York Swirls

Saturday, 31 May 2014

Jujur

Salam sejahtera semua!! ^^

          Entry kali ni saya nak citer tentang kejujuran. Rasanya korang semua tahu apa maksudnya jujur iaitu tidak menipu tapi tidak semua yang mengamalkannya. Padah ketidakjujuran memang sangat besar. Menipu pun boleh jadi dosa besar. Senang sungguh nak dapat dosa besar terutamanya bagi orang yang mulut murai. Kadang boleh jadi mereka salah kata, dan tidak mahu membetulkannya, tidakkah itu hanya menimbulkan salah faham yang besar?

          Okeylah, rasanya cukuplah mukadimahnya... Saya mahu ceritakan tentang seorang guru. Bagi menjaga keaibannya, saya tidak akan beritahu namanya dan sekolah mana. Saya cuma minta doa dari korang agar dia sedar akan kesalahannya dan bertaubat. Baru ni kan ada peperiksaan pertengahan tahun dan kami sekelas disuruh untuk menanda kertas. Walaupun kertas itu bukannya kertas yang sepenting BM, BI, MAT, SN dan BA, tapi kitorang tetap disuruh menjawabnya bagi menguji pengetahuan kami tentangnya. Apa gunanya belajar tentangnya tanpa diuji? Betulkan? Disebabkan soalannya melebihi daripada markah 100%, cikgu menyuruh kami memotong beberapa soalan. Ada yang suka dan ada yang tidak suka akan suruhan cikgu kerana kelas kami dan dua kelas lain sahaja yang diperlakukakan sebegitu sedangkan dua kelas lain, soalan tersebut dikira. Setelah markah dikira, ramai yang dapat gagal dan paling tinggi pun cuma 80% lebih sikit. Disebabkan itu, cikgu menyuruh kami untuk menambah 10% markah. Maka makin tinggilah markah setiap sorang. Tapi, agak menyedihkan juga sebab itu bukan markah kami yang sebenar. Hmm... bagaimana kalau kita dapat suatu pekerjaan dengan menipu? Saya ada dengar dari seorang ustaz, iaitu jawapan bagi soalan saya tu... gaji kita dikira tidak halal kerana mendapatkannya tidak mengikut tuntutan Islam yang menyruh kita jujur walau di mana jua. Seperti dalam pepatah yang mengatakan " Berkatalah jujur walaupun pahit". Cikgu-cikgu saya selain 'dia' amat menitikberatkan soal haram dan halal. Apabila kita makan dari sumber yang haram, maka hati kita sedikit demi sedikit akan mudah terjebak dengan perkara maksiat. Besarnya kejujuran dalam kehidupan kita. Maka, berhati-hatilah dulu sebelum berkata. Jadi, jagalah mulut kita. Elakkan bercakap kosong dan apabila tidak mengetahui sesuatu diamlah. Ianya lebih baik daripada menipu.

* Kalu salah, silalah betulkan. Kitakan manusia. Semuanya pernah berbuat salah walaupun hanya sekali. ^_^


Thursday, 10 April 2014

Tawakal

Assalamualaikum, semua!
Lama betul rasanya tak post dalam blog.
Apa boleh buat, saya ada peperiksaan penting tahun ni. Kalau nak stay skolah sama nak kene dapat straight A. So, kene usaha lebihlah. Memang agak sukar nak dapatkan A apatah lagi semua subjek kene A. So, tawakallah. Maksud tawakal ni bukannya reda je dengan apa yang dapat. Ia perlu disertai dengan usaha yang kuat. Doa gak tak boleh dilupakn. Habis pekse barulah reda. Ops, stop! Belum lagi, habis je pekse banyakkan solat hajat, doa dan zikir. Saya teringat sebuah cerita. Kisahnya begini, (berkait dgn tawakal)  ade seorang lelaki biarkan untanya begitu sahaja. Rasulullah pun menegur mengapa dibiarkan sahaja untuk tersebut tanpa mengikat tali pada pokok. Lalu, lelaki tersebut kata dia bertawakal. Lalu, disitulah Rasulullah menerangkan konsep tawakal yang betul iaitu usaha dulu baru lah tawakal. Sebaik sahaja mendengar penerangan Rasulullah, lelaki tersebut pun mengikat untanya pada pokok. Apabila kita tidak mengamalkan sikap tawakal dalam diri maka muncullah sifat putus asa dalam diri. Dan sesungguhnya sifat itu tidak disukai Allah dan Rasulullah. Okey, sambung pasal tadi... Memang abis je pekse, mesti mengharapkan keputusan yang cemerlang. Saya pun sama. Tapi, apa yang saya katakan reda ni kene ada rasa syukur apabila terima keputusan samada kejayaan mahupun kegagalan.

Percayalah, kita hanya mampu merancang namun sebaik-baik perancang ialah Allah SWT ^_^

Thursday, 13 March 2014

Hmm....

Assalamualaikum, semua! 

