kenangan. Nak dapat percuma susah sebab nak kena target tengah2 3 kali. Isy, tarik tali anak panah tu pun saya x kuat. Dua kali anak panah saya melantun. Lawak pulak rasa -,-



    Dalam bas (on the way balik asrama) saya terfikir nak jadi apa. Tapi, saya tak naklah cerita kat sini. Siapa yang tahu tu... sahabat2 saya satu sekolah. Tak nak heboh lagi. Cuma nak cerita je... saya risau kalau mak saya dah ada rancangan untuk saya. Jadi, saya tanya mak saya hari ni. Mak saya kata 'Ikutlah nak jadi apa2. Umi tak tahu yang mana akak boleh gi'. Saya tersenyum. Hehe... gembira. Mak saya tanyalah nak masuk fakulti mana. Saya pun ceritalah segalanya. Tapi, tak tahu lagi nak masuk U mana sbb nak tengok2 dulu yurannya. Takut kalau yang mahal tak mampu pula. Saya ada rancangan nak masuk U mana cuma nak kena fikir panjang lagi. Benda ni bukan perkara main2. Penting untuk masa hadapan. Masa itu emas!

   Saya harap korang pun ada rancangan masa depan yang terancang. Benda ni takleh fikir masa akhir... kena rancang awal2, sekurang-kurangnya nampaklah jugak ke mana kita nak pergi. Tapi, ikutlah nak rancang selepas SPM ke tak. Yang penting sebelum masuk U kalau tak nak menyesal di kemudian hari.

Wednesday, 10 February 2016

Cuti raya cina

Assalamualaikum...

Saya taklah sambut tahun baru cina,
saje je tulis tajuk cuti raya cina...
sebab benda ni happened masa raya cina.
tak kisahlah benda ni penting bagi korang ke tak,
tapi.... yang pasti,
ia bawak kenangan pada saya,
walaupun mungkin kelihatan remeh  ^_^

Ayah sedare saya pindah rumah,
dekat je ngan rumah saya...
tak sampai 5 minit dah sampai.
Anaknya sama baya dengan saya,
tapi, saya taklah rapat mana dengan dia.
Bila jumpa, just senyum je... saya x pandai borak
Tahun ni, azam saya nak rapatkan hubungan kami,
So, saya ke rumahnya
(debar gak sbb tiba2 je, entah apa yg ada dlm fikirannya)
saya bawa buku2 subjek fizik sekali dengan BK 1,
saya ada 2 motif ...
   Yang pertama, nak rapatkan hubungan dgn dia
   Yang kedua, nak study dgn tenang...
banyak sgt benda yg melaghakan bila duk kat rumah (walaupun takde tv)

Saya panggil dia 'Ya'.
Saya x tahu kenapa, tp itu memang panggilannya sejak saya kecik lagi...
Hari Jumaat, saya pergi petang..
Hari Sabtu, pergi pagi.. takleh gi petang sebab dia nak gi umah tok wan kat K. Berang. Pastu dpt tahu kak long (sepupu) gi Amsterdam sbb pertukaran pljr. Bestnya!!!


Ni gambar dari atas. Bestnya blh main salji ^^ 



Hari Ahad, gi petang.. takleh gi pagi, sbb saya gi teman adik saya jumpa doktor gigi

Hari Isnin, saya balik ke rumah mak tok kat Setiu
sempat singgah kat masjid UniSZA...

Adik2 saya smpat gak main kat sana.. Seronok tengok diorg happy 😃

Hari Selasa, pergi ke Kelantan... ada kenduri kahwin kat Jeli
Anak sedare mak tok yang kahwin... Gi kul 9 pagi, balik kul 6 petang...
Letih rasanya walaupun kebanyakan masa duk dlm kereta,
Sesak gila jalan... penuh ngan kereta.
 'Lunar New Year' lah katakan


Saya sorg je gi (family saya)... yg lain tu sume sepupu saya. (Bosan duk kat umah) -,-

Malam tu, pak su gie belanja KFC. Family mak lang pun datang. Seronok dapat berkumpul ramai2. Abis makan.. Kak Wani ajak main werewolf guna tepon. Saya ikut je. Lama tak main dgn sepupu... last time main masa kecik... tak tahu apa itu ikhtilat. Main sekali dgn sepupu laki. Yang dah beso dua org je. Sorang 20 tahun ngan form 3 sorang. Yang kecik sorng je.. best ^^

Hari Rabu, balik ke rumah...

