York Swirls

Friday, 18 September 2015

Kelas Sains

Assalamualaikum,

        Banyak benda yang saya pelajari tahun ni. Ada perkara yang happy, ada yang tak mana. Yang tak mana, kita ambil pengajaran darinya supaya tak berulang lagi di lain hari. Sangat sedikit saya posting tahun ni. Kali ni, saya nak cerita panjang.

Tahun lepas, saya target saya masuk Thanawi sebab result saya tak tersenarai dalam golongan Sains. Tapi, Allah takdirkan saya masuk Sains. Saya langsung tak sangka! Malah, terasa seperti keajaiban berlaku. Yalah, saya masih sekelas dengan semua ahli KAiSHA DAFHAE. Sep laki pun ada sekelas. Cuma ada yang pindah sekolah. Moga korang happy kat sana. Ada hikmah disebaliknya mungkin bila korang pindah. Result periksa saya tak berapa stabil mane. Kejap naik dan kejap turun. Dan, Alhamdulillah Ujian Selaras 2 ni dah naik gak sikit. Harapnya dapat terus menaik sebab tahun depan dah nak SPM. Tak sangka saya dah semakin tua. Hehe... Kawan2 baru dari sekolah lain pun ada yang jadi ahli kelas saya. 2 orang lelaki, Adib dari smasid dan Iqbal dari smkadg. 3 orang perempuan, Sajidah dari sma mahmudiah, Fatnun dari sma marang dan Saadah. Dia dari sekolah yang sama, cuma tukar kelas dari yang takde bio kepada ada bio. Macam2 cubaan yang kitorang hadapi dek aliran yang semacam tak sebati dengan kami. Kami langsung tak rasa cam kami dah jadi pelajar aliran sains. Cita-cita kami kebanyakannya tidak berkait dengan Sains pun tapi, itulah. Cikgu dah tentukan kelas kami, kkq kena bersama mengambil aliran sains. Ramai cikgu2 kami yg hebat2 pindah, sedih rasanya hati kami. Guru kelas kami, Cg Aida dari IQT sangat baik dengan kami. Dia sangat faham jiwa remaja kami. Banyak masalah kami, yang cikgu cuba selesaikan, terima kasih cikgu! Minta maaf kalu ada salah kami yang tak kami sedari buat cikgu terasa.

        Sampai sini sajalah cerita saya yang tak jadi nak dipanjangkan. Lewat betul saya ceritakan semua ni. Tak apalah daripada tak ada langsung cerita yang disampaikan.

Thursday, 9 April 2015

Hargai mereka

Assalamualaikum...

Masa terus berlalu. Rindunya zaman kecik2 dulu tapi, tak sabar nak hadapi kehidupan akan datang. Banyak cabaran tahun ni. Dengan keadaan asramanya, dengan sikap rakan dan ahli keluarganya, dengan kepimpinannya, dengan sekolahnya. Semakin masa berjalan, semakin tinggi tanggungjawab, semakin kita nampak apa peranan kita untuk hidup kat dunia ni.

Tahun ni, banyak cerita, banyak gelagat baru... tapi, itulah, mood nak bercerita tu dah semakin berkurang. Entry kali ni pun, saya bukan nak bercerita, tapi nak bermuhasabah diri ataupun boleh dikatakan tazkirah sekaligus mengajar saya menjadi lebih baik.