Lama dah rasanya tak menulis. Lebih kurang 2 atau 3 bulan gitulah. Itupun sebab tahun ni saya merupakan victim PPMR. Malas nak cakap pasal PPMR. Tapi, yang pasti kitorang tetap kena blajar bersungguh-sungguh. Bukan senang nak dapat straight dan tak susah juga. Apa pun, saya nak citer pasal peperiksaan TOV baru ni. Memang teruk giler lah markah. Turun secara mendadak. Saya dapat 4B 1D. Terkejut gile bila ade gak huruf D. Ini kali pertama saya dapat D dalam 5 subjek ni. But, don't worry. Ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku (meskipun nangis pah tahu result tu, tapi takpe kita kene bangkit kembali, okey?!) 

       Okey, kenapa saya boleh dapat result seteruk itu? Setelah dikaji, ( Ceh, cakap bukan main -.-") saya yang saya belajar tahun lepas ditinggalkan dan hanya pentingkan tahun ni je. Yang masuk pekse lak kebanyakannya soalan bagi form 2 ataupun form 1. So, ulangkaji yang tahun lepas dan jangan tinggalkan. Kita mungkin boleh mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Manalah tahu, kan? So, korang termasuk saya kene fighting sekuatnya but don't forget one thing that more important than learning. It is Allah. Kita niatkan dalam hati kita kita belajar ni untuk Allah. Selain dapat keberkatan dapatlah jugak pahala walaupun result tak setinggi mane. Belajar tu belajarlah sungguh2 dan doa tak boleh lupa, sembahyang wajib didirikan. 

       Dan, satu lagi. Yang ni selalu je melanda kat remaja zaman sekarang. 'Couple' . Stop coupling! Bahaya couple ni susah nak sebut. Very dangerous. Memalukan agama, keluarga dan diri sendiri. Jangan seronok sangat sebab orang couple ni kebanyakannya masuk NERAKA. Dalam Al-Quran ada sebut 'La taqrabu zina'. Jangan mendekati zina. Ha! Tengok ! Couple ni kan salah satu langkah mendekati zina. Memang kita tak niat nak zina pun. Tapi, kalau dah couple memang susah nak jauh daripada 'zina'. Tak kiralah zina jasmani ke, yang pasti korang akan zina hati, zina mata. Korang sayang tak diri korang? Mesti sayang kan? Korang nak ke gadaikan diri hanya untuk si dia yang belum pasti bakal jadi suami ataupun isteri. Mungkin korang dah target tapi mana kita tahu bila ajal kita bila waktu dia dan awak akan berpisah. 
Sahabat yang kusayangi, zina tu sangat menyakitkan. Ambillah pengajaran dari orang lain. Jangan sampai korang rasa dulu baru nak ambil pengajaran. Nanti, korang akan merana seumur hidup. Sayang kalau masa muda kita ni dibazirkan dengan perkara yang tidak berfaedah. Korang dengarlah nasihat saya ni. Saya mohon tinggalkanlah perkara2 maksiat ni. Jangan kena dulu baru nak taubat. Kasihanilah dia dan awak. Kasihan dia, keluarganya malu terima anak yang sudah takde dara sedangkan anak mereka belum berkahwin lagi. Banyakkanlah istighfar dan solat sunat taubat. InsyaAllah, Allah akan terima taubat kita selagi ada kesempatan. Insya Allah. 
 

Thursday, 26 December 2013

Study ngan kawan

Lebih kurang 10 hari yang lepas,
Saya dapat keputusan peperiksaan akhir tahun beserta surat2 pendaftaran sekolah.
Alhamdulillah keputusan saya meningkat! Mungkin sikit bagi korang tapi ianya sangat bermakna bg saya.
Dulu, saya dpt 2A sahaja dan kini meningkat menjd 4A. Syukur.
Tapi yg paling gembira skali markah Pendidikan Islam saya meningkat secara mendadak. Dulu, saya dpt B (76) dan s'kang dpt A (96). Bila dpt A tinggi camni saya ingat balik memori saya. Macam mana sy bpleh dpt markah setinggi ini? Rupanya saya dan sahabat saya yg pintar ini same2 study sblm pekse. Jd, saya perlu mengamalkannya selalu biar mudah utk menghafal. Time kasih Gendol . ^_^ ( Alhamdulillah dia pun dpt markah yg hebat dan berjaya menduduki tem. pertama)

Friday, 4 October 2013

Cita2 saya?

     Saya sering terfikir tentang apa yang akan berlaku pada masa depan saya?
Adakah saya jadi ustazah? pelukis komik? pengarang novel? ataupun tak jadi ape2?
     Susahlah nak fikir... sebab kadang2 saya fikir adakalanya pekerjaan yang itu menyeronokkan tapi kadan2 saya seniri tidak setuju dengan pekerjaan begitu...
     Tapi, bukan ke kalau kita kerja memang biasalah tu kalu ada yang tak seronok...
Yang tak seronok boleh jadi cabaran buat mereka yang fikir begitu...
     Okey, saya kene fikir baik2 satu persatu...

