York Swirls

Showing posts with label Kelas KKQ. Show all posts
Showing posts with label Kelas KKQ. Show all posts

Friday, 20 November 2015

Jamuan Akhir Tahun

Assalamualaikum buat para pengunjung blog saya,

            Alhamdulillah. Syukur kpd Allah saya ucapkan krn masih lagi bagi saya peluang untuk update blog saya.

            Dan kali ni saya nak citer ttg jamuan kelas saya. Sep laki kelas saya sgt bersemangat hias kelas. Hari Isnin 16 Nov 2015 adlh tarikh jamuan. Pagi2 lagi kitorang (sep puang) keluar kelas sbb diorang (sep laki) nak wat kejutan. Kami tak dibenarkan melihat kejutan mrk. Kira x surprise ler kalu kami nampak. So, kitorg gi library. Ada yg baca buku tapi major main saidina, sahibba dan iq puzzles. Slps rehat kitorg main carrom lak. Petang kitorg duk kat asrama. Cuma 2 org je masih gi library. Nisah seronok ngat baca buku, saya lak saje2 je teman dia. Seronok duk kat library lagi drpd kat asrama.

          Malam tu, slps solat isyak, kitorg terus ke kelas. Dari bawah nampak kelas gelap tapi ada cahaya lilin. Macam nak wat candle light dinner lak. Debo gop perasaan kitorg. Takkan nop wat jamuan dlm gelap kot? Habislah nati kena marah ngan pk hem. Dahlah kemarin dia dah pesan jgn wat jamuan masa malam. Habis, minggu ni dah takde mane mase kosong. Malam Isnin tu je satu-satunya masa.

         Naik je atas sep laki cam tak puas hati. Geram sbb kitorg naik ke kelas. Nampaklah surprise diorg tu skit. Jadinya diorg tutup tingkap dan pintu. Kitorg pun gi ke kelas sebelah. Wat air anggur susu. Air tu pun letak dpan pintu je, sep laki wat masuk sndiri.

        Dlm kul 9.30 mlm barulah dbenarkan masuk. Saye tak ada masa tu. Ada hal dgn Nana. Sep puang yg lain masuk ke kelas.

        Diorg citerlah...  Awalnya kelas gelap. Yang bercahaya cumalah lilin. Habis debor perasaan. Yelah, lelaki ramai kat dlm 11 org. Camnelah kitorg x fikir bukan2. Pastu bila Nisah (dia paling dpan bergerak) masuk. Sep laki buka lampu. Diorang berbaris kat tepi dinding dan tepuk tangan. Ketua kelas (Rasyid) amik gambar. Semacam VVIP gayanya kitorg disambut. Selesai yg tu, barula saya ngan Nana sampai. Sedih x surprise sempat tengok. Julung2 kali sep laki wat gini ke sep puang.

Nampak x smangatnya sep laki m'his sampaikn meja makan pun dihias spt kat hotel, siap ada lilin lagi kat tengah.

Apalagi, kitorg pun rasa terharu. Ada jugak segelintir yang matanya sampai menitiskan air mata. Tak tahu macam man nak describe betapa terharunya kami masa tu.

Then, Faris sbg mc mempersilakan Rasyid bagi ucapan. Eqah, dan bdak baru turut menyampaikan ucapan. Ada yg kata thn dpan mungkin x dpt dah wat macam ni sbb yelah, thn depan kan SPM. Mesti kitorg tgh struggle habis-habisan. Nak dptkan yg terbaik. 

Ucapan yg menyedihkan bercampur dj (Harris & Syauqi) yg memasang lagu2 yg slow buat kitorg makinlah layan feeling kitorg. Pas tu, kitorg makan. Hehe... Paling best kek yg Eqah bawa, katanya kek tu mahal. Patutlah sedap. 


Keknya lembut, banyak gak coklat tapi taklah muak.

Pas makan, kitorg tukar hadiah ikut cabutan no. Sep laki rancang amik no guna mulut sbb nak bagi kena tepung. Tapi, kitorg kan pompuan. Jadinya guna tangan jelah. Saya dapat no. 7. Bekas pensel cantik siap dgn tanda harga lak tu. Heh. Alhamdulillah, blh guna tahun dpan. Tal perlu beli. Tp saya ingat nak simpan sharpie dan marker berwarna je dlm tu.


Bila giliran sep laki amik no. diorg guna mulut. Habis muka penuh ngan tepung. Macam diorg pakai topeng lak. Masa tulah sep puang debo gile sbb malam tu ada warden berjaga kat Aspuri. Dahlah warden tu garang, suaranya kuat dan rajin betul kejar org. Jadinya kitorg tak berani duduk kat kelas lama2 sep laki habis amik cabutan lbh kurang kul 10:30 dah. Sep puang masa tu tgh kemas dah barang. Sorry sbb rosakkan suasana. 

