York Swirls

Showing posts with label Sayang. Show all posts
Showing posts with label Sayang. Show all posts

Wednesday, 24 December 2014

PT 3

Assalamualaikum~

Baru-baru ni 22 Disember 2014... telah diumumkan result PT 3. Adik saya 2 orang gi kem membaca, yang paling kecil duduk kat Taska. Jadinya, yang teman saya gi ambil result cumalah umi, kakngoh, kakcik ngan Eyman. Masa on the way ke sana, saya rasa sesak nafas je~ Disebabkan perasaan berdebar sangat... saya takleh nak siapkan kad untuk kawan2 saya. Ada yang dah siap dan ada yang belum. Sian diorang, nama tak tertulis di hadapan kad mereka. Dalam kad tu, saya sertakan lukisan saya dan sedikit pesanan dari saya (copypaste je... tp x ingat dari ane). Saya lukiskan 11 orang mengikut turutan KAiSHA DAFHAE. Huhu~ Sorilah kalau ada lukisan tu tak berapa berkenan di hati. >< Apa pun, saya sangat mengharap korang simpan dengan baik, okey?

Dalam dewan, saya duduk kat belakang... samalah dengan Dhirah ngan Syidah. Yang lain duk kat depan pastu terselit kat tengah tu, Dbah. Sekolah saya ada 3 orang yang dapat straight A dan salah seorang kawan saya. Pastu, yang 10 A ada gak 2 orang lagi. Tahniah korang sebab dapat dinobatkan sebagai pelajar cemerlang. Seramai lima orang daripada 10 orang terdiri daripada budak kelas saya. Rasa happy buat mereka. ^_^ Kemudian, barulah boleh amik result masing-masing. Result saya? Biarlah rahsia. Bukannya membanggakan sangat pun, tapi masih boleh disyukuri sebab dengan
 result saya tu, saya masih boleh stay sekolah maza. Lebih kurang 29 orang yang x leh stay, sian diorang. Harap-harap diorang dapat jaga diri baik-baik. Risau gak. Susah nak dapat tarbiah kat luar sana.

Selepas amik result tu, saya nangis. Sebab apa? Biar saya je simpan sebabnya. Takleh bagitau. Malu gak sikit sebab hidung jadi merah sangat. Kemudian, saya bagi kad tu kat lapan orang kawan saya. Dua orang lagi, Aisya ngan Dbah balik awal, jadi x sempat nak bagi. Mirah bagi gambar dan Rasyid lak bagi nama kat semua sep kelas. Pastu, ayah Nana dan beberapa orang ibu bapa kawan2 saya ambik gambar kitorang ngan pengetua dan guru kelas. Kitorang ingat nak ambik gambar dengan semua sep2 kitorang tapi, itulah... dah ada yang balik awal. Jadinya tak sempat. Moga berjumpa lagilah tahun depan. Mungkin tak sama kelas, tapi kalu masih boleh kawan... moga-moga berkekalan till jannah. Amin!!!

Then, Ustaz Rahim post pasal aliran form4 nanti. Hmm... bile tengok2, nampaknya saya kena ambil aliran Thanawi. Melalui sijil yang saya dapat, semuanya semacam ke arah Thanawi. Memang takleh masuk langsung aliran Sains. Tak apalah. Kita kena berfikiran positif. Mungkin ada hikmah disebalik setiap yang berlaku. Jadi, terima sajalah. Mana tahu, mungkin saya lebih sesuai di aliran Thanawi, kot. Insya-Allah!


 Lukisan saya...hehe (kad yg hanis punya)


gambar and nama yang diberi


Us. Rahim post dlm fb pasal syarat kemasukan



Tuesday, 9 December 2014

Rindu ~ Sayang adik!

