York Swirls

Showing posts with label islamik cket. Show all posts
Showing posts with label islamik cket. Show all posts

Wednesday, 18 November 2015

Alhamdulillah

Assalamualaikum buat pengunjung blog saya. ^_^

        Terima kasih kerana sudi berkunjung. Entry kali ni saya nak kongsikan sesuatu. Sesuatu yang seringkali kita lupa dan sedikit sahaja yang ingat dan amalkan.  

SYUKUR

        Syukur itu perlu, Ia memupuk rasa tenang di dalam hati. Memupuk perasaan dan fikiran yang positif untuk hadir. Banyak caranya untuk kita tunjukkan betapa bersyukurnya kita. Buat benda baik, baca doa dan bukan setakat ucap 'Alhamdulillah'. Allah itu Maha Penyayang. Dia bagi kita banyak nikmat sehingga tidak mampu dihitung. Entah dari mana mulanya kita tak tahu sebab terlalu banyak. Bahkan sebelum kita lahir lagi, kita kena bersyukur. Dakwat sebanyak lautan sekalipun tidak cukup untuk menulis apa yang kita syukurkan.

       Bila kita niat nak buat benda baik, Allah bagi kita satu pahala. Itu baru niat. Bila kita buat apa yang kita niatkan, Allah balas dengan pahala yang berganda-ganda. Hebat kan? Bila kita niat buat buruk. Allah tak bagi kita apa-apa. Dosa ataupun pahala. Tapi bila kita buat barulah Allah bagi kita satu dosa. Besarnya kasih Allah kat kita tapi, apakah yang kita lakukan untuk tunjukkan betapa syukurnya kita padaNya.

       Marilah sama-sama kita muhasabah. Saya sendiri pun buat kesilapan. Kita sama-sama perlu bersyukur. Bersyukur dapat masuk kelas sains walaupun terpaksa pada awalnya, tak mengapa… mungkin ada hikmahnya yang tersembunyi. Sekarang ni tak nampak lagi, tapi suatu hari nanti mungkin akan nampak juga akhirnya. Beryukur dapat masuk asrama sebab saya dah boleh disiplinkan diri terutama dalam hal solat. Bersyukur dapat masuk sekolah agama sebab hampir setiap hari, saya akan dengar tazkirah yang boleh membersihkan hati saya. Bersyukur dapat sekelas dengan orang yang sama. Tapi, tahun depan belum tentu lagi. Ada ura-ura kata tahun depan ikut result akhir tahun. Kalau saya pindah kelas saya kena reda jelah. Tapi, sebelum tu kena ada usaha yang banyak barulah rasa reda yang perlu didatangkan itu dirasai dengan tenang. Saya tak sedih kalau sekelas dengan orang baru sebab semuanya saya dah kenal. Adalah jugak nantinya pengalaman daripada tak ada langsung. Tapi, sedih jugak kalau berpisah dengan kawan yang dah rapat sejak form 1 lagi. Rasa rindunya nanti mesti ada. Especially Aisya yang dah pindah sekolah. Dia lagi jauh. Jauh di mata tapi dekat di hati. ^_^

Erti Syukur   

Lafazkan kalimah syukur 
Lafazkan kalimah itu 
Alhamdulillah 

Segalanya yang ku kecapi 
Adalah milikmu Ilahi 
Tuhan maha pemurah 
Takkan terbalas walaupun sebesar zarah 

Kenikmatan yang bertandang 
Terkadang tidak dihiraukan 
Lepas dari pandangan 
Dan bila hilang barulah dikesalkan 

Adakalanya aku hanyut 
Adakalanya ku terlupa 
Adakala aku leka Ampunilah… 

Keranaku manusia lemah dan tidak berdaya disisi-Mu 
Seringkali terlupa nikmat-Mu 
Datang tiada jemu 

Bila terhimpit mulalah 
Mencari dan menyebut nama-Mu 
Barulah merasai makna sebenar erti syukur 
Syukur atas rahmat-Mu 

Adakala ku hanyut 
Adakala ku lupa 
Adakala ku leka 
Dan adakala ku alpa 
Kerna ku manusia
 Lemah dan tak berdaya 
Seringkali terlupa 
Nikmat yang kurnia 
Ku bersyukur ya Tuhan segala pemberian 
Walau luas lautan 
Bukanlah perbandingan 
Ku tingkat keimanan 
Ku gilap ketaqwaan 
Sebagai petambah dan 
Terima kasih oh tuhan 