Tapi, sempat gak amik gambar last minute sbb masa tu je kitorg ada masa. Biasanya, ada je yg tak de dlm kelas sbb sibuk dgn hal lain termasuk saya sendiri. Sibuk dgn urusan library dan majalah. Hmm... Sampai kat asrama, kitorg (sep puan) except Dhirah (mcm yg saya kata ade je yg x cukup) sama bukak hadiah kat musala. Masa tu kitorg sedar, kitorg tersalah amik dua hadiah sep laki. Sori. Kelam kabut sgt sampai x perasan salah amik. 

Keesokannya, Mirah ngan Nisah demam... 
The End

Habis citer pasal jamuan. Alhamdulillah. Syukur sbb dpt gak update dlm blog. Moga kenangan indah ini terpahat sentiasa dlm ingatan. Amin!




Friday, 18 September 2015

Kelas Sains

Assalamualaikum,

        Banyak benda yang saya pelajari tahun ni. Ada perkara yang happy, ada yang tak mana. Yang tak mana, kita ambil pengajaran darinya supaya tak berulang lagi di lain hari. Sangat sedikit saya posting tahun ni. Kali ni, saya nak cerita panjang.

Tahun lepas, saya target saya masuk Thanawi sebab result saya tak tersenarai dalam golongan Sains. Tapi, Allah takdirkan saya masuk Sains. Saya langsung tak sangka! Malah, terasa seperti keajaiban berlaku. Yalah, saya masih sekelas dengan semua ahli KAiSHA DAFHAE. Sep laki pun ada sekelas. Cuma ada yang pindah sekolah. Moga korang happy kat sana. Ada hikmah disebaliknya mungkin bila korang pindah. Result periksa saya tak berapa stabil mane. Kejap naik dan kejap turun. Dan, Alhamdulillah Ujian Selaras 2 ni dah naik gak sikit. Harapnya dapat terus menaik sebab tahun depan dah nak SPM. Tak sangka saya dah semakin tua. Hehe... Kawan2 baru dari sekolah lain pun ada yang jadi ahli kelas saya. 2 orang lelaki, Adib dari smasid dan Iqbal dari smkadg. 3 orang perempuan, Sajidah dari sma mahmudiah, Fatnun dari sma marang dan Saadah. Dia dari sekolah yang sama, cuma tukar kelas dari yang takde bio kepada ada bio. Macam2 cubaan yang kitorang hadapi dek aliran yang semacam tak sebati dengan kami. Kami langsung tak rasa cam kami dah jadi pelajar aliran sains. Cita-cita kami kebanyakannya tidak berkait dengan Sains pun tapi, itulah. Cikgu dah tentukan kelas kami, kkq kena bersama mengambil aliran sains. Ramai cikgu2 kami yg hebat2 pindah, sedih rasanya hati kami. Guru kelas kami, Cg Aida dari IQT sangat baik dengan kami. Dia sangat faham jiwa remaja kami. Banyak masalah kami, yang cikgu cuba selesaikan, terima kasih cikgu! Minta maaf kalu ada salah kami yang tak kami sedari buat cikgu terasa.

        Sampai sini sajalah cerita saya yang tak jadi nak dipanjangkan. Lewat betul saya ceritakan semua ni. Tak apalah daripada tak ada langsung cerita yang disampaikan.

Friday, 14 November 2014

Tak tahu lah nak kata apa

Masa terus berlari,
Meninggalkan mereka yang masih berdiam diri.

Waduh~ Belum habis sekolah pun dah terasa sedihnya perpisahan >,<
Lagi ada seminggu sahaja tapi, ramai yang merancang hendak pulang terlebih awal. 
SAHABATKU KAISHA DAFHAE~
Kenangan kita bersama pasti sukar dilupakan. 
Memori yang tersimpan sejak form 1 hingga hari2 last form 3 akan sentiasa tersemat dalam ingatan.
Memang sukar sekali mencari sahabat seperti kalian, yang pelbagai macam ragam.
Pelbagai kerenah merekalah yang menceriakan suasana.
7 warna yang berlainan mengindahkan pelangi.
manakala 11 sahabat yang bermacam-macam gaya mengindahkan sebuah persahabatan.

