Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk menulis di dalam blog. Fuhh !! Lama dah rasanya tak balik rumah. Semalam baru balik dari sekolah. Hari last selalu je ada homework yang diberi. Biaserr lah tu. Dah jadi rutin harian dah buat pelajar PT 3 cam saya ni. Lagi ada beberapa hari sahaja lagi nak PT 3. Tapi, adakah saya sudah bersedia? Entahlah... Bdop straight A sekolah saya sekarang ni pun dah semakin menurun kalau dibandingkan dengan budop tahun lepas. Menurun secara mendadak! Sekarang baru ade 2 orang dari sep tamayyuz yang dapat straight A. Kagum betul dengan diorang sebab diorang gak aktif menghafal. Banyak bende nak kene ingat. SubhanaAllah. Bila saya tengok diorang... saya sering teringat sesiapa yang menolong agama Allah, pasti Allah permudahkannya. Saya tak pasti sama ada itu hadis ataupun firman Allah. Apa pun saya kagum dengan semangat yang merka tonjolkan.
Semalam saya balik awal. Kul 12.30 tengah hari. Sepatutnya kul 2.30 petang, tapi sep PT 3 dan sep form 6 Atas ada temu murni... bolehlah balik awal. Tapi, umi tak sempat nak datang sebab umi saya ada kelas dengan sep2 pekse kat sekolah dia. Paling awal pun kul 12.30. Tapi, temu murni dah habis dah masa tu. Saya dan kawan saya tolong cikgu layan mak ayah yang nak amik keputusan pekse. Mak kawan saya tu pun takleh nak datang gak. Dia balik pun kul 4 petang. Lebih lewat daripada saya. Bila saya tengok sorang demi sorang mak ayah yang datang dengan kawan-kawan sekelas saya... saya asyik terbayangkan wajah mak ayah saya. Paling ketara masa ayah kawan saya, Aisya datang dengan anaknya. Rasa sebak tetiba bila tengok ayahnya banyak mengusik. Rasa rindu tetiba kat arwah ayah saya. Entah camne perasaan di bila tengok keputusan saya... Baru dapat 3A. PT 3 ada beberapa hari lagi. Dah tak sampai 2 minggu. Minggu depan lak sibuk dengan kem di Angulia kat Marang. Minggu seterusnya pekse penting So, I have to study smart and study hard. I want to strive for straight A!
ヅ 'ISLAM' is a 'school' ヅ 'DUNIA' is a 'Class' ヅ 'WE' are 'Student' ヅ 'QURAN' is 'Syllabus' ヅ'SOLAT' is 'Practical' ヅ 'MUHAMMAD (S.A.W)' is 'teacher' ヅ 'ALLAH' is Examiner' ヅ 'Qiamat' is date of 'Result' ヅ 'Jannah' is the best 'reward'.
York Swirls
Thursday, 2 October 2014
Thursday, 18 September 2014
Iman adalah Mutiara
Waktu lapang selama seminggu agak membosankan kalau hanya dihabiskan dengan chatting dalam facebook je, tak pun wat kerja sekolah. Jadi, saya gunakan sedikit untuk membaca buku-buku ilmiah kepunyaan ayah saya. Kadang-kadang kalu bosan sangat, saya tonton televisyen... tp, disebabkan remote control rosak dan umi saya dah x nak beli yg baru sbb dah byk kali dah beli... jadi saya bacalah buku. Buku terjemahan tafsir ibnu katsier jilid 8. Entah zaman bila buku ni... =,= dah berhabuk dah sbb takde sape nak sentuh...
Tajuk entry saya dah tunjuk dah apa yg saya nak bicarakan kali ni.. saya just nak kongsikan sikit tentang apa yang saya baca dan ada sesuatu yg menarik bg saya tentang apa yang diceritakan melalui buku tersebut. Intro punyalah panjang lebar...