Assalamualaikum!! >_<


Masa cuti akhir tahun ni,
Umi saya masukkan adik saya ke sebuah kem membaca,
Saya tak pasti mana kat mana diadakan,
Kem membaca tu diadakan selama sebulan,
Kiranya dari 1 Disember hingga akhir disemberlah,
Diorang bertolak kul 9 pagi dan balik kul 12 tengah hari,
3 jam yang 2 orang adik saya luangkan kat sana cukup membuatkan saya rindu,
Rindu Hakimah dan Haikal,
Kalu diorang kat rumah mesti dengar kebisingan diorang,
Habis diorang belajar membaca kat sana...
Diorang terus pergi ke rumah abi (rumah pak sedara saya yg sulung),
Tak sempat nak jumpa diorang,
Semalam... saya cuma sempat tengok muka diorang sekali saja,
Sebab malam tu... mak su (mak sedara yg bongsu) ajak gi rumah pak uda (pak sedara kedua),
Sedeyh~~ Saya rindu nak tengok senyuman diorang, rindu nak usik2 diorang,
Huhu~ rindunya kat diorang.
Selain mereka berdua, adik saya dua orang lagi (Aiman & Izza) asyik luangkan masa kat rumah abi,
Saya jadi jarang gak main ngan diorang,
Aiman asyik bandingkan keadaan kat sana dengan kat rumah sendiri,
Saya akui memang banyak kelemahan kat rumah sendiri daripada kat sana,
Kata Aiman... kat sana ada tv, tapi kat rumah sendiri...tv rosak.
tv kat rumah saya rosak lama dah... dah berbulan-bulan,
Kata umi... umi tak nak beli yang baru dah sebab dah banyak kali rosak,
Di sebalik alasan tu, umi tak perlu bayar astro lagi... senang kat umi,
Yelah, umi tanggung kitorang sekeluarga.
Kata Aiman... kat sana ada budak laki yg boleh main ngan dia,
lelaki kat rumah saya cuma dua orang je, Aiman dan Haikal,
kat sana ramai, ada abang long, abang ngah, haziq, muaz~
Saya cuma boleh tengok diorang sume masa pagi nak bertolak je...
Masa tu, adik saya Aiman ngan Izza masih duk kat rumah,
Masa tu, adik saya Haikal dan Kimah tengah bersiap...
Rindu amat~


Friday, 14 November 2014

Tak tahu lah nak kata apa

Masa terus berlari,
Meninggalkan mereka yang masih berdiam diri.

Waduh~ Belum habis sekolah pun dah terasa sedihnya perpisahan >,<
Lagi ada seminggu sahaja tapi, ramai yang merancang hendak pulang terlebih awal. 
SAHABATKU KAISHA DAFHAE~
Kenangan kita bersama pasti sukar dilupakan. 
Memori yang tersimpan sejak form 1 hingga hari2 last form 3 akan sentiasa tersemat dalam ingatan.
Memang sukar sekali mencari sahabat seperti kalian, yang pelbagai macam ragam.
Pelbagai kerenah merekalah yang menceriakan suasana.
7 warna yang berlainan mengindahkan pelangi.
manakala 11 sahabat yang bermacam-macam gaya mengindahkan sebuah persahabatan.

Saya tak tahu nak kata apa lagi...
Hehe~ Sekadar berkongsi cerita dan rasa sahaja ^^

Saturday, 25 October 2014

Hati-hati ^^

Salam sejahtera buat semua pembaca blog saya! ^^

       Saya cuma nak citer pasal... hmm... sesuatu yang memang dah jadi fitrah semulajadi setiap manusia. Fitrah yang semestinya akan berulang-ulang kali disebut dan dirasa. Iaitu fitrah untuk disayangi. Saya pasti korang semua akui korang mahu disayangi, bukan? Samalah dengan saya. Sape yang taknak tu... entahlah, ada ke orang yang taknak. Mungkin pada mulanya ada orang yang taknak disayangi tapi lama-kelamaan, orang itu akan mengakui bahawa dia perlukan kasih saying dan perhatian. Bukankah setiap orang islam itu bersaudara? Jadi, layanlah saudara kita sebaik-baiknya. Kalau kita Nampak sesuatu yang buruk pasal dia, bersangka baiklah kerana bersangka baik itu selemah-lemah ukhuwah. Percayalah, tidak semestinya apa yang awak fikir itu betul, kan? Tapi, kalu macam depan mata tu, trylah ajak dia perlahan-lahan. Jangan paksa! Tak ada orang suka dipaksa dan dimarahi. Jadi, berlembutlah dalam berbicara, nescaya dia akan mendengar dan jangan lupa ikhlaskan niat kerana Allah bukan kerana kehebatan yang ada padanya. Rasanya cukuplah yang itu sebagai mukadimahnya.