Saya tak tahu nak kata apa lagi...
Hehe~ Sekadar berkongsi cerita dan rasa sahaja ^^

Thursday, 26 December 2013

Study ngan kawan

Lebih kurang 10 hari yang lepas,
Saya dapat keputusan peperiksaan akhir tahun beserta surat2 pendaftaran sekolah.
Alhamdulillah keputusan saya meningkat! Mungkin sikit bagi korang tapi ianya sangat bermakna bg saya.
Dulu, saya dpt 2A sahaja dan kini meningkat menjd 4A. Syukur.
Tapi yg paling gembira skali markah Pendidikan Islam saya meningkat secara mendadak. Dulu, saya dpt B (76) dan s'kang dpt A (96). Bila dpt A tinggi camni saya ingat balik memori saya. Macam mana sy bpleh dpt markah setinggi ini? Rupanya saya dan sahabat saya yg pintar ini same2 study sblm pekse. Jd, saya perlu mengamalkannya selalu biar mudah utk menghafal. Time kasih Gendol . ^_^ ( Alhamdulillah dia pun dpt markah yg hebat dan berjaya menduduki tem. pertama)

Thursday, 3 October 2013

Bukhari Team! (Futsal)



Sabtu lepas iaitu pada 28/9 ada musabaqoh futsal yang diadakan di pdg court Aspuri.
Form 1 dan form 2 ada. Tak campur laki dan puan. Saya tak ingat berapa kumpulan sebab memang ramai.
Kumpulan futsal kelas saya dinamakan sebagai 'Bukhari Team' (sempena nama kelas)
Mulanya masih berat hati nak bagi nama tu sebab teringat Nasi Bukhari pulak, tapi disbbkan Ustaz Zubir nak terus, so ambik sajelah. Boleh tahan sedap gok nama tu...
Kitorang ada wat pemilihan untuk masuk futsal melalui undian.
Tapi, disebabkan saya ni ada kerja menyambut orang luar mase tu, Nana ganti saya.
Then, saya terpilih masuk dan jadi simpanan. Ada hikmahnya...
Oh ya, tadi kan saya kata saya sambut orang luar kan. Saya sambut bdop dari SMK Raja Perempuan Ipoh. Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan 1,2 dan 4. Orang2nya macam hebat belaka. Masa mula2 tu, saya dan penyambut yang lain (pss dan ps form 4) duk dalam library. Menunggu kedatangan mereka. Pahtu, diorang pun dalam bilik bahasa arab. Ada lebih kurang 20 orang pelajar yang datang. Kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Saya pun ikut dibahagikan. Then, macam2lah yg diorng tanya pasal sekolah saya termasuk saya tanya pasal sekolah dia. Hebat! Sekolah mereka boleh ajak pelajar dari luar negara datang. Setakat ni belum pernah saya tengok kat sekolah melainkan sekali sahaja. Orang panggilnya ETA,  tapi saya x ingat dah apa maksudnya. Okey gitu2 jelah. Malas nk citer panjang. Nak citer psal futsal, tp tak pasal2 masuk tjuk lain pulak.. (Lawatan dari RPS- Raja Perempuan School - to KiZARS -King Zainal Abidin Religion School)
 Masa orang lain sibuk main, saya tukang bagi sokongan.
Tapi, si Dibah ni pandang saya semacam. Apa? Halus ngat ke suara saya?
Permainan pertama kami, kami tewas 3-0.
Uisy, jauh giler pd hal kitorang selalu main bola, tapi...
bukan main futsal, bola bayang.. hehe..
Permain terakhir kami paling awesome walaupun tak menang 0-0
Kitorang lawan dengan geng Kamelia.. hehe..
Sep2 ni mula riuh bila Kamelia gurau 'saya bagi RM1000 kalu Bukhari Team kalah'
Mujur takde sape menang... -.-"
Kesian team Kamelia dan team Bukhari...
Ada sorang pemainnya, bole terkena kat muka... (bahaya-mujur tak darah)
Pemain Bukhari lak jatuh sampai berdarah lututnya.
Nak kata kurng ajar, memang tak acilah sebab pemainnya pun kena jugak.
Tak pasal2 nanti musuh lak. Adooi....
Ni ade beberapa gambar yang sempat diambil (tp x sume saya letak)


yang ni masuk tanding, fighting!!!

~just watching~

Nana yang begitu fokus dengan tugasnya...

posing dgn bola... wiii!!! ><

Friday, 23 August 2013

My drawing ^__^

Salam sejahtera!

Entri kali ni saya nak tunjuk sedikit lukisan saya.
Saya ada wat lukisan ni untuk kawan saya.
Setiap daripada lukisan yang dilukis milik org yg berlainan.
Pling cantik lukisan Nana.
Hehe~ Sorry buat kawan2 yang lain.
Yang itu saya pilih sendiri untuk Nana supaya dia x merajuk.
Yang lain korang cabut sendiri.
Cuma dress je yang saya belum tunjuk kat diorang.
Nanti bila di sekolah, saya tunjuklah.
I really hope they like it.


Apa pendapat korang? Okey x? Hehe... sori gambarnya kecik dan ada sedikit contengan dari kawan2 saya.

Thursday, 22 August 2013

Happy Birthday, Hanis!