Okey, sekarang baru nak masuk tajuk utama! Seperti yang kita pernah belajar semasa di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah... iman itu ada enam perkara. Itu semua adalah perkara asas buat umat islam. Menurut apa yg saya bacalah Rasulullah pernah bersabda:
"Sesungguhnya seutama-utama iman, jika Anda mengetahui bahawa Allah selalu bersamamu di mana saja Anda berada" (R. Abu Naiem)
Hebatnya manusia beriman dengan sungguh-sungguh! Yelah, kan org yg beriman tu sering membayangkan Allah sdg melihatnya lalu melakukan kebaikan tanpa mengira waktu. Tapi, itu org yg takut kepada Allah. Lebih baik jadi insan yang mencintai Allah sebab dia akan lakukan setiap suruhan hanya kerana dia cintakan Allah. Rela melepaskan nikmat dunia semata-mata mahu mengejar nikmat akhirat. Moga-moga kita menjadi salah satu daripadanya iman juga boleh jadi seperti cahaya kerana kehadiran iman akan menerangi diri kita sewaktu di akhirat nanti. Percayalah nikmat di akhirat itu ada cuma ia tidak dapat dibayangkan kerana ia sangat luar biasa hebat. Malah, ada firman Allah yang mengatakan bahawa air sungai yang mengalir ada lebih putih daripa susu dan lebih manis daripada madu. SubhanaAllah! Ciptaan Allah sungguh hebat!
Dengan kehadiran iman yang teguh, insyaAllah tak susah nak dapatkan syurga. Sblm saya baca buku ayah saya, saya ada baca buku Cinta High Class karya gabungan sepasang suami isteri iaitu Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi. Daripada karangan mereka yang dinovelkan, saya faham cinta Allah itu adalah lebih utama. Cintakan Allah... InsyaAllah syurga kita peroleh. Bila kita cintakan Allah, kita takkan pedulikan apa kata orang tapi lebih mengutamakan apa kata-kata Allah terhadap amalan kita. Saya ada follow satu website ni dan sering kali membaca cerita-cerita yang disampaikan. Saya paling suka cerita orang yang berjihad ke jalan Allah dan yang berkait (kebykannya memang berkait). Ada sebuah cerita yang saya nak kongsikan tapi... susah nak cari sebb byk sangat website tu kongsikan... jadi, susah saya nak selongkar satu persatu. =,=
Tapi, apaun saya nak kongsikan 12 kunci kesenangan yang saya dpt melalui website tersebut:
1-Kunci Kemuliaan adalah Taat Perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW>
2-Kunci Rezeki berusaha berserta Istighfar da Taqwa.
3-Kunci Syurga adalah Kalimah Tauhid.
4-Kunci Iman adalah Tadabbur Ayat Al-Quran dan kepada ciptaan Allah SWT.
5-Kunci Kebaikan adalah bersikap benar.
6-Kunci Menghidupkan Iman adalah Tadabbur Al-Quran dan Menghidupkan Malam Hari dengan ibadat.
7-Kunci Ilmu adalah bertanya perkara yang baik dan hanya mendengar perkara yang baik.
8-Kunci Kemenangan dan Kekuasaan adalah Kesabaran.
9-Kunci Kejayaan adalah Taqwa.
10-Kunci Bertambah Rezeki adalah Bersyukur.
11-Kunci Cintakan Akhirat adalah Zuhud di dunia.
12-Kunci Segala Permintaan adalah Doa
Saturday, 26 July 2014
Solat Tarawih
Bestnya!
Hari ni kali ketiga saya ke masjid kat kampung saya untuk solat tarawih.
Huh, teruk betullah saya ni.
Dalam 9 tahun saya duk kat kampung, hanya 3 kali je saya pernah masuk masjid kat kampung saya.
Tapi, kalu nak dibandingkan, tahun ni paling banyak gi masjid. Nanti, solat sunat idilfitri pun kat sana. Tak sabarnya menanti saat itu. Tak sabar sebab selepas solat kitorang (tak kisahlah sape2) akan saling bersalaman. Indahnya saat hati-hati ni saling menyatu memohon kemaafan walaupun tak pernah jumpa.
Lagipun, saya susah nak cari saat ni sebab duk kat asrama.
Kalu saya tak sekolah kat sana, mungkin saya akan sekolah yang dekat-dekat je.
Bertambahlah kenalan nanti, especially kalu rumah kawan dekat.