Onak duri kehidupan 
Jatuh bangun sendirian 
Ada hikmh yang tersimpan 
Yang menguji iman 

Bersyukurlah selalu 
Sentiasalah redha dan menerima 
Tiap ujian tiba bukan diminta sebaliknya 
Allah maha mengetahui 

Kan ku bertasbih selalu 
Bertahmid berzikir pada-Mu 
Sebagai tandaku nilai rahmat-Mu Tuhan  

Aku bersyukur ya Allah 
Segala pemberian-Mu padaku 
Seluas lautan-Mu bukanlah jadi ukurannya 
Memang tiada bandingan 

Segalanya yang kukecapi 
Adalah mlikmu Ilahi 
Tuhan maha pemurah 
Bukan milikku pinjaman sementara 
Syukur alhamdulillah 

Sesungguhnya solatku amalku hidupku matiku 
Kerna Allah yang Satu 
Ku serahkan segala harta jiwa dan raga sebagai tanda cinta kepada-Mu yang Esa




Saturday, 25 October 2014

Hati-hati ^^

Salam sejahtera buat semua pembaca blog saya! ^^

       Saya cuma nak citer pasal... hmm... sesuatu yang memang dah jadi fitrah semulajadi setiap manusia. Fitrah yang semestinya akan berulang-ulang kali disebut dan dirasa. Iaitu fitrah untuk disayangi. Saya pasti korang semua akui korang mahu disayangi, bukan? Samalah dengan saya. Sape yang taknak tu... entahlah, ada ke orang yang taknak. Mungkin pada mulanya ada orang yang taknak disayangi tapi lama-kelamaan, orang itu akan mengakui bahawa dia perlukan kasih saying dan perhatian. Bukankah setiap orang islam itu bersaudara? Jadi, layanlah saudara kita sebaik-baiknya. Kalau kita Nampak sesuatu yang buruk pasal dia, bersangka baiklah kerana bersangka baik itu selemah-lemah ukhuwah. Percayalah, tidak semestinya apa yang awak fikir itu betul, kan? Tapi, kalu macam depan mata tu, trylah ajak dia perlahan-lahan. Jangan paksa! Tak ada orang suka dipaksa dan dimarahi. Jadi, berlembutlah dalam berbicara, nescaya dia akan mendengar dan jangan lupa ikhlaskan niat kerana Allah bukan kerana kehebatan yang ada padanya. Rasanya cukuplah yang itu sebagai mukadimahnya.

       Cerita saya kali ni bukan pasal persahabatan tapi perkara yang lebih besar. Baru-baru ni, ada sorang budak lelaki (budak? apapun saya lebih suka panggil budak walaupun dia sebaya) start chatting ngan saya. Pada mulanya, saya layan je sebab dia tanya pasal urusan sekolah bukannya yang sia-sia. Saya hormat kat dia sebab berbicara hanya pada yang perlu. Rasa hormat terhadap dia semakin meninggi apabila dia berani berbicara di hadapan (jadi mc) dan disertai dengan kata-kata yang baik dan mulia. Tapi, rasa hormat tersebut turun secara mendadak bila dia tanya pasal bilangan adik-beradik saya. Adakah itu penting untuk diberitahu? Sebelah kening saya terangkat menanyakan rasa malu dia dengan soalan tersebut. Saya tak jadi nak jawab. Tak penting pun. Kalau saya tak didedahkan tentang bahaya berchatting tentang perkara yang tak berkaitan langsung dengan sekolah, mungkin rasa seronok sudah menyelubungi diri. Saya pernah rasa semua tu masa last form 1 dulu. Budak lelaki (sekali lagi saya panggil dia budak biarpun sebaya) tersebut pada mulanya bertanya tentang cara nak pandai menghafal. Tapi, kemudiannya berlarutang tentang diri saya. Rasa kagum kat dia kat sekolah dulu hilang seperti ditiup debu.