Baru-baru ni, hari Ahad laa... (18 Ogos)

Sep2 kelas saya buat suprise birthday khas untuk Hanis,
Hehe..., harapnya tk terbongkar lah,
Kebetulan, birthday Hanis same date dengan sambutan raya sekolah,
         Ini gambar yang sempat diambil. -gambo Nana tak dop 'cause x datang sekolah
Jadi, alhamdulillah, kita orang dapatlah rancang dengan baik.
Pagi dop belajar dah, jadi kita orang buat masa tu
Malam sebelum birthday Hanis, kami dah bincang tentang caranya,
(he~ saya langsung x fokus mase tu, ngantuk. Nisah tetiba gerak saya,
dan kata "nop bincang birthday Hanis esok kat bilik 7B". So, I follow jelah -mamai~)
Khadijah, Dibah ngan Aisya dah tidur jdi diorang dop dengarlah rancangan ni,
tapi diorang dah faham dah apa peranan masing2,
Jadi, saya dengar separuh jelah,
Lagipun, saya cuma nak kena fokus peranan saya je,(pandai2lah saya wat -.-")
Esop paginya, ade 3org sep tamayyuz datang ke kelas ucap happy birthday,
kita orang diam je sebab x nak ucap waktu tu,
pastu Hanis duk balik kat tempat dia,
riak wajahnya cam sedih sebab xde sep2 dia ucap happy birthday,
Yelah, sape yang tak mahu dihargai especially best friend, kan?

Disebabkan cikgu x masuk (mujurlah, kalu x, x berjayalh plan suprise ni)
kita orang buat halaqah kejap (macam biasa, kalu bosan)
Nisah pun start, dia citer pasal Lonjong citer kat dia yang ,
ade 'sorang' sep puan citer bende aib kawan2 'sorang' tu,
pahtu Nisah citer lagi 'sorang' itu berkaca mata,
so, kita orang pandang Hanis lake,
yelah... kalu diikutkan jelaslah Hanis orangnya,
ade dua orang lagi iaitu saya dan Khadijah tapi orang lain percaya,
yang saya ngan Khadijah ni bdop baik so... Hanislah 'sorang' itu,
Hanis terkejut, Aisya pun terkejut,
Riak wajah Aisya macam gelabah semacam,
Banyak pulak soalan di beri kat Nisah,(apsal Aisya ni, Nisah napok buntu doh tu. Dia tahu dop agi plan ni)
Mujurlah Dibah ajak Aisya pergi tandas,
sekurang2nya tenanglah sikit hati Nisah tu,
Dibah dan Aisya bukannya pergi tandas sebenarnya,
Dia orang pergi ambil kek birthday girl kat pondok pengawal kat aspuri,
Sambung citer pasal 'sorang',
Dhirah kata 'kalu aku dapat budop tu , siap ah' (sambil genggam penumbuk)
Nisah lop kata 'mung ar tu Hanis, aib mung je akdop situ!'
Mirah sambung 'wei, ngaku2 jelah'
Syidah lop wat sedih 'dop sangka mung gini orp'
Nisah : Iqah parok kali. sian dia.
And then start lah air mata palsu Iqah (pandai tul Iqah wat kuor air mata -.-'')
Pahtu, Iqah tolok Hanis sapai jatuh botol air hok duk tepi,
Khadijah pun start back up, Sian Khadijah, dia lop kene mapuh,
Saya pung gitu gop, biar ah, sekali-sekala,
pahtu Aisya ngan Dibah mari dgn tangan kosong,
Nisah ingatkan dia orang bawop kek, jadi dia suruh kuor dgn suara maroh,
Abih orang hok duk kat tangga pandang dia orang, (sian nggoh)
pahtu, Hanis start doh nangis (ye! plan buat Hanis nangis berjaya)
maka disinilah pengakhirannya ...
Dbah ngan Aisya bawop kek masuk,
kitorang pun nyanyi happy birthday,
bdop laki hok duk luar ngan dalam kelas tepuk dengan gemuruhnya,
Hanis ade kata 'aku nangis mse tu pah mikir dengan sapelah aku nak makan lepas ni'
Abis sep2 puan ketawa sampai sakit perut biler dengo,
bdop ni sempat jugop mikir pasal makanan... -,-"

hehe... cute dop pinggan polisterin ni. bukan saya wat tapi... si gendol (tepuk4)

Monday, 5 August 2013

Iftar di rumah Cg. Beah


Hehe... Cg Beah? Itu bkn nama cikgu tp gelaran utk cikgu dlm blog saya.
Lagipun, tak ada beza sangat pun...

