Assalamualaikum buat pengunjung blog saya. ^_^
Terima kasih kerana sudi berkunjung.
Entry kali ni saya nak kongsikan sesuatu. Sesuatu yang seringkali kita lupa dan
sedikit sahaja yang ingat dan amalkan.
SYUKUR
Syukur itu perlu, Ia memupuk rasa
tenang di dalam hati. Memupuk perasaan dan fikiran yang positif untuk hadir.
Banyak caranya untuk kita tunjukkan betapa bersyukurnya kita. Buat benda baik,
baca doa dan bukan setakat ucap 'Alhamdulillah'. Allah itu Maha Penyayang. Dia
bagi kita banyak nikmat sehingga tidak mampu dihitung. Entah dari mana mulanya
kita tak tahu sebab terlalu banyak. Bahkan sebelum kita lahir lagi, kita kena
bersyukur. Dakwat sebanyak lautan sekalipun tidak cukup untuk menulis apa yang
kita syukurkan.
Bila kita niat nak buat benda baik,
Allah bagi kita satu pahala. Itu baru niat. Bila kita buat apa yang kita
niatkan, Allah balas dengan pahala yang berganda-ganda. Hebat kan? Bila kita
niat buat buruk. Allah tak bagi kita apa-apa. Dosa ataupun pahala. Tapi bila
kita buat barulah Allah bagi kita satu dosa. Besarnya kasih Allah kat kita
tapi, apakah yang kita lakukan untuk tunjukkan betapa syukurnya kita padaNya.
Marilah sama-sama
kita muhasabah. Saya sendiri pun buat kesilapan. Kita sama-sama perlu
bersyukur. Bersyukur dapat masuk kelas sains walaupun terpaksa pada awalnya,
tak mengapa… mungkin ada hikmahnya yang tersembunyi. Sekarang ni tak nampak
lagi, tapi suatu hari nanti mungkin akan nampak juga akhirnya. Beryukur dapat
masuk asrama sebab saya dah boleh disiplinkan diri terutama dalam hal solat.
Bersyukur dapat masuk sekolah agama sebab hampir setiap hari, saya akan dengar
tazkirah yang boleh membersihkan hati saya. Bersyukur dapat sekelas dengan
orang yang sama. Tapi, tahun depan belum tentu lagi. Ada ura-ura kata tahun
depan ikut result akhir tahun. Kalau saya pindah kelas saya kena reda jelah.
Tapi, sebelum tu kena ada usaha yang banyak barulah rasa reda yang perlu
didatangkan itu dirasai dengan tenang. Saya tak sedih kalau sekelas dengan
orang baru sebab semuanya saya dah kenal. Adalah jugak nantinya pengalaman
daripada tak ada langsung. Tapi, sedih jugak kalau berpisah dengan kawan yang
dah rapat sejak form 1 lagi. Rasa rindunya nanti mesti ada. Especially Aisya
yang dah pindah sekolah. Dia lagi jauh. Jauh di mata tapi dekat di hati. ^_^
Erti Syukur
Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikmu Ilahi
Tuhan maha pemurah
Takkan terbalas walaupun sebesar zarah
Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan
Lepas dari pandangan
Dan bila hilang barulah dikesalkan
Adakalanya aku hanyut
Adakalanya ku terlupa
Adakala aku leka Ampunilah…
Keranaku manusia lemah dan tidak berdaya disisi-Mu
Seringkali terlupa nikmat-Mu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut nama-Mu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmat-Mu
Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka
Dan adakala ku alpa
Kerna ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa
Nikmat yang kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai petambah dan
Terima kasih oh tuhan
Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmh yang tersimpan
Yang menguji iman
Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta sebaliknya
Allah maha mengetahui
Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir pada-Mu
Sebagai tandaku nilai rahmat-Mu Tuhan
Aku bersyukur ya Allah
Segala pemberian-Mu padaku
Seluas lautan-Mu bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang kukecapi
Adalah mlikmu Ilahi
Tuhan maha pemurah
Bukan milikku pinjaman sementara
Syukur alhamdulillah
Sesungguhnya solatku amalku hidupku matiku
Kerna Allah yang Satu
Ku serahkan segala harta jiwa dan raga sebagai tanda cinta kepada-Mu yang Esa
No comments:
Post a Comment