Makin seronok sebab dapat ziarah menziarahi.
Uish, jauh saya melangkah padahal nak citer pasal solat tarawih kat masjid je... -.-"
Kali pertama solat tarawih kat sana adalah semalam. (Huh, baru semalam -.-")
Itupun sebab tokwan yang ajak. (tokwan- ibu kpd ayah saya)
Yang mengikut sama adik saya, Kakngoh dan sepupu saya, Ya dan Kak Teh.
Haikal (adik saya) pun ikut sama, tapi dia balik awal. (budak tu dari awal lagi main je tahu)
Mula-mula kitorang solat isyak (solat maghrib kat rumah je) pastu solas start solat tarawih.
Selepas solat tarawih empat rakaat, imam bagi tazkirah pasal malam lailatul qadar. ( jiran sebelah aka imam)
pastu baru sambung solat empat rakaat lagi.
Kemudian solat witir dua rakaat, esok sambung satu rakaat lagi kul 3 pagi. (huh, saya x bangun lagi mase tu)

don't trust it!!!
okey, yang tu jelah kot dari saya.
moga-moga ramadan kita tahun ni dberkati Allah, Amin! ^_^
Main sudoku
Sudoku...
Baru-baru ni, sekolah saya anjuran PSS mengadakan pelbagai pertandingan, antaranya kuiz teknologi, eksplorasi, buat kad guna komputer, melukis potret, sudoku dan banyak lagi. Saya taklah ingat semuanya meskipun saya gak salah seorang PSS. Saya ada sertai dua pertandingan dan salah satunya pertandingan sudoku. Alhamdulillah dapat johan.Hehe... . Kemudian, minggu seterusnya ada jualan buku. My only favourite thing. Dan, ada gak buku sudoku terjual. Saya minat sudoku, tapi taklah sangat.
Masa saya form 1 saya start main. Baru tahu camne nak main mase tu. Mulanya rasa bosan dan geram sebab selalu letak nombor kat tempat yang salah. Tapi, saya tetap rasa nak main. Pada tahun seterusnya, saya beli buku sudoku. Taklah tebal sangat. Nipis je buku tu. Bila bosan, saya pun main. Tahun ni, mase form 3 makin terasa keseronokan main sudoku sebab sahabat-sahabat ada jugak yang suka main. Diorang kongsikan teknik-teknik merela. Apabila dah banyak teknik yang bergabung, maka sudoku dapat siap kurang 30 minit.
Menurut apa yang saya baca, sudoku ni ada kelebihannya tersendiri. Melalui kosmo online, saya dapat tahu bahawa sudoku ni dapat penyakit yang berhubung kait dengan sakit tua spt nyanyuk dan alzheimer. Pastu, saya cari lagi maklumat pasal kelebihan sudoku dan adalah jumpa satu blog ni. Melalui blog tersebut, kak miezah kata sudoku dapat meningkatkan logik daya fikir dan ketelitian, menajamkan imaginasi, kreatif dan inovatif serta merangsang sel otak menjadi aktif. Katanya juga Sudoku menekankan pada logika akal, maka logik yang tepat itu perlu untuk menyelesaikannya (berbeza lavel,berbeza logik pun berbeza). So,dari sini, kita melatih otak kiri kita yang bekerja secara sistematik.Bukan hanya berhenti di situ, dengan bertambahnya level kesukarannya.Kita juga dituntut untuk kreatif mencari solution kepada masalah tesebut. Dari pandang sisi ini, kita dilatih juga otak kanan yang bekerja secara kreatif.
So, siapa-siapa yang tak mahu ada penyakit nyanyuk cubalah berjinak-jinak dengan permainan sudoku. Ajaklah kawan-kawan ataupun ahli keluarga main bersama. Pasti seronok kalau main ramai-ramai. Tapi, semangat yang kental dalam diri tu nak kena ada sepanjang masa. Bukan sudoku sahaja yang boleh elakkan penyakit nyanyuk tu, membaca Al-Quran pun boleh gak sekali gus bertambah pahala.