Hmm... tajuk post kali ni tentang 'iftar di rumah Cg. Beah'
Sebelum itu, korang tahu ataupun tidak maksud iftar?
Mengikut Wikipedia, iftar bermaksud  makan malam ketika umat Islam berbuka puasa di bulan Ramadhan dan ianya dilakukan tepat selepas masuknya waktu maghrib.
Pendek kata... iftar ni bermaksud berbuka puasa secara beramai-ramai.
Pengenalan tentang Cg. Beah pula...
Cg. Beah ialah guru mata pelajaran Sejarah merangkap guru kelas saya,
Itu sajalah agaknya , , ,
.   .   .
Mari kita buka kisah saya pula...
Tarikh nak buat iftar sekelas dua kali tertunda dan akhirnya...
keputusan muktamad pada hari Jumaat,
tapi yang x bestnya bdop kelas saya x cukup orang. Kiranya cam x lengkaplah...
HARI JUMAAT...
Petang tu, pada pukul lima petang lebih beberapa minit sikit,
sep2 kelas yg pompuan start menunggu Cg. Beah berdekatan Galeri Sekolah,
Lamalah juga kene tunggu sbb kena ikut giliran,
Mula2 bdop laki dulu pergi, jadi... bdop puang kene tunggulah,
Sementara menunggu, ada yg membaca novel, ada yg bermain,
saya pula... hanya menonton, ^_^, sambil2 berzikir dgn Kkadijah dan Aisya,
Tenang hati kejap...

Tunggu punyala tungguh sampai nak dekat pukul 7 dah,
Lagi ada beberapa minit lagi nak berbuka,
Risaulah pula hati kalau2 cikgu x ingat kami dah atau...
berlaku hal2 mustahak secara mengejut,
isy, susahlah hati kalau begini~
Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi,
Akhirnya, Cg Beah datang juga dgn anak lelakinya (atau menantunya?)

Sebaik sahaja tiba kat rumahnya,
Saya dan kawan2 tolong cikgu bancuh dan buat apa yg patut,
Semuanya berjalan dgn lancar,
Makanan yang dihidangkan pun sedap2,
Hehe..., makan nasi kuning lauk merah, daging dan ayam.
Nyam! Nyam! Sedap sangat sampai ramai yang menambah,
Selesai makan, Dhirah kemas, yang lain pergi ke Masjid untuk solat Maghrib,
Selesai solat Maghrib, terus kembali ke rumah cikgu TANPA BERSTOKING,
Ingtkan bdop laki stay terus kat masjid sampai waktu Isyak,
Rupanya tidak, bdop laki duk senang-lenang kat ruang tamu tonton berita,
Kawan2 saya pun apa lagi, gelabah semacamlh kecuali saya,
sebab saya pakai stoking, hehe...
Diorang pun labuhkan kain bagi menutup aurat (kaki) mereka,
Saya pula tolong Khadijah cover skit,

Then, sep2 puan pun masak roti sardin dan bancuh air teh,
Bagi bdop laki pula, mereka goyang kaki sajelah,
Kerja mereka cuma makan dan main sajalah,
Saya x makan sardin, jadi roti sardin saya Nana yg amik,
Selepas itu, barulah kami pergi solat Isyak dan Tarawih di masjid,
Tp malangnya, air tak ada, so... kitorang ambil wuduk kat umah cikgu,
Yang sempat ambil wuduk kat masjid terus solat,

Selesai solat, kitorang ke rumah cikgu balik,
Kali ni kitorang makan aiskrim yang bercampur dgn air soda dan ais,
Sambil itu, kitorang menonton cerita 'Kampung Girl' dan 'Twister'.
Setelah itu, barulah cikgu hantar kami pulang ke asrama

Friday, 5 July 2013

sian bonda...

Ari ni ada kelas malam BI,
Kul 9 tuh, kitorg cari cikgu Anita,
Kate bonda,kunci bilik seminar bonda lupa nak amik,
bonda tanya lu, nak tangguh kelas atau wat kelas kat lain,
ramai yg sepakat wat kat lain sbb tak sanggup tunggu lagi,
jadi, bonda pun wat kelas kat dewan selera aspuri,
hanya akhwat je yg gi, ikhwan tak gi langsung,
masa dlm dewan selera, ada ke patut bonda bg kebenaran bukak tv,
dahlah malam ni ada citer ssid,
konpem takde org dengar bonda ngajo,
bonda tukar tempat lak,
kali ni kat musala,
tp malangnya hanya lebih kurang 25 org shj yg pergi sdgkan ada 30 lebih,
yg lain tengok citer ssid lake,
kelas saya kecuali Nana sepakat tak nak tengok walaupun teringin,
pelajaran perlu diutamakan, betul tak?
ini gambar bdop kelas saya duk kat musala,
seronok betul posing2 ni. ^_^





Thursday, 2 May 2013

1/4/2013 - sedih

Hari ni ada perasmian kempen membaca buku, program Nilam dan Drop A Book.
Dirasmikan oleh seorang pegawai yang merupakan bekas pelajar sekolah saya.
Selesai sahaja masjlis, saya balik ke kelas dan tertidur.
Entah mengapa saya rasa ngantuk dan letih.
Sebaik sahaja saya bangun tido, kawan saya...
sume bdop puan kelas saya takde...
Yang ada HANYA LELAKI,

Saya keluar dari kelas, dan tengok bawah,
Diorang turun tak ajak saya?!
Sampai hati, saya rasa nak nangis dah,
Diorg tinggalkan saya sorang2 dgn bdop laki...,
Hati saya rasa geram sangat,
Saya terus pergi ke tandas dan basuh muka,
Mereka betul2 tinggalkan saya...
Ini bukannya mimpi,
Ini kali pertama mereka lupakan saya,
Sungguh hati saya rasa sedih sangat,
Saya takut duduk sorang2,
Teringat pula saya akan kenangan pahit yg dulu...