-Pengarang novel?
         Mengapa saya mahu jadi pengarang novel? Adkah disebabkan saya suka menulis tapi... selalunya saya cakap boloks so, mungkin kalau saya tulis ke mesti org lain tak faham. Apalagi kalau saya buat cerita... Mesti kuar bende yang ngarut... -.-"

-Pelukis komik?
         Orang lain selalu kata lukisan say cantik sebijik macam orang yang lukis komik...
Tapi, seperti yang saya katakan saya tak pandai buat jalan cerita... So, orng lain mungkin tak faham jalan cerita komik saya... 

-Ustazah?
         Hehe... yang ni saya suka kowt... Sebab, setiap kali saya mikir saya nak jadi apa2 pun... Saya selalu fikir 'Adakah ia membawa faedah untuk Islam, agama yang tercinta?' Tapi, yang saya risau ialah... saya takut salah ambil pandangan. Ramai yang sokong dan yakin saya ni bakal ustazah yang hebat (haha, hebat ke?) Hmm... I will think about it. 

        Apa2 pun saya kena belajar untuk buat sesuatu dengan lebih teratur...
Caranya? Hmm.. sediakan buku nota dan gunakan kata kuncinya iaitu : 4W1H + 1 Effect

copy from deviant

Thursday, 3 October 2013

Bukhari Team! (Futsal)



Sabtu lepas iaitu pada 28/9 ada musabaqoh futsal yang diadakan di pdg court Aspuri.
Form 1 dan form 2 ada. Tak campur laki dan puan. Saya tak ingat berapa kumpulan sebab memang ramai.
Kumpulan futsal kelas saya dinamakan sebagai 'Bukhari Team' (sempena nama kelas)
Mulanya masih berat hati nak bagi nama tu sebab teringat Nasi Bukhari pulak, tapi disbbkan Ustaz Zubir nak terus, so ambik sajelah. Boleh tahan sedap gok nama tu...
Kitorang ada wat pemilihan untuk masuk futsal melalui undian.
Tapi, disebabkan saya ni ada kerja menyambut orang luar mase tu, Nana ganti saya.
Then, saya terpilih masuk dan jadi simpanan. Ada hikmahnya...
Oh ya, tadi kan saya kata saya sambut orang luar kan. Saya sambut bdop dari SMK Raja Perempuan Ipoh. Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan 1,2 dan 4. Orang2nya macam hebat belaka. Masa mula2 tu, saya dan penyambut yang lain (pss dan ps form 4) duk dalam library. Menunggu kedatangan mereka. Pahtu, diorang pun dalam bilik bahasa arab. Ada lebih kurang 20 orang pelajar yang datang. Kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Saya pun ikut dibahagikan. Then, macam2lah yg diorng tanya pasal sekolah saya termasuk saya tanya pasal sekolah dia. Hebat! Sekolah mereka boleh ajak pelajar dari luar negara datang. Setakat ni belum pernah saya tengok kat sekolah melainkan sekali sahaja. Orang panggilnya ETA,  tapi saya x ingat dah apa maksudnya. Okey gitu2 jelah. Malas nk citer panjang. Nak citer psal futsal, tp tak pasal2 masuk tjuk lain pulak.. (Lawatan dari RPS- Raja Perempuan School - to KiZARS -King Zainal Abidin Religion School)
 Masa orang lain sibuk main, saya tukang bagi sokongan.
Tapi, si Dibah ni pandang saya semacam. Apa? Halus ngat ke suara saya?
Permainan pertama kami, kami tewas 3-0.
Uisy, jauh giler pd hal kitorang selalu main bola, tapi...
bukan main futsal, bola bayang.. hehe..
Permain terakhir kami paling awesome walaupun tak menang 0-0
Kitorang lawan dengan geng Kamelia.. hehe..
Sep2 ni mula riuh bila Kamelia gurau 'saya bagi RM1000 kalu Bukhari Team kalah'
Mujur takde sape menang... -.-"
Kesian team Kamelia dan team Bukhari...
Ada sorang pemainnya, bole terkena kat muka... (bahaya-mujur tak darah)
Pemain Bukhari lak jatuh sampai berdarah lututnya.
Nak kata kurng ajar, memang tak acilah sebab pemainnya pun kena jugak.
Tak pasal2 nanti musuh lak. Adooi....
Ni ade beberapa gambar yang sempat diambil (tp x sume saya letak)


yang ni masuk tanding, fighting!!!

~just watching~

Nana yang begitu fokus dengan tugasnya...

posing dgn bola... wiii!!! ><

Friday, 23 August 2013

My drawing ^__^

Salam sejahtera!

Entri kali ni saya nak tunjuk sedikit lukisan saya.
Saya ada wat lukisan ni untuk kawan saya.
Setiap daripada lukisan yang dilukis milik org yg berlainan.
Pling cantik lukisan Nana.
Hehe~ Sorry buat kawan2 yang lain.
Yang itu saya pilih sendiri untuk Nana supaya dia x merajuk.
Yang lain korang cabut sendiri.
Cuma dress je yang saya belum tunjuk kat diorang.
Nanti bila di sekolah, saya tunjuklah.
I really hope they like it.


Apa pendapat korang? Okey x? Hehe... sori gambarnya kecik dan ada sedikit contengan dari kawan2 saya.