Saturday, 31 May 2014
Jujur
Salam sejahtera semua!! ^^
Entry kali ni saya nak citer tentang kejujuran. Rasanya korang semua tahu apa maksudnya jujur iaitu tidak menipu tapi tidak semua yang mengamalkannya. Padah ketidakjujuran memang sangat besar. Menipu pun boleh jadi dosa besar. Senang sungguh nak dapat dosa besar terutamanya bagi orang yang mulut murai. Kadang boleh jadi mereka salah kata, dan tidak mahu membetulkannya, tidakkah itu hanya menimbulkan salah faham yang besar?
Okeylah, rasanya cukuplah mukadimahnya... Saya mahu ceritakan tentang seorang guru. Bagi menjaga keaibannya, saya tidak akan beritahu namanya dan sekolah mana. Saya cuma minta doa dari korang agar dia sedar akan kesalahannya dan bertaubat. Baru ni kan ada peperiksaan pertengahan tahun dan kami sekelas disuruh untuk menanda kertas. Walaupun kertas itu bukannya kertas yang sepenting BM, BI, MAT, SN dan BA, tapi kitorang tetap disuruh menjawabnya bagi menguji pengetahuan kami tentangnya. Apa gunanya belajar tentangnya tanpa diuji? Betulkan? Disebabkan soalannya melebihi daripada markah 100%, cikgu menyuruh kami memotong beberapa soalan. Ada yang suka dan ada yang tidak suka akan suruhan cikgu kerana kelas kami dan dua kelas lain sahaja yang diperlakukakan sebegitu sedangkan dua kelas lain, soalan tersebut dikira. Setelah markah dikira, ramai yang dapat gagal dan paling tinggi pun cuma 80% lebih sikit. Disebabkan itu, cikgu menyuruh kami untuk menambah 10% markah. Maka makin tinggilah markah setiap sorang. Tapi, agak menyedihkan juga sebab itu bukan markah kami yang sebenar. Hmm... bagaimana kalau kita dapat suatu pekerjaan dengan menipu? Saya ada dengar dari seorang ustaz, iaitu jawapan bagi soalan saya tu... gaji kita dikira tidak halal kerana mendapatkannya tidak mengikut tuntutan Islam yang menyruh kita jujur walau di mana jua. Seperti dalam pepatah yang mengatakan " Berkatalah jujur walaupun pahit". Cikgu-cikgu saya selain 'dia' amat menitikberatkan soal haram dan halal. Apabila kita makan dari sumber yang haram, maka hati kita sedikit demi sedikit akan mudah terjebak dengan perkara maksiat. Besarnya kejujuran dalam kehidupan kita. Maka, berhati-hatilah dulu sebelum berkata. Jadi, jagalah mulut kita. Elakkan bercakap kosong dan apabila tidak mengetahui sesuatu diamlah. Ianya lebih baik daripada menipu.
* Kalu salah, silalah betulkan. Kitakan manusia. Semuanya pernah berbuat salah walaupun hanya sekali. ^_^

Thursday, 10 April 2014
Tawakal
Assalamualaikum, semua!
Lama betul rasanya tak post dalam blog.
Apa boleh buat, saya ada peperiksaan penting tahun ni. Kalau nak stay skolah sama nak kene dapat straight A. So, kene usaha lebihlah. Memang agak sukar nak dapatkan A apatah lagi semua subjek kene A. So, tawakallah. Maksud tawakal ni bukannya reda je dengan apa yang dapat. Ia perlu disertai dengan usaha yang kuat. Doa gak tak boleh dilupakn. Habis pekse barulah reda. Ops, stop! Belum lagi, habis je pekse banyakkan solat hajat, doa dan zikir. Saya teringat sebuah cerita. Kisahnya begini, (berkait dgn tawakal) ade seorang lelaki biarkan untanya begitu sahaja. Rasulullah pun menegur mengapa dibiarkan sahaja untuk tersebut tanpa mengikat tali pada pokok. Lalu, lelaki tersebut kata dia bertawakal. Lalu, disitulah Rasulullah menerangkan konsep tawakal yang betul iaitu usaha dulu baru lah tawakal. Sebaik sahaja mendengar penerangan Rasulullah, lelaki tersebut pun mengikat untanya pada pokok. Apabila kita tidak mengamalkan sikap tawakal dalam diri maka muncullah sifat putus asa dalam diri. Dan sesungguhnya sifat itu tidak disukai Allah dan Rasulullah. Okey, sambung pasal tadi... Memang abis je pekse, mesti mengharapkan keputusan yang cemerlang. Saya pun sama. Tapi, apa yang saya katakan reda ni kene ada rasa syukur apabila terima keputusan samada kejayaan mahupun kegagalan.