Then, Khamis... gi sekolah. Tido kat asrama, sebab ada kelas tambahan =,=


Thursday, 4 February 2016

Tahun ni SPM

Assalamualaikum,

   Alhamdulillah dapat balik minggu ni. Ingatkan tahun SPM balik sekali sebulan je. hmm..
Hari pertama sekolah, cikgu dah bagi banyak kerja sekolah. Biasalah tu SPM. Kelas KKQ masih berjalan seperti biasa tapi tahun ni lain sikit. Setiap form streaming kelas, sape bijak, kelas depan, kecuali form 5. Sebab result pekse akhir tahun tak berapa adil .. ada dapat soalan bocor sekali dengan jawapannya dan masa tu banyak aktiviti yang pelajar sertai, ada yang x sempat nak studi. Jadinya, streaming kelas selepas tov ni, akhir bulan 1.

   Ahli dorm pun sekolah tukar, ikut usrah, mentor-mentee. Satu dorm ada 2 usrah, sekali dengan naqibah. Bilik saya ada seusrah je. Kemungkinan besar, form 1, form 4 baru masuk. form 1 ada 3 orang ... Anis, Ain dan Farhah. form 4 sorang je, kesian dia. form 5 ada 5 orang termasuk saya. jadi, ada 9 orang ahli bilik saya. susah skit nak studi dalam bilik sebab bdak sains tulen saya ngan Nana je. Tempat studi pun tukar... Muslimin study kat blok form 4 ngan form 5. Kalau muslimat studi kat blok form 1, 2, 3 kecuali form 4, 6 ... studi kat dewan makan.

  Sambutan maulud tahun ni, Alhamdulillah, masih disambut. Perarakan x meriah mana... tapi saya paling suka masa pertandingan bercerita. Pertandingan tu taklah formal mana, santai je. lebih kepada tazkirah daripada bercerita. tak apa, pengisiannya lebih penting.

  Marathon tahun ni Alhamdulillah dapat no... walaupun taklah top 20, tapi happy gak ah... sebab sblm ni tak pernah dapat...

  Akhirulkalam, setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Sabarlah dan belajar untuk reda dengan ketentuan-Nya. Cikgu tak ubah peraturan untuk susahkan pelajarnya, tapi untuk dorong mereka jadi pelajar yang berakhlak mulia. ^_^

Saturday, 19 December 2015

Cuti sekolah

Assalamualaikum 😊

     Masa cuti ni... banyak masa lapang. Jadi, buat calon SPM (including me) siap sedialah!! BK tu Jangan lupa dibuat (pesanan utk diri sendiri gak). Tahun depan... belum tentu ada masa kosong macam ni. Yeah, cikgu mesti bagi banyak latihan. Ya Allah, tetiba rase berdebar bila cerita pasal benda ni. Asalnya bukan nak citer pasal SPM ni, nak citer pasal cuti sekolah ni.

     Belum sampai seminggu cuti sekolah, tetiba tc ros telefon, minta saya wat kejaan majalah.. huhu.. Okey, think positive! Adalah tu hikmahnya yg tersembunyi yang saya x rajin mane nak cari. Saya ngan syu form 2 je, mujur dia ade. Yg datang cuma 2 puang dan 2 laki ( termasuk saya kecualikan cikgu). Hari selasa pergi dan bermalam kat asrama (mujur ade sep SPM dan stpm) sebyk 2 malam.

