York Swirls

Friday, 5 July 2013

sian bonda...

Ari ni ada kelas malam BI,
Kul 9 tuh, kitorg cari cikgu Anita,
Kate bonda,kunci bilik seminar bonda lupa nak amik,
bonda tanya lu, nak tangguh kelas atau wat kelas kat lain,
ramai yg sepakat wat kat lain sbb tak sanggup tunggu lagi,
jadi, bonda pun wat kelas kat dewan selera aspuri,
hanya akhwat je yg gi, ikhwan tak gi langsung,
masa dlm dewan selera, ada ke patut bonda bg kebenaran bukak tv,
dahlah malam ni ada citer ssid,
konpem takde org dengar bonda ngajo,
bonda tukar tempat lak,
kali ni kat musala,
tp malangnya hanya lebih kurang 25 org shj yg pergi sdgkan ada 30 lebih,
yg lain tengok citer ssid lake,
kelas saya kecuali Nana sepakat tak nak tengok walaupun teringin,
pelajaran perlu diutamakan, betul tak?
ini gambar bdop kelas saya duk kat musala,
seronok betul posing2 ni. ^_^





masa apresiasi kecemerlangan...

Khamis 4 julai
 
Aduh, mlm td dah announce, katanya kene pakai baju batik ari ni.
Tapi, yg jadinya.. kbykn org pkai baju ulama dan umara.
Saya rasa spt saya sorang je pakai baju batk dlm form 2.
Sep2 kelas saya gop pkai baju ulma dan umara.
Argh! ikut sukalah.
Pasti ada hikmahnya kan? ^_^
apa hikmahnya?

 Erm, masa saya tengah susah hati nak tengok gak org yg dpt anugerah,
dan Allah dgr rintihan saya.
ADalh sorg insan ni gi mintk tolong say ganti sorg bdk tmayuz yg dpt augerah.
 Dsbbkan sy pakai baju batik, saya pun tolong ajelh.
Lagipun ade sebuah hadis ni suruh tolong kwn.
Kalu kita tolong kwn kita yg sdg kesusahan bersamaan iktikaf dlm masjid slama 2bln.
Dgrnya bdk tmayyuz tu ada tanding petanque ari ni.
 Pahtu bila dah masuk dlm Dewn saya tjumpa kak farah ngan kak nisma.
 Diorg kak bilik saya thn lps.
TP, kwn2 saya selalu cari gaduh ngan diorg.
 Jadi, saya batalkan niat nak sapa.

Balik je dari dewan fikri saya tepon umi, nak datang ambik kul wape?
 Umi kata dah nak sampai.
Jadi saya pun teruslah gi ke bilik kemas apa yg patut.
Then, saya nmpak sep2 kelas saya tgh lepak dlm musala.
 Sya dgr diorg tgh lapar.
So, saya bagilah roti saya kat diorg.
 BIla tengok diorg rasa syukur dpt gk makan, hati saya rasa tenang, mungkin mrk doakan kesejahteraan saya kot.
Thanks, friend!
Sapai kat umah,  baru saya teringat yg kakngah tak balik. Sedh gilerr sbb tak dok org nok kongai citer walaupun adaadik yg ramai (6 org). K, sapai ini jelah saya kongsi citer. Sekurang-kurangya takdelah sesawang datang singgh sini.
SALAM  RAMADAN!

Thursday, 30 May 2013

Jangan main api!

Tengah syok tengok citer,
Saya terbau sesuatu yg terbakar,
Asap berkepul-kepul kat luar rumah,
Hati mahu tahu apa yang berlaku,
Rupa2nya adik2 saya main api dan bakar daun kering,
Umi yang baru sedar ttg tu mula panik,
Umi risau kalu api merebak ke rumah jiran,
Angin pun bertiup kencang gak,
Dan krisauan umi benar2 terjadi,
Umi marah cik semarah-marahnya,
Cik jadi takut bile tengok umi mengamuk,
Dia menyorok dlm bilik tp akhirnya keluar,
Saya, cik, umi dan adik2 bertungkus lumus memadamkan api,
Bukan main takut lagi kitorang bile tengok api merebak,
Api yang merebak semakin membuas,
Kitorang x putus asa,
Jiran kitorang lak kebetulan xde kat umah,

Alhamdulillah....
Lega hati ni bila api dah terpadam,
Jilbab saya lak dah berbau,
Terpaksalah basuh jilbab ni, 
Sebab esok nak gi Giant,
Beli barang2 keperluan...