Percayalah, kita hanya mampu merancang namun sebaik-baik perancang ialah Allah SWT ^_^

Thursday, 13 March 2014
Hmm....
Assalamualaikum, semua!
Lama dah rasanya tak menulis. Lebih kurang 2 atau 3 bulan gitulah. Itupun sebab tahun ni saya merupakan victim PPMR. Malas nak cakap pasal PPMR. Tapi, yang pasti kitorang tetap kena blajar bersungguh-sungguh. Bukan senang nak dapat straight dan tak susah juga. Apa pun, saya nak citer pasal peperiksaan TOV baru ni. Memang teruk giler lah markah. Turun secara mendadak. Saya dapat 4B 1D. Terkejut gile bila ade gak huruf D. Ini kali pertama saya dapat D dalam 5 subjek ni. But, don't worry. Ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku (meskipun nangis pah tahu result tu, tapi takpe kita kene bangkit kembali, okey?!)
Okey, kenapa saya boleh dapat result seteruk itu? Setelah dikaji, ( Ceh, cakap bukan main -.-") saya yang saya belajar tahun lepas ditinggalkan dan hanya pentingkan tahun ni je. Yang masuk pekse lak kebanyakannya soalan bagi form 2 ataupun form 1. So, ulangkaji yang tahun lepas dan jangan tinggalkan. Kita mungkin boleh mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Manalah tahu, kan? So, korang termasuk saya kene fighting sekuatnya but don't forget one thing that more important than learning. It is Allah. Kita niatkan dalam hati kita kita belajar ni untuk Allah. Selain dapat keberkatan dapatlah jugak pahala walaupun result tak setinggi mane. Belajar tu belajarlah sungguh2 dan doa tak boleh lupa, sembahyang wajib didirikan.
Dan, satu lagi. Yang ni selalu je melanda kat remaja zaman sekarang. 'Couple' . Stop coupling! Bahaya couple ni susah nak sebut. Very dangerous. Memalukan agama, keluarga dan diri sendiri. Jangan seronok sangat sebab orang couple ni kebanyakannya masuk NERAKA. Dalam Al-Quran ada sebut 'La taqrabu zina'. Jangan mendekati zina. Ha! Tengok ! Couple ni kan salah satu langkah mendekati zina. Memang kita tak niat nak zina pun. Tapi, kalau dah couple memang susah nak jauh daripada 'zina'. Tak kiralah zina jasmani ke, yang pasti korang akan zina hati, zina mata. Korang sayang tak diri korang? Mesti sayang kan? Korang nak ke gadaikan diri hanya untuk si dia yang belum pasti bakal jadi suami ataupun isteri. Mungkin korang dah target tapi mana kita tahu bila ajal kita bila waktu dia dan awak akan berpisah.
Sahabat yang kusayangi, zina tu sangat menyakitkan. Ambillah pengajaran dari orang lain. Jangan sampai korang rasa dulu baru nak ambil pengajaran. Nanti, korang akan merana seumur hidup. Sayang kalau masa muda kita ni dibazirkan dengan perkara yang tidak berfaedah. Korang dengarlah nasihat saya ni. Saya mohon tinggalkanlah perkara2 maksiat ni. Jangan kena dulu baru nak taubat. Kasihanilah dia dan awak. Kasihan dia, keluarganya malu terima anak yang sudah takde dara sedangkan anak mereka belum berkahwin lagi. Banyakkanlah istighfar dan solat sunat taubat. InsyaAllah, Allah akan terima taubat kita selagi ada kesempatan. Insya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)