Kawan atau sahabat? Entahlah, saya kurang pendedahan tentang maksudnya. Apa pun, kita semua tahu, mereka itu manusia. Punya perasaan untuk berkasih sayang, disayangi dan menyayangi. Itulah antara fitrah kita sebagai manusia. Ada banyak lagi fitrah manusia, tapi biarlah saya bagi pendedahan pasal fitrah yang satu ni. Berkasih sayang. Islam ini muncul bersama perasaan sayang. Sebab itu ramai yang kasihkan Islam dan nak masuk Islam. Misalnya, dahulu kaum wanita menjadi  suatu kaum yang jijik, bila lahir sahaja bayi perempuan... mereka tanam kerana malu. Tapi, bila hadirnya Islam, kaum wanita mula dihargai malah dilindungi. AllahuRabbi. Tengoklah betapa murninya agama Islam ni. KeIslaman dalam diri kita berkurang bila kita tidak berkasih sayang. Ya, hilangnya kasih sayang,, kehidupan kita takkan jadi tenteram kerana dibelenggu kebencian. Banyak yang saya lihat, malah salah seorang kawan saya juga dah semakin berubah sebab kawan lain semacam pinggirkan dia kerana sikapnya yang x berapa okey. Sedih. Persahabatan kami sekelas tak seerat dulu, yang tak banyak mana gaduh sampai macam tu. Saya sayang semuanya, tapi, saya tak pandai nak tunjukkan. Minta maaflah pengunjung kalu tak faham. Tak perlu faham pun masalah saya. Tapi, mereka yang mengenali saya, saya mohon korang fahamkan. Aisya, kwan saya. Dia pindah sekolah lain.
Okeylah, setakat itu sahajalah. Sungguh, saya takde mood nak tulis banyak-banyak. Akhirulkalam, yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Walhal kedua-duanya datang dari Allah. Saya susun sepuluh jari, andai ada tersalah kata ataupun terguris hati.

saya amik ni dari fb nurel (cantik)

Wednesday, 24 December 2014

PT 3

Assalamualaikum~

Baru-baru ni 22 Disember 2014... telah diumumkan result PT 3. Adik saya 2 orang gi kem membaca, yang paling kecil duduk kat Taska. Jadinya, yang teman saya gi ambil result cumalah umi, kakngoh, kakcik ngan Eyman. Masa on the way ke sana, saya rasa sesak nafas je~ Disebabkan perasaan berdebar sangat... saya takleh nak siapkan kad untuk kawan2 saya. Ada yang dah siap dan ada yang belum. Sian diorang, nama tak tertulis di hadapan kad mereka. Dalam kad tu, saya sertakan lukisan saya dan sedikit pesanan dari saya (copypaste je... tp x ingat dari ane). Saya lukiskan 11 orang mengikut turutan KAiSHA DAFHAE. Huhu~ Sorilah kalau ada lukisan tu tak berapa berkenan di hati. >< Apa pun, saya sangat mengharap korang simpan dengan baik, okey?

Dalam dewan, saya duduk kat belakang... samalah dengan Dhirah ngan Syidah. Yang lain duk kat depan pastu terselit kat tengah tu, Dbah. Sekolah saya ada 3 orang yang dapat straight A dan salah seorang kawan saya. Pastu, yang 10 A ada gak 2 orang lagi. Tahniah korang sebab dapat dinobatkan sebagai pelajar cemerlang. Seramai lima orang daripada 10 orang terdiri daripada budak kelas saya. Rasa happy buat mereka. ^_^ Kemudian, barulah boleh amik result masing-masing. Result saya? Biarlah rahsia. Bukannya membanggakan sangat pun, tapi masih boleh disyukuri sebab dengan
 result saya tu, saya masih boleh stay sekolah maza. Lebih kurang 29 orang yang x leh stay, sian diorang. Harap-harap diorang dapat jaga diri baik-baik. Risau gak. Susah nak dapat tarbiah kat luar sana.

Selepas amik result tu, saya nangis. Sebab apa? Biar saya je simpan sebabnya. Takleh bagitau. Malu gak sikit sebab hidung jadi merah sangat. Kemudian, saya bagi kad tu kat lapan orang kawan saya. Dua orang lagi, Aisya ngan Dbah balik awal, jadi x sempat nak bagi. Mirah bagi gambar dan Rasyid lak bagi nama kat semua sep kelas. Pastu, ayah Nana dan beberapa orang ibu bapa kawan2 saya ambik gambar kitorang ngan pengetua dan guru kelas. Kitorang ingat nak ambik gambar dengan semua sep2 kitorang tapi, itulah... dah ada yang balik awal. Jadinya tak sempat. Moga berjumpa lagilah tahun depan. Mungkin tak sama kelas, tapi kalu masih boleh kawan... moga-moga berkekalan till jannah. Amin!!!