Saya masuk semula dlm kelas,
Mujurlah seplaki dah turun semuanya,
Saya pergi tengok jadual,
Masa BI, mesti diorang pergi ke pondok,

Yap, betul jangkaan saya,
Setibanya saya di sana, diorng pnggil nama saya,
Saya mencebik, hati saya rasa meluat sangat,
Menyakitkan hati betul,
Tak nak dah layan diorang,
Saya jauhkan diri dari diorang,
Sukalah korang ya, buat org sedih, buat org sakit hati, huh?!
Kali ni, diorg dah melampau

Saya menangis, saya luahkan semunya dgn tangisan,
Saya sedar ada org tngok, laki dan pompuan,
tapi saya tak boleh dah tahan,
letih sangat dengan permainan mereka,
Diorang bagi saya tisu,
Untuk saya lap air mata saya,
Saya biarkannya seketika, tapi saya kasihan,
Ya Allah, adakah mereka sengaja atau x?
Meninggalkan saya sorng2 dlm kelas?

Habis masa BI, mereka ucap mintak maaf byk,
Saya diam, lngsung tak beri reaksi,
Nana mintak saya senyum,
Saya senyum skit je, tapi hati masih marah,
Pastu saya masam semula
Nana bisik kat saya "Kitorng x sedar pun awak ada dlm kelas (saya tgh tido mase tu). Baru sedo bila sampai kat pondok. Itupun MJ bagitau yg awak duk sorng dlm kelas"
Time kasih, MJ. Tapi, sori... saya langsung x de mood ni

Thursday, 21 March 2013

Seloka kelas (for girls)

Wan Khadijah diberi nama,
Orangnya ayu x terkata,
Sentiasa buat muka selamba,
Walau malu x terhingga,

Zahari adalah nama bapanya,
Novel di tangan x kira masa,
Speaking BI terror gila,
Aiyaturradiah adalah gerangannya,

Beybeyh menjadi pengganti nama,
Mapuh ke org seroh ke dye,
Rasyidah pemilik gelaran dicipta,
Suka ketawa sampai gila,

Farzana Naqiyah gadis jelita,
Jawatan bendahari disandang olehnya,
Tersenyum manis sampai ke telinga,
Minta duit x kira masa,

Kreatif dan perasaan bagi kat dia,
Apabila marah bergegar dunia,
Sikap pemurah ada padanya,
Amiratul Huda adalah gerangannya,

Mata bulat penghias mata,
Rajin macam Mujahid juga,
Nak rosak penyapu direbut mereka,
Adibah dan Mujahid gandingan bersama

Kerusi jatuh dia punya kerja,
Empunya diri bercermin mata,
Hanis Syazwina diberi nama,
Nakal bolox jadi sikapnya,

Penolong kelas jawatan padanya
gendol menjadi gelaran baginya
cakap bolox x kira masa
Anisah garang macam singa

Dhirah anak Harun ini ceritanya,
Feeling terlebih tak kira masa,
Karam Singh Walia idola tercinta,
Ngamuk sakan habislah kita,

Hilang adab apabila sendawa,
Bunyinya kuat x terhingga
Dia ni orang yg sgt power,
Iqah jgn marah saya,

Berwajah putih ceria orangnya,
Diberi gelaran ayam serama,
Ketawa hingga x ingat dunia,
Itulah dia si Amirah kita

Ini hanya untuk gembira,
Jangan marah jangan terasa
Lain hari tukar cerita
Kalau nak balas sila-silalah ye




Wednesday, 23 January 2013

Sahabat yg t'baik

 
Sahabat yang terbaik? Bagi saya, mereka orang yg menghargai kita walaupun kita ni kdg2 jahat skit, mereka juga manusia yang sedia memaafkan kita walaupun dah buat kesalahan yang besar, setia bersama wakalupun dikhianati, sedia mendengar luahan hati walaupun dia sgt sibuk. Kawan2 mahu tahu siapakah sahabat saya itu? Jangan kalian fikir cuma seorang manusia sahaja yang dijadikan sahabat saya, kerana setiap manusia ada kelemahan tersendiri. Setiap kelemahan mereka itu ditutup dengan adanya sahabat yang lain. Itulah sahabat2 sempurna saya. Ops! Tiada manusia yang sempurna yang wujud kat bumi ni selain Nabi Muhammad. ^_^

         Nak tahu berapa sahabat2 saya itu? Bukan dua orang, bukan empat, bukan enam, bukan tujuh tapi sepuluh manusia yang berlainan kerenah. Setiap hari, ada sahaja lawak yang mereka buat sehingga hidup terasa bahagia. Ya Allah, terima kasih kerana jadikan dan perkenalkan mereka kepada saya. Sungguh, saya sangat gembira.