      Sepupu saya bertunang... Result pt3 keluar. Alhamdulillah result adik saya xlah teruk mane. Dapat 6A tapi, still x boleh masuk sekolah saya. Sori. Terpaksalah kita berjauhan lagi. Mungkin tak dapat jumpa lebih drpd sebulan sbb tahun dpn saya spm. Jadi, kuranglah minggu boleh balik... Gi cuti kat rumah mak tok kat Setiu. Sempat gak gi Agro Resort. Hehe.. Seronok tengok adik main air. Saya ngan adik saya yg pompuan dah besar tak mainlah. Segan nak main. Ramai budak2 je yang main. So, kitorang sempat amik gambar...



adik2 saya yg berlagak smart ~



Monday, 23 November 2015

AMANAH

Assalamualaikum,

      Amanah. Hal yang sangat berat untuk dipegang. Ia bagaikan beban bagi saya. Minta maaf kalau kasar tapi saya cuma luahkan apa yang saya rasa. Bila kita diberi amanah, sebelah kaki duk kat syurga dan sebelah lagi duk kat neraka. Kalau kita tak jaga baik-baik, memang bahaya. Dangerous situation.

      Bila pegang amanah, banyak benda yang perlu kita korbankan misalnya masa. Kalau nak happy, kena letakkan perasaan gembira dalam amanah yang diberikan. Kena fikir hikmahnya. Saya akui bukan senang sebab nak tahan emosi. Nak kena puaskan hati orang. Bukan senang kerja begitu. Jadi, put your trust in Allah. Percayalah ini bukan beban tapi ujian. Allah nak uji seberapa banyak kekuatan kita. Kita pernah minta kekuatan maka Allah bagi kita ujian untuk kita tunjukkan kekuatan kita di sana. Tahan dulu emosi tu. Saya tulis ni hanya luahan saya. Coretan hatilah katakan. Ia sebagai pesanan buat diri saya gak. Fighting and trust in Allah! >_<

Friday, 20 November 2015

Jamuan Akhir Tahun

Assalamualaikum buat para pengunjung blog saya,

            Alhamdulillah. Syukur kpd Allah saya ucapkan krn masih lagi bagi saya peluang untuk update blog saya.

            Dan kali ni saya nak citer ttg jamuan kelas saya. Sep laki kelas saya sgt bersemangat hias kelas. Hari Isnin 16 Nov 2015 adlh tarikh jamuan. Pagi2 lagi kitorang (sep puang) keluar kelas sbb diorang (sep laki) nak wat kejutan. Kami tak dibenarkan melihat kejutan mrk. Kira x surprise ler kalu kami nampak. So, kitorg gi library. Ada yg baca buku tapi major main saidina, sahibba dan iq puzzles. Slps rehat kitorg main carrom lak. Petang kitorg duk kat asrama. Cuma 2 org je masih gi library. Nisah seronok ngat baca buku, saya lak saje2 je teman dia. Seronok duk kat library lagi drpd kat asrama.

          Malam tu, slps solat isyak, kitorg terus ke kelas. Dari bawah nampak kelas gelap tapi ada cahaya lilin. Macam nak wat candle light dinner lak. Debo gop perasaan kitorg. Takkan nop wat jamuan dlm gelap kot? Habislah nati kena marah ngan pk hem. Dahlah kemarin dia dah pesan jgn wat jamuan masa malam. Habis, minggu ni dah takde mane mase kosong. Malam Isnin tu je satu-satunya masa.

         Naik je atas sep laki cam tak puas hati. Geram sbb kitorg naik ke kelas. Nampaklah surprise diorg tu skit. Jadinya diorg tutup tingkap dan pintu. Kitorg pun gi ke kelas sebelah. Wat air anggur susu. Air tu pun letak dpan pintu je, sep laki wat masuk sndiri.

        Dlm kul 9.30 mlm barulah dbenarkan masuk. Saye tak ada masa tu. Ada hal dgn Nana. Sep puang yg lain masuk ke kelas.

        Diorg citerlah...  Awalnya kelas gelap. Yang bercahaya cumalah lilin. Habis debor perasaan. Yelah, lelaki ramai kat dlm 11 org. Camnelah kitorg x fikir bukan2. Pastu bila Nisah (dia paling dpan bergerak) masuk. Sep laki buka lampu. Diorang berbaris kat tepi dinding dan tepuk tangan. Ketua kelas (Rasyid) amik gambar. Semacam VVIP gayanya kitorg disambut. Selesai yg tu, barula saya ngan Nana sampai. Sedih x surprise sempat tengok. Julung2 kali sep laki wat gini ke sep puang.