Terima kasih ya Allah,
Dengan izin Engkau api itu terpadam,
Kalau tak, tak tahulah saya apa nak buat,
Cuba bayangkan kalu api x terpadam,
Api itu terus merebak sehingga membakar rumah,
Seram rasanya hati ni,
Di mana keluarga saya mahu tinggal?

Jangan main2 dgn api sbb kalu api dah besar, malapetaka datang...

Thursday, 23 May 2013

Kerana form 2

Bdop baru hok masuk sekolah saya,
Kebanyakannya rasa menyesal krn pernah simpan impian,
Untuk bersekolah di sekolah saya,
Terutama sekali bagi pljr yg  duk kat blok saya,
Blok yang dikuasai pelajar form 2,

Siapa yang tidak rasa sedih,
Melihat sikap rakan2,
yg sering mengganggu ketenteraman orang,
yg sering membuat org menangis,
yg sering buat org putus asa... lemah semangat...
Saya pun sedih gak,
Sbb tahun saya , form saya inilah yg plg byk wat masalah,
ketua bilik saya pun sedih jugak,
alhamdulillah stakat ni dia x marah2 lagi,
kalu dia marah, x tahulah bende buruk apa lagi yg bakal terjadi,
kasihan dia, selalu disindir setiap kali menyampaikan pesanan,
kasihan dia, tdk dpt menghafal dgn tenteram krn tiada yg hormat,
kerana itulah, dia slalu tidur kat bilik lain,

Bukan bilik saya sahaja,
bilik lain pun kena, malah lebih lagi,
Ya Allah terasa berat je hendak menyebarkan senyuman,
kepada mereka yg telah byk membuat kerosakan,

Dulu sekolah saya dipuji  berlambak-lambak,
Kerana terkenal dengan kealimannya,
Tapi semuanya sudah hilang ditelan kenakalan form saya,

Oh sahabatku,
Aku merayu padamu,
Kasihanilah dirimu sendiri,
Kerana sikapmu dirimu diumpat teruk,
Kerana suaramu dirimu dihina besar-besaran,
Malah ada yang menggelarnya sebagai 'PELACUR'
Sabarkan hatimu,
Berfikirlah sebelum bertindak,
Senyumlah selalu,
Jangan marah dahulu.

SAAYAANG KAMU.<3

Thursday, 2 May 2013

1/4/2013 - sedih

Hari ni ada perasmian kempen membaca buku, program Nilam dan Drop A Book.
Dirasmikan oleh seorang pegawai yang merupakan bekas pelajar sekolah saya.
Selesai sahaja masjlis, saya balik ke kelas dan tertidur.
Entah mengapa saya rasa ngantuk dan letih.
Sebaik sahaja saya bangun tido, kawan saya...
sume bdop puan kelas saya takde...
Yang ada HANYA LELAKI,

Saya keluar dari kelas, dan tengok bawah,
Diorang turun tak ajak saya?!
Sampai hati, saya rasa nak nangis dah,
Diorg tinggalkan saya sorang2 dgn bdop laki...,
Hati saya rasa geram sangat,
Saya terus pergi ke tandas dan basuh muka,
Mereka betul2 tinggalkan saya...
Ini bukannya mimpi,
Ini kali pertama mereka lupakan saya,
Sungguh hati saya rasa sedih sangat,
Saya takut duduk sorang2,
Teringat pula saya akan kenangan pahit yg dulu...

Saya masuk semula dlm kelas,
Mujurlah seplaki dah turun semuanya,
Saya pergi tengok jadual,
Masa BI, mesti diorang pergi ke pondok,

Yap, betul jangkaan saya,
Setibanya saya di sana, diorng pnggil nama saya,
Saya mencebik, hati saya rasa meluat sangat,
Menyakitkan hati betul,
Tak nak dah layan diorang,
Saya jauhkan diri dari diorang,
Sukalah korang ya, buat org sedih, buat org sakit hati, huh?!
Kali ni, diorg dah melampau

Saya menangis, saya luahkan semunya dgn tangisan,
Saya sedar ada org tngok, laki dan pompuan,
tapi saya tak boleh dah tahan,
letih sangat dengan permainan mereka,
Diorang bagi saya tisu,
Untuk saya lap air mata saya,
Saya biarkannya seketika, tapi saya kasihan,
Ya Allah, adakah mereka sengaja atau x?
Meninggalkan saya sorng2 dlm kelas?