Then, Ustaz Rahim post pasal aliran form4 nanti. Hmm... bile tengok2, nampaknya saya kena ambil aliran Thanawi. Melalui sijil yang saya dapat, semuanya semacam ke arah Thanawi. Memang takleh masuk langsung aliran Sains. Tak apalah. Kita kena berfikiran positif. Mungkin ada hikmah disebalik setiap yang berlaku. Jadi, terima sajalah. Mana tahu, mungkin saya lebih sesuai di aliran Thanawi, kot. Insya-Allah!


 Lukisan saya...hehe (kad yg hanis punya)


gambar and nama yang diberi


Us. Rahim post dlm fb pasal syarat kemasukan



Thursday, 11 December 2014

Rindu lagi~

Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar!


Malam keesokan selepas saya tulis dalam blog, hehe.. ^^
Adik2 saya duk kat rumah, kakngoh ajak main water ice ngan The Killer,
Haikal lah yang paling happy bila diajak main water ice
Masa saya hok jadi tukang kejo, dia paling susah nak jadi ice..
Bila tengok budak hok beso dah ikut main, termasuk saya
Saya rasa rasa lawak gila! Ketawa sampai terguling-guling. >_<
Pahtu, baru adik saya Aiman pun mari, x jadi orh main computer...


Bila dia mari, baru start main the killer,
Haikal pun mengamuk lah sebab still mahu main water ice,
Huhu~ rindu tengok dia mengamuk, hehe...
Korang faham kan camne main the killer,
Saya malas nak taip panjang nak terang camne nak main the killer,
Tapi, denda orang hok x dpt teka dgn betul, dia akan ditabur bedak! Haha!
Bila main the killer eyh, teringat lop sep2 puang kelas saya,
Diorang suka main the killer... huhu~ rindu diorang!

Tuesday, 9 December 2014

Rindu ~ Sayang adik!

Assalamualaikum!! >_<


Masa cuti akhir tahun ni,
Umi saya masukkan adik saya ke sebuah kem membaca,
Saya tak pasti mana kat mana diadakan,
Kem membaca tu diadakan selama sebulan,
Kiranya dari 1 Disember hingga akhir disemberlah,
Diorang bertolak kul 9 pagi dan balik kul 12 tengah hari,
3 jam yang 2 orang adik saya luangkan kat sana cukup membuatkan saya rindu,
Rindu Hakimah dan Haikal,
Kalu diorang kat rumah mesti dengar kebisingan diorang,
Habis diorang belajar membaca kat sana...
Diorang terus pergi ke rumah abi (rumah pak sedara saya yg sulung),
Tak sempat nak jumpa diorang,
Semalam... saya cuma sempat tengok muka diorang sekali saja,
Sebab malam tu... mak su (mak sedara yg bongsu) ajak gi rumah pak uda (pak sedara kedua),
Sedeyh~~ Saya rindu nak tengok senyuman diorang, rindu nak usik2 diorang,
Huhu~ rindunya kat diorang.
Selain mereka berdua, adik saya dua orang lagi (Aiman & Izza) asyik luangkan masa kat rumah abi,
Saya jadi jarang gak main ngan diorang,
Aiman asyik bandingkan keadaan kat sana dengan kat rumah sendiri,
Saya akui memang banyak kelemahan kat rumah sendiri daripada kat sana,
Kata Aiman... kat sana ada tv, tapi kat rumah sendiri...tv rosak.
tv kat rumah saya rosak lama dah... dah berbulan-bulan,
Kata umi... umi tak nak beli yang baru dah sebab dah banyak kali rosak,
Di sebalik alasan tu, umi tak perlu bayar astro lagi... senang kat umi,
Yelah, umi tanggung kitorang sekeluarga.
Kata Aiman... kat sana ada budak laki yg boleh main ngan dia,
lelaki kat rumah saya cuma dua orang je, Aiman dan Haikal,
kat sana ramai, ada abang long, abang ngah, haziq, muaz~
Saya cuma boleh tengok diorang sume masa pagi nak bertolak je...
Masa tu, adik saya Aiman ngan Izza masih duk kat rumah,
Masa tu, adik saya Haikal dan Kimah tengah bersiap...
Rindu amat~