       Cerita saya kali ni bukan pasal persahabatan tapi perkara yang lebih besar. Baru-baru ni, ada sorang budak lelaki (budak? apapun saya lebih suka panggil budak walaupun dia sebaya) start chatting ngan saya. Pada mulanya, saya layan je sebab dia tanya pasal urusan sekolah bukannya yang sia-sia. Saya hormat kat dia sebab berbicara hanya pada yang perlu. Rasa hormat terhadap dia semakin meninggi apabila dia berani berbicara di hadapan (jadi mc) dan disertai dengan kata-kata yang baik dan mulia. Tapi, rasa hormat tersebut turun secara mendadak bila dia tanya pasal bilangan adik-beradik saya. Adakah itu penting untuk diberitahu? Sebelah kening saya terangkat menanyakan rasa malu dia dengan soalan tersebut. Saya tak jadi nak jawab. Tak penting pun. Kalau saya tak didedahkan tentang bahaya berchatting tentang perkara yang tak berkaitan langsung dengan sekolah, mungkin rasa seronok sudah menyelubungi diri. Saya pernah rasa semua tu masa last form 1 dulu. Budak lelaki (sekali lagi saya panggil dia budak biarpun sebaya) tersebut pada mulanya bertanya tentang cara nak pandai menghafal. Tapi, kemudiannya berlarutang tentang diri saya. Rasa kagum kat dia kat sekolah dulu hilang seperti ditiup debu.

       Lelaki? Saya kurang percaya terhadap mereka. Memang kita disuruh untuk bersangka baik namun dia bukannya sejantina dengan saya. Kalau yang berlawanan, kita sebaiknya berhati-hati, okey? Saya minta maaf kepada pihak lelaki kerana fikir yang bukan-bukan tapi, ramai dikalangan kamu yang menyuruh pihak pompuan bersetuju untuk berhati-hati. Lelaki berbeza dengan pompuan. Tapi, perbezaan itu belum dapat saya pasti secara keseluruhan namun kalu saya dah pasti insya-Allah saya akan kongsikan dengan korang. ^^ Mungkin yang tu jelah kot? Saya hanya menulis apa yang terlintas di fikiran saya. Kalu ada yang salah, silalah tegur, ya? Kita ni manusia biasa, tiada yang sempurna.

Thursday, 2 October 2014

Lepas perasaan...

     Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk menulis di dalam blog. Fuhh !! Lama dah rasanya tak balik rumah. Semalam baru balik dari sekolah. Hari last selalu je ada homework yang diberi. Biaserr lah tu. Dah jadi rutin harian dah buat pelajar PT 3 cam saya ni. Lagi ada beberapa hari sahaja lagi nak PT 3. Tapi, adakah saya sudah bersedia? Entahlah... Bdop straight A sekolah saya sekarang ni pun dah semakin menurun kalau dibandingkan dengan budop tahun lepas. Menurun secara mendadak! Sekarang baru ade 2 orang dari sep tamayyuz yang dapat straight A. Kagum betul dengan diorang sebab diorang gak aktif menghafal. Banyak bende nak kene ingat. SubhanaAllah. Bila saya tengok diorang... saya sering teringat sesiapa yang menolong agama Allah, pasti Allah permudahkannya. Saya tak pasti sama ada itu hadis ataupun firman Allah. Apa pun saya kagum dengan semangat yang merka tonjolkan.

     Semalam saya balik awal. Kul 12.30 tengah hari. Sepatutnya kul 2.30 petang, tapi sep PT 3 dan sep form 6 Atas ada temu murni... bolehlah balik awal. Tapi, umi tak sempat nak datang sebab umi saya ada kelas dengan sep2 pekse kat sekolah dia. Paling awal pun kul 12.30. Tapi, temu murni dah habis dah masa tu. Saya dan kawan saya tolong cikgu layan mak ayah yang nak amik keputusan pekse. Mak kawan saya tu pun takleh nak datang gak. Dia balik pun kul 4 petang. Lebih lewat daripada saya. Bila saya tengok sorang demi sorang mak ayah yang datang dengan kawan-kawan sekelas saya... saya asyik terbayangkan wajah mak ayah saya. Paling ketara masa ayah kawan saya, Aisya datang dengan anaknya. Rasa sebak tetiba bila tengok ayahnya banyak mengusik. Rasa rindu tetiba kat arwah ayah saya. Entah camne perasaan di bila tengok keputusan saya... Baru dapat 3A. PT 3 ada beberapa hari lagi. Dah tak sampai 2 minggu. Minggu depan lak sibuk dengan kem di Angulia kat Marang. Minggu seterusnya pekse penting So, I have to study smart and study hard. I want to strive for straight A!