Habis masa BI, mereka ucap mintak maaf byk,
Saya diam, lngsung tak beri reaksi,
Nana mintak saya senyum,
Saya senyum skit je, tapi hati masih marah,
Pastu saya masam semula
Nana bisik kat saya "Kitorng x sedar pun awak ada dlm kelas (saya tgh tido mase tu). Baru sedo bila sampai kat pondok. Itupun MJ bagitau yg awak duk sorng dlm kelas"
Time kasih, MJ. Tapi, sori... saya langsung x de mood ni

Wednesday, 27 March 2013

Senyum sokmo deeeeh

I want to share one advice to you,
my dear friends,

Lama sudah ku sedar,
Namun baru sekarang ku kongsikan,
waktu latihan kalam jamaie,
hati saya dan diri saya rasa streees sangat,
rasa geraaaam sangat,
sbb tak ada kerjasama,
tak ada kesungguhan,
tak ada sikap hormat,
tak ada sikap disiplin,

Siapa yg x geram dgn sikap mrk yg KO tu,
Saya yg cuma rakan mrk dah rasa sakit hati,
Apa lagi conductor dan cikgu2 sekalian,
Kalu diikutkan hati, saya nak marah diorg dgn semarah-marahnya,
Kalu diikutkan akal, saya nak bagitau sambil nangis betapa susahnya pengorbanan cikgu2 yg tabah mengajar,
Tapi, saya tak wat sume tu,
Saya cuma diam sahaja,
Kemarahan saya, saya simpan dlm hati,
Cuba jadi manusia yg tabah dan saya x nak dimusuhi,
Kenapa saya maksudkan x nak dimusuhi,
Sbb mereka selalu berfikiran buruk dan bknnya suka sgt pun b'kwn dgn insan cam saya,
Kenapa saya yakin mereka x sukakan saya?
Sbb mrk selalu jeling saya cam saya ni x baik,
Mrk selalu umpat org dpn mata saya (risau gak mrk buat begitu dan umpat pasal saya)

Dhirah bagi kebenaran sape2 yg nak gi tandas,
So, I follow Aisya ke tandas,
Masa tu, saya rasa nak nangis,
Jd., saya nangis jelah, saya x leh tahan lama2,
Bila latihan diulang semula,
Saya cari semangat baru dgn terus senyum,
Sedih senyum, marah pun senyum,
Then, saya rasa happy sgt sebb x rasa cam tadi,
Rasa sedih dan sakit hati,
Masa tulah saya sedar sesuatu,
Senyum itu menghilangkan hati yg duka,
So, my friends,
Marilah kita terus senyum walaupun hati ni tgh sedih!
Okey?! ;)

Thursday, 21 March 2013

Seloka kelas (for girls)

Wan Khadijah diberi nama,
Orangnya ayu x terkata,
Sentiasa buat muka selamba,
Walau malu x terhingga,

Zahari adalah nama bapanya,
Novel di tangan x kira masa,
Speaking BI terror gila,
Aiyaturradiah adalah gerangannya,

Beybeyh menjadi pengganti nama,
Mapuh ke org seroh ke dye,
Rasyidah pemilik gelaran dicipta,
Suka ketawa sampai gila,

Farzana Naqiyah gadis jelita,
Jawatan bendahari disandang olehnya,
Tersenyum manis sampai ke telinga,
Minta duit x kira masa,

Kreatif dan perasaan bagi kat dia,
Apabila marah bergegar dunia,
Sikap pemurah ada padanya,
Amiratul Huda adalah gerangannya,

Mata bulat penghias mata,
Rajin macam Mujahid juga,
Nak rosak penyapu direbut mereka,
Adibah dan Mujahid gandingan bersama

Kerusi jatuh dia punya kerja,
Empunya diri bercermin mata,
Hanis Syazwina diberi nama,
Nakal bolox jadi sikapnya,

Penolong kelas jawatan padanya
gendol menjadi gelaran baginya
cakap bolox x kira masa
Anisah garang macam singa

Dhirah anak Harun ini ceritanya,
Feeling terlebih tak kira masa,
Karam Singh Walia idola tercinta,
Ngamuk sakan habislah kita,

Hilang adab apabila sendawa,
Bunyinya kuat x terhingga
Dia ni orang yg sgt power,
Iqah jgn marah saya,

Berwajah putih ceria orangnya,
Diberi gelaran ayam serama,
Ketawa hingga x ingat dunia,
Itulah dia si Amirah kita

Ini hanya untuk gembira,
Jangan marah jangan terasa
Lain hari tukar cerita
Kalau nak balas sila-silalah ye