Nampak x smangatnya sep laki m'his sampaikn meja makan pun dihias spt kat hotel, siap ada lilin lagi kat tengah.

Apalagi, kitorg pun rasa terharu. Ada jugak segelintir yang matanya sampai menitiskan air mata. Tak tahu macam man nak describe betapa terharunya kami masa tu.

Then, Faris sbg mc mempersilakan Rasyid bagi ucapan. Eqah, dan bdak baru turut menyampaikan ucapan. Ada yg kata thn dpan mungkin x dpt dah wat macam ni sbb yelah, thn depan kan SPM. Mesti kitorg tgh struggle habis-habisan. Nak dptkan yg terbaik. 

Ucapan yg menyedihkan bercampur dj (Harris & Syauqi) yg memasang lagu2 yg slow buat kitorg makinlah layan feeling kitorg. Pas tu, kitorg makan. Hehe... Paling best kek yg Eqah bawa, katanya kek tu mahal. Patutlah sedap. 


Keknya lembut, banyak gak coklat tapi taklah muak.

Pas makan, kitorg tukar hadiah ikut cabutan no. Sep laki rancang amik no guna mulut sbb nak bagi kena tepung. Tapi, kitorg kan pompuan. Jadinya guna tangan jelah. Saya dapat no. 7. Bekas pensel cantik siap dgn tanda harga lak tu. Heh. Alhamdulillah, blh guna tahun dpan. Tal perlu beli. Tp saya ingat nak simpan sharpie dan marker berwarna je dlm tu.


Bila giliran sep laki amik no. diorg guna mulut. Habis muka penuh ngan tepung. Macam diorg pakai topeng lak. Masa tulah sep puang debo gile sbb malam tu ada warden berjaga kat Aspuri. Dahlah warden tu garang, suaranya kuat dan rajin betul kejar org. Jadinya kitorg tak berani duduk kat kelas lama2 sep laki habis amik cabutan lbh kurang kul 10:30 dah. Sep puang masa tu tgh kemas dah barang. Sorry sbb rosakkan suasana. 

Tapi, sempat gak amik gambar last minute sbb masa tu je kitorg ada masa. Biasanya, ada je yg tak de dlm kelas sbb sibuk dgn hal lain termasuk saya sendiri. Sibuk dgn urusan library dan majalah. Hmm... Sampai kat asrama, kitorg (sep puan) except Dhirah (mcm yg saya kata ade je yg x cukup) sama bukak hadiah kat musala. Masa tu kitorg sedar, kitorg tersalah amik dua hadiah sep laki. Sori. Kelam kabut sgt sampai x perasan salah amik. 

Keesokannya, Mirah ngan Nisah demam... 
The End

Habis citer pasal jamuan. Alhamdulillah. Syukur sbb dpt gak update dlm blog. Moga kenangan indah ini terpahat sentiasa dlm ingatan. Amin!




Wednesday, 18 November 2015

Alhamdulillah

Assalamualaikum buat pengunjung blog saya. ^_^

        Terima kasih kerana sudi berkunjung. Entry kali ni saya nak kongsikan sesuatu. Sesuatu yang seringkali kita lupa dan sedikit sahaja yang ingat dan amalkan.  

SYUKUR

        Syukur itu perlu, Ia memupuk rasa tenang di dalam hati. Memupuk perasaan dan fikiran yang positif untuk hadir. Banyak caranya untuk kita tunjukkan betapa bersyukurnya kita. Buat benda baik, baca doa dan bukan setakat ucap 'Alhamdulillah'. Allah itu Maha Penyayang. Dia bagi kita banyak nikmat sehingga tidak mampu dihitung. Entah dari mana mulanya kita tak tahu sebab terlalu banyak. Bahkan sebelum kita lahir lagi, kita kena bersyukur. Dakwat sebanyak lautan sekalipun tidak cukup untuk menulis apa yang kita syukurkan.

