Nak tahu berapa sahabat2 saya itu? Bukan dua orang, bukan empat, bukan enam, bukan tujuh tapi sepuluh manusia yang berlainan kerenah. Setiap hari, ada sahaja lawak yang mereka buat sehingga hidup terasa bahagia. Ya Allah, terima kasih kerana jadikan dan perkenalkan mereka kepada saya. Sungguh, saya sangat gembira.
Nak tahu tak siapa mereka? Mereka semua sekelas dengan saya.Kami satu kelas, satu blok dan sentiasa bersama. Kalau kami bergaduh, ianya takkan berpanjangan sehingga satu. Dalam beberapa jam dan minit sahaja kami berbaik semula. Salah seorang daripada kami yang lebih senang dipanggil sbg Mirah seorg yg b'fikiran matang. Perkara begini insya-allah senang sahaja untuk diselesaikan bagi dia yang berfikiran matang. Hehe... saya x macam dia. Saya kebudak-budakan skit. Tapi, dlm blog ni nampak matang pulak, kan? Nak kenal tak mereka bagaimana. Erm..., Iqah, baik orgnya dan sukakan perkara yang berkait tentang cinta remaja. Mirah, seperti yang saya katakan tadi, dia seorang yg b'fikiran matang. Dhirah, nampak saja macam dah matched, tapi bg manusia yg benar2 mengenalinya pasti dikatakan tak. Rupanya dan suaranya sahaja yang kelihatan matched skit. Sasah yg lbh dikenali sbg gendo seorang yg sporting dan sgt peramah. Dibah, bg org yg tak kenalnya dgn rapat pasti dikatakan nebeng kerana sikapnya yang suka menjeling. Ttp, percayalah, dia bukan begitu. Dia prihatin terhadap sahabat2nya. Hanis, sentiasa membina lawak yang mmg kelakar gilerr sampai boleh teringat bulan ke bulan. Nana, suka sgt menyanyi terutama sekali Korea's K-pop dan dia seorang yg sangat amanah. Rasyidah, seorang sahabat yg memahami dan mmg pakar bab2 cinta ni. Saya tabik dia, tp. itu bukannya makna dia pernah bercinta. Astaghfirullahal'azim, moga dijauhkan. Khadijah, plg warak dan suka mendengar luahan manusia lain. Bab2 agama mmg dia pakar. lastly, Aisya, seorang yang sgt suka membaca buku hinggakan dia boleh dikatakan pakar english. Ramai yang bertanya tentang mata pelajaran itu.
Kadang-kadang mungkin diorang tak sama dengan apa yang saya ceritakan. Yup! Manusia itu sikapnya selalu berubah-ubah. Tak ada yang kekal melainkan Allah.
Baiklah, i think just that for today. See u next time, my blog... ^-^
No comments:
Post a Comment