         Nak tahu tak siapa mereka? Mereka semua sekelas dengan saya.Kami satu kelas, satu blok dan sentiasa bersama. Kalau kami bergaduh, ianya takkan berpanjangan sehingga satu. Dalam beberapa jam dan minit sahaja kami berbaik semula. Salah seorang daripada kami yang lebih senang dipanggil sbg Mirah seorg yg b'fikiran matang. Perkara begini insya-allah senang sahaja untuk diselesaikan bagi dia yang berfikiran matang. Hehe... saya x macam dia. Saya kebudak-budakan skit. Tapi, dlm blog ni nampak matang pulak, kan? Nak kenal tak mereka bagaimana. Erm..., Iqah, baik orgnya dan sukakan perkara yang berkait tentang cinta remaja. Mirah, seperti yang saya katakan tadi, dia seorang yg b'fikiran matang. Dhirah, nampak saja macam dah matched, tapi bg manusia yg benar2 mengenalinya pasti dikatakan tak. Rupanya dan suaranya sahaja yang kelihatan matched skit. Sasah yg lbh dikenali sbg gendo seorang yg sporting dan sgt peramah. Dibah, bg org yg tak kenalnya dgn rapat pasti dikatakan nebeng kerana sikapnya yang suka menjeling. Ttp, percayalah, dia bukan begitu. Dia prihatin terhadap sahabat2nya. Hanis, sentiasa membina lawak yang mmg kelakar gilerr sampai boleh teringat bulan ke bulan. Nana, suka sgt menyanyi terutama sekali Korea's K-pop dan dia seorang yg sangat amanah. Rasyidah, seorang sahabat yg memahami dan mmg pakar bab2 cinta ni. Saya tabik dia, tp. itu bukannya makna dia pernah bercinta. Astaghfirullahal'azim, moga dijauhkan. Khadijah, plg warak dan suka mendengar luahan manusia lain. Bab2 agama mmg dia pakar. lastly, Aisya, seorang yang sgt suka membaca buku hinggakan dia boleh dikatakan pakar english. Ramai yang bertanya tentang mata pelajaran itu.

        Kadang-kadang mungkin diorang tak sama dengan apa yang saya ceritakan. Yup! Manusia itu sikapnya selalu berubah-ubah. Tak ada yang kekal melainkan Allah.

         Baiklah, i think just that for today. See u next time, my blog... ^-^

Friday, 7 December 2012

Kawan sehati sejiwa

~Huhuhu~
Rindunya >_<
Miss her so much. Nak tahu sape?
My best friend lah. Saya punya best friend ada kategori.
Kategori pertama, sekolah rendah. Saya ada dua best friend.
 
 
Aina ngan Nurin. Sahabat terbaik selamanya. 
Aina orangnya cute dan baik gilerr. Nurin pun lebih kurang sama.
Bezanya dalam penampilan je. Nurin berspek mata.

Kategori kedua, sekolah menengah. Setakat ni, cuma sorang je.
Dia warak sgt. Suka betul saya bila dia dengar je semua luahan saya...
Dia jugak sering menasihati saya utk menjadi insan yg lebih baik.
Thank you. Namanya Khadijah. Harap dia kekal macam tu. Aminn!
Saya x nak dia berubah macam org lain. Di org mudah terpengaruh dgn keadaan sekeliling.