Saturday, 31 May 2014

Jujur

Salam sejahtera semua!! ^^

          Entry kali ni saya nak citer tentang kejujuran. Rasanya korang semua tahu apa maksudnya jujur iaitu tidak menipu tapi tidak semua yang mengamalkannya. Padah ketidakjujuran memang sangat besar. Menipu pun boleh jadi dosa besar. Senang sungguh nak dapat dosa besar terutamanya bagi orang yang mulut murai. Kadang boleh jadi mereka salah kata, dan tidak mahu membetulkannya, tidakkah itu hanya menimbulkan salah faham yang besar?

          Okeylah, rasanya cukuplah mukadimahnya... Saya mahu ceritakan tentang seorang guru. Bagi menjaga keaibannya, saya tidak akan beritahu namanya dan sekolah mana. Saya cuma minta doa dari korang agar dia sedar akan kesalahannya dan bertaubat. Baru ni kan ada peperiksaan pertengahan tahun dan kami sekelas disuruh untuk menanda kertas. Walaupun kertas itu bukannya kertas yang sepenting BM, BI, MAT, SN dan BA, tapi kitorang tetap disuruh menjawabnya bagi menguji pengetahuan kami tentangnya. Apa gunanya belajar tentangnya tanpa diuji? Betulkan? Disebabkan soalannya melebihi daripada markah 100%, cikgu menyuruh kami memotong beberapa soalan. Ada yang suka dan ada yang tidak suka akan suruhan cikgu kerana kelas kami dan dua kelas lain sahaja yang diperlakukakan sebegitu sedangkan dua kelas lain, soalan tersebut dikira. Setelah markah dikira, ramai yang dapat gagal dan paling tinggi pun cuma 80% lebih sikit. Disebabkan itu, cikgu menyuruh kami untuk menambah 10% markah. Maka makin tinggilah markah setiap sorang. Tapi, agak menyedihkan juga sebab itu bukan markah kami yang sebenar. Hmm... bagaimana kalau kita dapat suatu pekerjaan dengan menipu? Saya ada dengar dari seorang ustaz, iaitu jawapan bagi soalan saya tu... gaji kita dikira tidak halal kerana mendapatkannya tidak mengikut tuntutan Islam yang menyruh kita jujur walau di mana jua. Seperti dalam pepatah yang mengatakan " Berkatalah jujur walaupun pahit". Cikgu-cikgu saya selain 'dia' amat menitikberatkan soal haram dan halal. Apabila kita makan dari sumber yang haram, maka hati kita sedikit demi sedikit akan mudah terjebak dengan perkara maksiat. Besarnya kejujuran dalam kehidupan kita. Maka, berhati-hatilah dulu sebelum berkata. Jadi, jagalah mulut kita. Elakkan bercakap kosong dan apabila tidak mengetahui sesuatu diamlah. Ianya lebih baik daripada menipu.

* Kalu salah, silalah betulkan. Kitakan manusia. Semuanya pernah berbuat salah walaupun hanya sekali. ^_^


Thursday, 13 March 2014

Hmm....

Assalamualaikum, semua! 

Lama dah rasanya tak menulis. Lebih kurang 2 atau 3 bulan gitulah. Itupun sebab tahun ni saya merupakan victim PPMR. Malas nak cakap pasal PPMR. Tapi, yang pasti kitorang tetap kena blajar bersungguh-sungguh. Bukan senang nak dapat straight dan tak susah juga. Apa pun, saya nak citer pasal peperiksaan TOV baru ni. Memang teruk giler lah markah. Turun secara mendadak. Saya dapat 4B 1D. Terkejut gile bila ade gak huruf D. Ini kali pertama saya dapat D dalam 5 subjek ni. But, don't worry. Ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku (meskipun nangis pah tahu result tu, tapi takpe kita kene bangkit kembali, okey?!) 