       Lelaki? Saya kurang percaya terhadap mereka. Memang kita disuruh untuk bersangka baik namun dia bukannya sejantina dengan saya. Kalau yang berlawanan, kita sebaiknya berhati-hati, okey? Saya minta maaf kepada pihak lelaki kerana fikir yang bukan-bukan tapi, ramai dikalangan kamu yang menyuruh pihak pompuan bersetuju untuk berhati-hati. Lelaki berbeza dengan pompuan. Tapi, perbezaan itu belum dapat saya pasti secara keseluruhan namun kalu saya dah pasti insya-Allah saya akan kongsikan dengan korang. ^^ Mungkin yang tu jelah kot? Saya hanya menulis apa yang terlintas di fikiran saya. Kalu ada yang salah, silalah tegur, ya? Kita ni manusia biasa, tiada yang sempurna.

Friday, 24 October 2014

Boloks?

Hype! Assalamualaikum, guys!

     Huh! Happy giler ni dah abis dah PT3. Melepas sudah tekanan exam (ayat inversi tuh!). Tapi, kalu terbayang tahun depan rasa sedeyh lah pulak. Sedeyh campur risau. Sedih sebab nanti camne sekalipun kitorang(kawan2 saya) tak mungkin sekaligus akan dapat duduk dalam satu kelas. Kalau semuanya masuk sekelas, wow! memang rasa hebat bila ditakdirkan tidak berpisah.^^ Yang risaunya, camne eh kalu kitorang ni tak semuanya akan stay kat sekolah yang sama. Bila ada yang berpindah, saya risau kalu kitorang dah x berhubung... =,= Erk! Guane feeling ngat eh?! Stop! Feeling nanti masa jamuan kelas, okey? Abaikan dulu sume tu. Fikirlah masa depan (masa form 4), mungkin itu lebih baik?

     Saya tulis kat dalam entry kali ni bukannya nak citer sangat pasal tu. Tapi, pasal sorang kawan saya. Saya dah ada tulis pasal dia gak sebelum ni, jadi yang dah baca mesti kenal sikit lah Aina, one of my best friends. The another one is Nurin. Rindu kat dia tak tahu nak kata camne. Tapi, memang rindulah. Hehe... saya nak ltak sikit lukisan yang dia lukis untuk saya. Walaupun jauh di mata tapi dekat di hati. Biarpun sekolah menengah kitorang bukannya jauh mana. Terletak di dalam 1 negeri gak. Kalau nak jalan dari sekolah saya ke sekolah dia boleh je. Tak ada masalah. Tapi, saya tak beranilah... Nak kena lintas jalan... Masuk sekolah orang... Okey, pasal sekolah tu, abaikan. These are her drawings.
Yang ini masa birthday saya ^^

Yang ni masa kitorang tengah chat. Ade lagi, tapi, saya lebih suka lukisan ni.

Yang ni dia tag saya. Ade gak dia tag org lain, bukan saya je. Dia dah ada ramai kawan.
      Nampak tak betapa comelnya drawing dia. Saya suka tengok. Bila tengok, saya asyik terbayang zaman sekolah rendah. Masa tu, memang saya akui walaupun anak ustaz ustazah... saya jahil bab2 agama. Umi dan abah saya pernah terangkan, tapi masa tu zaman budak sekolah rendah... memang saya tak berapa ambik berat sebab tak tahu apa kepentingannya. Jadi, sape yang nak ada anak dah ataupun bakal berkahwin ke, apa-apalah yang berkaitan. Didik anak2 lebih awal. Sekurang-kurang biasakan diri mereka menutup aurat dan solat di awal waktu. Itu yang terbaik. Ibu bapa jugak kena jadi model terbaik. Yelah, tanpa sokongan daripada ibu bapa, anak-anak jadi sukar untuk bertahan dan berubah. Bukan senang nak berubah. ^^ Hehe, start citer pasal sekolah. Tengah2 pasal lukisan Aina. Last2 pasal didikan. Haha! Saya ni memang bolokslah. Takpelah. Korang faham je kan (silalah angguk ye).

