York Swirls

Showing posts with label asrama. Show all posts
Showing posts with label asrama. Show all posts

Friday, 5 July 2013

famous?

Hmmm...                                                                                                              

saya famous x ye kat sekolah.
Saya bknlah hotstuff sgt.
Tp, sekurang2nya adalah jugak org yg kenal.

Apsal tetiba bukak tajuk pasal bende ni lak?
Ari tu, sdik saya ada dtg kat asrama.
Dia tanya sorang2, kenal x kakak saya.
Sebut je nama saya, diorg kata ya.

Mungkin saya rapat kot dgn sep2 form 1. Yelaaa..., saya kan ade ramai adeq, jd snglah saya nak mesra dgn budop kecik. Saya pun mmg sukakan bdop kecik yg suka senyum2 kat saya. Yela... senyum tu kan sedekah. Selain itu, ia dpt merapatkan lagi hubungan kita dgn kawan2.

Saya mmg suka senyum kat kawan2 saya except for guys. Saya xnak diorg fikir says ni goda mreka lak. Kalu diorg x tahan nafsu kan susah.  kang diorg mintak dating. Isy, xnaklah dating.  saya impikan cinta high class mcm kak fatimah syarha. Dating slps kawin, kan manis tu.                                        

Tuesday, 12 February 2013

New life, New story

Pd thn baru ni, ada byk bende baru berlaku.
Want to know what? (mmg nak citer pun, kalu x ayat pertama saya x lah ckp pasl benda tu)

Firstly, Blok asrama tingkatan 2 dah bertukar ke blok B. Huhu~ (sedih)
Saya duduk kat bilik 5B. Mujur bukan kat tingkat atas sekali...
kalau x, kurus kering dah saya sebab letih naik tangga.
Dahlah kelas saya tingkat atas sekali.
Nisah dan Nana yang juga rakan sekelas saya turut sebilik dgn saya.
Yea! (melompat kegembiraan- Hahaha)
Ops, itu bkn peribadi muslimah, patut ucap Alhamdulillah byk2.
Alhamdulillah, syukur pd-Mu. ^_^

Secondly, Kedudukan kelas jugak bertukar.
Dari kelas kedua jadi, kelas pertama.
Saya dan tanya kat kawan2 ngan cikgu apa sbbnya?
Adakah disebabkan kelas saya paling top skali dlm periksa baru ni?
Ataupun bende lain?
Tapi, jawapan mereka berlainan.
Saya langsung x faham..
Biarlah, asalkan saya masih sekelas dgn kawan lama.
Hehe... luv u guys!

Thirdly, saya bkn lagi kelab kompang..
Yea! Saya x suka betul jadi ahli kelab tu, langsung x aktif.
Boringlah... Jadi, saya masuk kelab Bahasa Arab.
Kenapa ye? Saya pun x tahu.
Yg terlintas dlm fikiran saya cuma Bahasa Arab.
Nak kata pandai, taklah sgt.
Markah saya atas tong je. 80%

Lastly, saya akan jadi seorang kakak walaupun mmg dah jadi kakak pun.
Tapi, yg tu kat rumah. Kali ni, kat sekolah...
Saya ada adik yg ramai. Mereka semua macam dah mature lake.
Saya jadi malu pulak. Rasa macam kecik je di mata mereka.
Mereka tinggi2 lake. Saya kecik je~
Dalam bilik saya pun ada tingkatan 1.
Seramai lima orang, kesemuanya masuk kelas 1A4.
Apa maksudnya A ye? Ada kak kata maksudnya Arab. Entahlah..
Mereka itu ialah Najihah, Zarifah, Sarah, Kamelia dan ...?....
x ingatlah sape nama sorang lagi.


Friday, 8 February 2013

Ping pong

Tahun ni, saya ada buat penyertaan dalam sukan ping pong. Alhamdulillah terpilih lawan rumah sukan lain (bkn terpilih sgt, dah memang tak ada yg nak sertai. Cukup2 doh orangnya)
Saya bljr ngan Nisah, merangkap kawan sekelas, dan teman bilik.
Saya ada jugak belajar dari kak2 yg pernah main dalam MASMAT.
Nisah  kata, kalu nok main ping pong, kena ada keyakinan diri,
Insya-Allah, saya cuba tingkatkan keyakinan
pastu Nisah pesan jgn debor ngat sebab kekgi tangan jadi ketar.
Sungguh ah, masa first time main, tangan ketar gilerr
Okeylah sini saya nak bagitahu sedikit cara-cara utk main ping pong.
Kalu nk tahu lebih lanjut, senang citer, tengok je dlm youtube.