       Okey, kenapa saya boleh dapat result seteruk itu? Setelah dikaji, ( Ceh, cakap bukan main -.-") saya yang saya belajar tahun lepas ditinggalkan dan hanya pentingkan tahun ni je. Yang masuk pekse lak kebanyakannya soalan bagi form 2 ataupun form 1. So, ulangkaji yang tahun lepas dan jangan tinggalkan. Kita mungkin boleh mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Manalah tahu, kan? So, korang termasuk saya kene fighting sekuatnya but don't forget one thing that more important than learning. It is Allah. Kita niatkan dalam hati kita kita belajar ni untuk Allah. Selain dapat keberkatan dapatlah jugak pahala walaupun result tak setinggi mane. Belajar tu belajarlah sungguh2 dan doa tak boleh lupa, sembahyang wajib didirikan. 

       Dan, satu lagi. Yang ni selalu je melanda kat remaja zaman sekarang. 'Couple' . Stop coupling! Bahaya couple ni susah nak sebut. Very dangerous. Memalukan agama, keluarga dan diri sendiri. Jangan seronok sangat sebab orang couple ni kebanyakannya masuk NERAKA. Dalam Al-Quran ada sebut 'La taqrabu zina'. Jangan mendekati zina. Ha! Tengok ! Couple ni kan salah satu langkah mendekati zina. Memang kita tak niat nak zina pun. Tapi, kalau dah couple memang susah nak jauh daripada 'zina'. Tak kiralah zina jasmani ke, yang pasti korang akan zina hati, zina mata. Korang sayang tak diri korang? Mesti sayang kan? Korang nak ke gadaikan diri hanya untuk si dia yang belum pasti bakal jadi suami ataupun isteri. Mungkin korang dah target tapi mana kita tahu bila ajal kita bila waktu dia dan awak akan berpisah. 
Sahabat yang kusayangi, zina tu sangat menyakitkan. Ambillah pengajaran dari orang lain. Jangan sampai korang rasa dulu baru nak ambil pengajaran. Nanti, korang akan merana seumur hidup. Sayang kalau masa muda kita ni dibazirkan dengan perkara yang tidak berfaedah. Korang dengarlah nasihat saya ni. Saya mohon tinggalkanlah perkara2 maksiat ni. Jangan kena dulu baru nak taubat. Kasihanilah dia dan awak. Kasihan dia, keluarganya malu terima anak yang sudah takde dara sedangkan anak mereka belum berkahwin lagi. Banyakkanlah istighfar dan solat sunat taubat. InsyaAllah, Allah akan terima taubat kita selagi ada kesempatan. Insya Allah. 
 

Friday, 26 July 2013

Cinta monyet (Weyh, monyet ni otak kartun semacam je)

Assalamualaikum...
                Nak tahu tak apa sambungannya? Begini... (ehem2X)
Dia chat ngan saya. Mula2 dia bagi salam panjang gitu (thank U sbb doakan kesejahteraan saya ^-^)Saya jawablah salamnya. Pastu dia tanya khabar saya (Ala... sweetnya dia ni, ambik berat pasal saya)Saya jawablah baik je. Pastu dia tanya gane nop ngapal cepat (wah, bagus! Berubahlah ke arah yang lebih baik)Saya jawablah cara-caranya, setakat yang saya tahu jelah. Pastu dia tanya pasal keluarga saya. Betul ke saya ni anak yatim (heran kejap saya. Ingatkan sume bdop laki dengo lake nape saya citer kat cikgu) Saya jawablah ye, saya tinggal dgn mak saya dan adik-adik comel saya. Pastu, berhenti sampai situ jelah. .... Kenapa? Korang mengeluh ke? Korang ingat dia bagitau pasal kertas tu? Ops, not about that. Sorry, >-<  Apa yang berlaku tidak seperti sangkaan awak... Hehe
Okey, tu citer masa tengah tahun, ni masa akhir tahun lak. Dia bagi hadiah kat saya sempena hari jadi saya. Walaupun hari lahir saya tu dah lepas. -.-“ Dia bagi keychain warna biru yang ada nama saya. Bentuk segi empat dan di belakangnya tertulis maksud nama saya. (Ala... sweetnya dia! Kisah jugak dia kat saya, siap bagi hadiah lagi. Thank you!)
Then, for this year lak...