Thursday, 18 September 2014

Iman adalah Mutiara

 
     Waktu lapang selama seminggu agak membosankan kalau hanya dihabiskan dengan chatting dalam facebook je, tak pun wat kerja sekolah. Jadi, saya gunakan sedikit untuk membaca buku-buku ilmiah kepunyaan ayah saya. Kadang-kadang kalu bosan sangat, saya tonton televisyen... tp, disebabkan remote control rosak dan umi saya dah x nak beli yg baru sbb dah byk kali dah beli... jadi saya bacalah buku. Buku terjemahan tafsir ibnu katsier jilid 8. Entah zaman bila buku ni... =,= dah berhabuk dah sbb takde sape nak sentuh... 

    Tajuk entry saya dah tunjuk dah apa yg saya nak bicarakan kali ni.. saya just nak kongsikan sikit tentang apa yang saya baca dan ada sesuatu yg menarik bg saya tentang apa yang diceritakan melalui buku tersebut. Intro punyalah panjang lebar...

    Okey, sekarang baru nak masuk tajuk utama! Seperti yang kita pernah belajar semasa di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah... iman itu ada enam perkara. Itu semua adalah perkara asas buat umat islam. Menurut apa yg saya bacalah Rasulullah pernah bersabda: 
      "Sesungguhnya seutama-utama iman, jika Anda mengetahui bahawa Allah selalu bersamamu di mana saja Anda berada" (R. Abu Naiem)  

     Hebatnya manusia beriman dengan sungguh-sungguh! Yelah, kan org yg beriman tu sering membayangkan Allah sdg melihatnya lalu melakukan kebaikan tanpa mengira waktu. Tapi, itu org yg takut kepada Allah. Lebih baik jadi insan yang mencintai Allah sebab dia akan lakukan setiap suruhan hanya kerana dia cintakan Allah. Rela melepaskan nikmat dunia semata-mata mahu mengejar nikmat akhirat. Moga-moga kita menjadi salah satu daripadanya iman juga boleh jadi seperti cahaya kerana kehadiran iman akan menerangi diri kita sewaktu di akhirat nanti. Percayalah nikmat di akhirat itu ada cuma ia tidak dapat dibayangkan kerana ia sangat luar biasa hebat. Malah, ada firman Allah yang mengatakan bahawa air sungai yang mengalir ada lebih putih daripa susu dan lebih manis daripada madu. SubhanaAllah! Ciptaan Allah sungguh hebat!  

 
Dengan kehadiran iman yang teguh, insyaAllah tak susah nak dapatkan syurga. Sblm saya baca buku ayah saya, saya ada baca buku Cinta High Class karya gabungan sepasang suami isteri iaitu Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi. Daripada karangan mereka yang dinovelkan, saya faham cinta Allah itu adalah lebih utama. Cintakan Allah... InsyaAllah syurga kita peroleh. Bila kita cintakan Allah, kita takkan pedulikan apa kata orang tapi lebih mengutamakan apa kata-kata Allah terhadap amalan kita. Saya ada follow satu website ni dan sering kali membaca cerita-cerita yang disampaikan. Saya paling suka cerita orang yang berjihad ke jalan Allah dan yang berkait (kebykannya memang berkait). Ada sebuah cerita yang saya nak kongsikan tapi... susah nak cari sebb byk sangat website tu kongsikan... jadi, susah saya nak selongkar satu persatu. =,=
 
Tapi, apaun saya nak kongsikan 12 kunci kesenangan yang saya dpt melalui website tersebut:
 
1-Kunci Kemuliaan adalah Taat Perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW>
2-Kunci Rezeki berusaha berserta Istighfar da Taqwa.
3-Kunci Syurga adalah Kalimah Tauhid.
4-Kunci Iman adalah Tadabbur Ayat Al-Quran dan kepada ciptaan  Allah SWT.
5-Kunci Kebaikan adalah bersikap benar.
6-Kunci Menghidupkan Iman adalah Tadabbur Al-Quran dan Menghidupkan Malam Hari dengan ibadat.
7-Kunci Ilmu adalah bertanya perkara yang baik dan hanya mendengar perkara yang baik.
8-Kunci Kemenangan dan Kekuasaan adalah Kesabaran.
9-Kunci Kejayaan adalah Taqwa.
10-Kunci Bertambah Rezeki adalah Bersyukur.
11-Kunci Cintakan Akhirat adalah Zuhud di dunia.
12-Kunci Segala Permintaan adalah Doa