Tuesday, 2 December 2014

Rindu korang~

Assalamualaikum! ^^

Korang sihat tak?
Moga dalam keadaan sejahtera fizikal dan mental... hehe
Saya bosan giler ni duk kat rumah!
Tak sabar tunggu tahun depan, gi asrama! yippee ><
Jadi, saya citer jelah kisah mana pun.

Semalam...
Hehe... Saya main bedak ngan 2 orang adik saya~
Adik saya ada 6 orang... tiga dari mereka tido kat rumah sepupu saya,
rumah sepupu dekat je, jalan kaki satu minit je
Adik saya yang bongsu dah tido ngan umi saya..
2 orang adik saya tu darjah 6 ngan form 2.
Hehe... malam tu kitorang senyap2 makan megi
Pastu, baru start main bedak.
Habis sume warna putih!

Bila main bedak ni, saya teringat lak kawan2 saya
Kitorang main tepung, hehe..
Habis putih jilbab dengan tepung,
Muka takpelah... boleh sapu lagi.
Huhu~ rindu sep2 ni!
KAiSHA DAFHAE!! >_<

Sunday, 30 November 2014

Result~

Assalamuaikum!! ^_^

Cuti akhir tahun ni banyak benda yang berlaku ^^
Ada yang pahit sampai rasa nak marah, ><
Ada yang seronok sampai rasa nak lompat tinggi2! ^^

Hehe... baru2 ni kan keputusan UPSR baru diumumkan,
Adik saya ada sorang darjah enam,
Dia sorang je gi sekolah, ambik result,
Saya dan yang lain duk kat rumah... jaga adik,
Hampir sejam slps keputusan diumumkan, dia x balik2,
Dia dah kata... pah ambik result, nak bergambar puas2 nge kawan dia,
Disebabkan lama sgt, kakngoh tepon dia... tanya result.
Hehe... sori! Saya x boleh citer pasal result dia, rahsia ^^
Tapi, tak adalah yang gagal. Kira okeylah jugak.
Dgn resultnya, dia x boleh masuk sekolah sy ataupun sekolah kakngoh.
Tapi, apapun... umi saya gembira sebab akhirnya...
Ada jugak anaknya yang boleh duduk sama sekolah.
Adik saya masuk ke sekolah... tempat umi saya ajar.
Kata umi, Allah nak suruh acik buat pahalalah tu, tolong umi...
Fuh! Mujur umi x sedih... adik saya lak yang terlebih sedih.
Harapnya saya staylah kat sekolah saya (bdebar tunggu result PT3) >_<
Yang tu pasal keputusan UPSR...

Dan, baru sebentar tadi... adik saya tingkatan 2 check ranking dia,
Yang pekse akhir tahun, Alhamdulillah meningkat jugak akhirnya!
Saya sangat mengharapkan kalu dia masuk sekolah saya form 4 nanti,
Moga2 dapatlah~
Melihat satu persatu kebahagiaan adik2 saya dengan resultnya,
Saya jadi berdebar >_< Macam mana kalu saya dapat yang x okey?
Huh! Nauzubillah! Korang tolonglah doakan kejayaan saya, eh?
Doakan masa pose ke, masa abis solat ke...
Masa tu Insya-Allah termakbul! Amin!!!