       Bila kita niat nak buat benda baik, Allah bagi kita satu pahala. Itu baru niat. Bila kita buat apa yang kita niatkan, Allah balas dengan pahala yang berganda-ganda. Hebat kan? Bila kita niat buat buruk. Allah tak bagi kita apa-apa. Dosa ataupun pahala. Tapi bila kita buat barulah Allah bagi kita satu dosa. Besarnya kasih Allah kat kita tapi, apakah yang kita lakukan untuk tunjukkan betapa syukurnya kita padaNya.

       Marilah sama-sama kita muhasabah. Saya sendiri pun buat kesilapan. Kita sama-sama perlu bersyukur. Bersyukur dapat masuk kelas sains walaupun terpaksa pada awalnya, tak mengapa… mungkin ada hikmahnya yang tersembunyi. Sekarang ni tak nampak lagi, tapi suatu hari nanti mungkin akan nampak juga akhirnya. Beryukur dapat masuk asrama sebab saya dah boleh disiplinkan diri terutama dalam hal solat. Bersyukur dapat masuk sekolah agama sebab hampir setiap hari, saya akan dengar tazkirah yang boleh membersihkan hati saya. Bersyukur dapat sekelas dengan orang yang sama. Tapi, tahun depan belum tentu lagi. Ada ura-ura kata tahun depan ikut result akhir tahun. Kalau saya pindah kelas saya kena reda jelah. Tapi, sebelum tu kena ada usaha yang banyak barulah rasa reda yang perlu didatangkan itu dirasai dengan tenang. Saya tak sedih kalau sekelas dengan orang baru sebab semuanya saya dah kenal. Adalah jugak nantinya pengalaman daripada tak ada langsung. Tapi, sedih jugak kalau berpisah dengan kawan yang dah rapat sejak form 1 lagi. Rasa rindunya nanti mesti ada. Especially Aisya yang dah pindah sekolah. Dia lagi jauh. Jauh di mata tapi dekat di hati. ^_^

Erti Syukur   

Lafazkan kalimah syukur 
Lafazkan kalimah itu 
Alhamdulillah 

Segalanya yang ku kecapi 
Adalah milikmu Ilahi 
Tuhan maha pemurah 
Takkan terbalas walaupun sebesar zarah 

Kenikmatan yang bertandang 
Terkadang tidak dihiraukan 
Lepas dari pandangan 
Dan bila hilang barulah dikesalkan 

Adakalanya aku hanyut 
Adakalanya ku terlupa 
Adakala aku leka Ampunilah… 

Keranaku manusia lemah dan tidak berdaya disisi-Mu 
Seringkali terlupa nikmat-Mu 
Datang tiada jemu 

Bila terhimpit mulalah 
Mencari dan menyebut nama-Mu 
Barulah merasai makna sebenar erti syukur 
Syukur atas rahmat-Mu 

Adakala ku hanyut 
Adakala ku lupa 
Adakala ku leka 
Dan adakala ku alpa 
Kerna ku manusia
 Lemah dan tak berdaya 
Seringkali terlupa 
Nikmat yang kurnia 
Ku bersyukur ya Tuhan segala pemberian 
Walau luas lautan 
Bukanlah perbandingan 
Ku tingkat keimanan 
Ku gilap ketaqwaan 
Sebagai petambah dan 
Terima kasih oh tuhan 

Onak duri kehidupan 
Jatuh bangun sendirian 
Ada hikmh yang tersimpan 
Yang menguji iman 

Bersyukurlah selalu 
Sentiasalah redha dan menerima 
Tiap ujian tiba bukan diminta sebaliknya 
Allah maha mengetahui 

Kan ku bertasbih selalu 
Bertahmid berzikir pada-Mu 
Sebagai tandaku nilai rahmat-Mu Tuhan  

Aku bersyukur ya Allah 
Segala pemberian-Mu padaku 
Seluas lautan-Mu bukanlah jadi ukurannya 
Memang tiada bandingan 

Segalanya yang kukecapi 
Adalah mlikmu Ilahi 
Tuhan maha pemurah 
Bukan milikku pinjaman sementara 
Syukur alhamdulillah 

Sesungguhnya solatku amalku hidupku matiku 
Kerna Allah yang Satu 
Ku serahkan segala harta jiwa dan raga sebagai tanda cinta kepada-Mu yang Esa