Kat sekolah rendah, saya biasanya lihat org lain duk bermusuh je. 
Biasalah, mrk bknnya org yg rajin selidik tahu pasal latar belakang mrk.
Terus jadi musuh. 
Tp, skrg ni saya tinggal kat asrama. Kami kenal dgn lebih rapat.
Perangai sebenar seseorg pun dpt diketahui. 
Tp, kenalah jugak ada bab selidik menyelidik.
Sbb. ada org tu x puas hati dengan org lain terus fitnah macam2. Kasihan~
Kawan2 sekelas saya sumenya sporting. Dan, kitorang sgt berlainan kalu nak dibandingkan dgn bdk kelas laon. Tahu kenapa?
Bilangan pompuan dlm kelas saya sedikit jadi, tak adalah org yg berpuak-puak.
Mrk jugak org yg bijak2. Mrk tak terus percaya dgn fitnah org. 
Dan jugak selalu perbaiki masalah satu sama lain. 
Itulah sifat mrk yg plg saya suka. 
Saya x reka. Saya lihat dgn mata saya sendiri. Baik, saya ceritakan.
Waktu prep malam, segelintir drpd bdk kelas saya ada jamuan akhir thn dgn usrah masing2.
Tp. usrah saya je x ada jamuan. Tak apalah. Kasihan jugak kat Kak Miah kene beli brg sorang2.
Jd., saya duk dlm kelas. Nk kemas2 barang. Yelah, ada kurang dr. seminggu lagi cuti akhir thn dah. 
Dtg skolah semula thn dpn. Masa duk dlm kelas sy nampak Iqah tengah nangis sorang2 sambil menggenggam kertas. X tahulah kertas ape. Tp., sy pasti kertas tu ada tertulis luahan Iqah.
Saya agak mungkin putus cinta.Tp., xkan sampai nangis, kot? Org. nangis adalah yg memujuknya.
Yg memujuknya kelas sama saya jugak cam Iqah. Nisah try buat lawak. Mirah try gosok2 blkg Iqah.
Pastu, Dirah ngan Hanis lak tanya apa masalah dia. Dibah hanya menonton. x tahu nak buat apa.
Habis tu, org lain dah ambik peranan. x tahulah peranan apa lagi kalu nak memujuk Iqah.
Akhirnya, Iqah bangun. Dia senyum dan kata dia x apa2. Tp., kitorang mmg x kan caya macam tu je.
Mirah pun apa lagi, dia terus rampas kertas yg digenggam Iqah dan terus lari bersama Hanis, Dirah dan Dibah. Saya pun rasa nak ikut jugak tp. malaslah sampai lari2. Lari2 pun sampai turun tangga. 
Iqah terus luah segalanya. Dia cerita masalahnya dgn menjerit. 
Ingatkan ape tadi. Rupanya masalah dgn Syidah. Yg juga dari kelas saya. 
Iqah kata, masa kat Musola tadi, dia dan Syidah ada bergurau. Pastu, ade sorang kak ni pesan suruh diam. Hormat majlis. Iqah kata Syidah terasa agaknya sampai mukanya terus jd masam stlh dipesan.
Bila nak gi ambik wudu'. Iqah ikutlah Syidah. Syidah suruh pergi. Tp. Iqah x nak. Slps, Syidah kuar dr. tandas. Syidah marah suruh pergi. Kata 'Sukalah buat org sedih, kan?!".
Dlm otak saya, biar btul Syidah mcm tu? Kalau ya pun, mungkin dia x serius. Bdk tu bknnya selalu serius.
Iqah turun bawah sambil diikuti saya ngan Nisah. Pastu, dia kejar Mirah dan 3 org lagi. 
Muka Iqah masa tu bkn main garang lagi. Seram gile. Kejar2 sampai ke asrama. Kebetulan pulak masa tu, ayah Nisah dtg. x tahulah sbb apa. Mungkin pasal jamuan lagi. Sbb benda tu dah jadi famous. Lagi pun, mak Nisah tu jual macam2 makanan. Mmg patutlah ada banyak tempahan.
Jd., Mirah ambik kesempatan tu cari Syidah bersam Dirah ngan Hanis. Saya dan Dibah pula kene lengahkan masa Iqah. Tp., diorg tetap jumpa. Susah nak lengahkan masa kalau diorg tu duduk dpn mata je.
Syidah pun dipertemukan dengan Iqah. Mirah suruhlah si Syidah tu pujuk Iqah. 
x baguslah gaduh lama2. Disebabkan ramai sgt yg terlibat masa tu. Hampir satu kelas. Jd. bdk2 yg lain pun tengok jugak. Apa yang berlaku? Saya dan yg tak terlibat dgn pergaduhan Syidah dan Iqah cuba sembunyikan diorg drpd dilihat. Riuh betul masa tu. Akhirnya mrk berbaik-baik semula.

Itu masa sekolah menengah. Ini citer sekolah rendah pulak. Masa akhir thn lah jugak. Biasalah byk lawatan diadakan. Ada lawatan ke Kuala Lumpur. Aina pun ajaklah. Saya kata 'Tak bolehlah. Umi saya tak cukup duit nak bayar tambangnya. Dua ratus lima puluh ringgit tu. Saya x rasa umi saya boleh bayar" Pd. hari esoknya, saya betul2 x sangka dia akan belanja saya. Ya Allah, biar betul Aina ni. Duit tu banyak sgtlah. x menyusahkan ke? Tp. dia kata 'Tak apa, mak saya sendiri nak bagi'. Terharu betul saya dgn Aina. Jd. saya setuju jelah pergi sana. Mak saya izinkan je tp. x cukup duit je lah. Nurin pulak, mak dia memang x bagi. Sedih jugak. Sbb kitorang x pernah pergi bertiga. Inilah kebaikan Aina yg sungguh saya x dpt balas.