Alhamdulillah, takde bende2 manis mcm tu. Takde hadiah diberi, takde chatting2 manja (bg saya) Sekurang2nya terjgalah sikit drpd berzina hati. Cuma yg sukar dihlang ialh mata dan kawan2 sayajugak suka menyakat saya dgn dia. Aduh... Terpaksalah tahan telinga sampai ke tahun depan, sbb kelas saya kekal bersama 3 tahun. 

Friday, 12 July 2013

Cinta monyet (biase lar tu, remaja kan?)


Assalamualaikum ya sahabat2 ku sekalian,
          Lama betul x tulis cerita sampai blog ni ada sarang labah2. Eh? Boleh ke blog ada sarang labah2. Entahlah, heran betul bila ade org kat gitu walhal diri sndiri pun sama. ^.^
Okeylah, saya bukannya nak citer  pasal sesawang. Nak citer  perkara yg besar dan sume org fikirkannya. Apa perkara tu? Hmm... ia berwarna merah. Bentuknya sgt didambakan setiap manusia malah kita hidup kerananya. Manusia seperti perdana menteri, ulama’, guru dan sesiapa sahaja. Eh, banyaklah pulak intro. Sorry, buat korang tertunggu-tunggu. 
C. I. N. T. A.
Ya, itulah dia. Cinta dari Allah, Cinta dari Rasulullah, Cinta dari manusia. Tapi, mana yang lebih indah? Korang tahukan? Saya ada petik kata-kata yang memang jelas kebenaran disebaliknya. Err.., tak ingatlah sbb kata-kata dalam bahasa inggeris. So, saya translatelah maknanya. Cinta dari manusia ada sesuatu yang menarik. Cinta dari seseorang yang kita cinta ada keindahannya. Cinta dari Allah adalah kesemuanya. Betul tak? (angguklah ye)
Hmm... cinta. Indahnya perkataan tu. Teringat lak saya kat sekolah. Ade sorang laki ni namanya ... Nak bagitau jugak ke namanya? Takyahlah. Malulah saya kalau dia ‘ter’buka blog saya ni. Mana saya nak letak muka saya nanti. Saya gelar dia MJ. Tak tahulah dia tahu ke tidak. Kenapa panggil MJ? Kawan2 saya selalu rungut pasal tu. Tak nak saya gelar dia dengan gabungan nama saya dan dia. Kawan2 dialah tu yg start reka macam2. Isy, macam2 perangailah. -.- Saya gelar dia MJ bukan sebab dia pandai nari macam Michael Jackson a.k.a. Mikael. (x tahulah kalu dia mmg pandai nari ke tak) Tapi sbb nama tu mmg dekat dengan nama dia. Tu je pun... -.-“
Okeylah, kita teruskan cerita pasal cinta dia ye. Banyaklah pula citer pasal nama dia satu ni. Masa saya form 1, dia uji saya. Saya ni jenis murah ataupun mahal tapi takdelah dia mintak nak couple. Balik daripada kem motivasi bagi akhowat, saya dapati ada kertas dalam kotak pensel saya. Isinya bertulis, “I <3 U”. Belakangnya tertulis nama sorng laki sekelas saya. Terkejut saya dibuatnya. Eh, kat sekolah agama pun ada gak ke org jenis gini? Lagipun, ini thn pertama saya masuk sekolah menengah. Asrama pulak tu. Jadi, saya x delah langsung piker  pasal benda tu.
 Saya pun citer kat kawan saya sbb lelaki itu ialah sepupu kawan saya. Gelaran mesranya, Khaifa. Khaifa hairan, so, katanya nak gi tanya sendiri kat sepupunya. Silakan, saya x kisah sbb saya x de ape2 perasaan pun masa tu. So, I don’t care. Stlh pulang ke kampong, saya tanya perkembangannya. Yang herannya, Khaifa kata bukan sepupu dia hantar tapi org lain. Bila tanya sape, katanya x leh bg tahu. Hmm... perkara itu dibiarkan berlalu.
Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan berganti bulan... Jawapannya telah ditemui. Lelaki misteri itu rupanya MJ. Geram rasa hati ni bila dia x terus terang dan tulis nama org lain. Tp, rasa itu hilang atas mesejnya. Masa saya tengah bukak facebook, dia... lain kalilah citer...
bye! Had to go now.. ^_^