Biasanya pungutan mata ialah sebanyak 11/21mata (lelaki & perempuan).
Terdapat beberapa peraturan untuk membuat servis iaitu:-
a) servis akan bermula dengan bola mesti sentiasa berada di dalam  tapak
tangan bebas yang pegun, terbuka dengan jari tertutup dan  ibu jari bebas.
b) tangan bebas yang membawa bola mesti sentiasa berada di atas
 permukaan meja dan di belakang garisan meja.
c) semasa membuat servis , bet mesti berada di atas permukaan  meja
 dan memukul di garisan belakang meja.
d) bola mesti dilempar tegak sekurang-kurangnya 16 cm ke atas oleh  tapak
 tangan tanpa menjanakan sebarang putaran.
e) Bola mesti dipukul semasa ia menurun supaya dalam permainan
 perseorangan, ia melantun di kawasan pembuat servis dan  kemudian di
 kawasan penerima. Dalam permainan bergu, ia melantun di  kawasan
 kanan pembuat servis dan kemudian di  kanan penerima.
f) Pemain yang membuat servis perlu meastikan bahawa tindakannya
 dapat dilihat sepenuhnya oleh pengadil.
 servis tidak boleh terlalu jauh dari bahagian badan kecuali
 lengan,kepala atau kaki apabila diukur dari jaring.
h) jika bola tersentuh jaring semasa melepasinya ,satu penggilan 'net'  akan
 disebut dan servis terpaksan dilakukan semula

Pastu, sini ada gok peraturannya. Bolh jadi panduan skit utk saya dan awk kalu berminat lar


Berikut adalah di antara peraturan yang telah diterima pakai:
-  Penentuan servis mula dibuat mengikut undian.
-  Ketika membuat servis bola perlu dilambung sekurang – kurangnya 6  
   inci.
-  Mana-mana servis dibuat yang tidak mengenai bola adalah dikira telah
   membuat servis dan mata diberikan pada lawan.
-  Ulangan servis perlu dilakukan setiap kali bola terkena jaring yang  
   masuk ke gelanggang lawan (tiada had).
-  Bola yang masuk secara melencung ke gelanggang lawan (tidak melalui
    jaring) adalah dikira.
-  Bola yang terkena tangan dan masuk kegelanggang lawan juga dikira.
-  Mana-mana pemain yang menampan meja ketika membuat pukulan
   dikira batal.
-  Bat yang terkena meja di mana-mana semasa permainan tidak dikira
    batal.
-  Kiraan mata setiap pemainan adalah 11/21.
-  Setiap keputusan pengadil adalah mutamad.

Okey, doakan saya dpt yg terbaek eh!

Thursday, 6 December 2012

Sekolah asrama

Hi, everyone!
Saya baru start posting ni. Kalu salah tolong eh, pesan memesan ckit.
Patut wat blog ni masa awal thn, tp adlh beberapa halangan.
Banyak gile halangan yg t/sedia bila2 masa. Dgn kertas2 soalannya yang berpuluh-puluh helai.
Setiap subject tersedia soalan tersendiri. Thn dpn mesti lagi susah. Huh, x dpt nk dibayang cam ne.
Masuk bulan Februari thn dpn, sy dah jadi form2. Still dlm kelas sama.
Great! Suka sangat dpt duk kat kelas sama. Sbb. susah nak dpt kawan yang hebat yang memahami macam kawan2 dlm kelas saya. Kelas saya ramai bdk laki. Beza dua orang je.

....

Selain tu, baek sy cerita pasal adik saya. Minggu dpn, dia kene pekse.
Ade ujian nak masuk sekolah agama. Thn dpn, dia dah jadi form 1. Form yg paling muda skali.
Sedih jugak sbb dia x dpt masuk sekolah sama ngan saya.
Saya sbg kakak dia ni risau gile. Takut betul kalu2 dia t/pengaruh dgn bdk2 nakal.
Harap x jadi cam tu. Amin!
Kalu dia nak masuk sekolah saya, kenelah dapat 5A. Sekolah sy b/asrama penuh.
Agaknya, dia boleh x hidup kat  asrama cam saya?
Entahlah, saya x boleh bayang dia hidup b/dikari.
Dia mmg sah x boleh masuk sekolah saya sbb dia dpt 2A3B dalam UPSR.
Sedih betul. Dia pun apalagi. Dua kali lima.
 Umi saya pun susah jugak nak cari sekolah manalah yg paling sesuai utk dia..
Yelah, sekurang-kurangnya, dptlah 3A2B ke utk masuk sekolah asrama yg b/dekatan dgn sekolah saya.
Masa saya cam dia dulu. Umi x habis2 pilih sekolah utk saya.
Saya ni jenis mengikut je kata mak saya. Malaslah nk fikir banyak pasal benda tu.
Saya tahu, umi pasti pilih yg t/baik utk anaknya kan?
Akhirnya dpt sekolah smaasza. Dkat dgn pantai. Gile best.
Masa bulan orientasi tu dpt pergi pantai byk kali. Dpt main mcm2 kat sana.
Kawan pun dah ramai drpd yg disangka masa mula2 masuk dulu.
Saya rasa kalau nak dibanding dgn sekolah biasa. Rasanya sy dpt kwn skit je.