Assalamualaikum pembaca semua \^0^/
Dah hampir 4 bulan saya tak sentuh blog ni, bukannya tak nak, tapi tak sempat. Heheh ^_^"
Rasanya masih belum terlambat kan untuk saya kongsikan. Bulan 1 yang lepas, lebih kurang seminggu yang selepas menerima result STAM, saya dapat tawaran menyambung pelajaran ke sebuah universiti di Kuala Lumpur. Alhamdulillah.
Ahad, 27 Januari, saya dan family dihantar bapa saudara ke sana. Pendaftaran sepatutnya pada hari tu, tapi kami lambat sikit kerana hal-hal tertentu. Saya tak nak cerita panjang pasal hal tersebut. Pagi Isnin tu, saya datang dengan keadaan yang tak bersedia lagi. Kerana pada hari itu ada ujian APT dan EPT. APT ujian bahasa Arab dan EPT ujian bahasa inggeris. Alhamdulillah, walaupun tak lepas ujian tersebut tapi bersyukur jugak sebab dapat level yang tinggi. Disebabkan tak lepas ujian tu, kami masuk CELPAD, lebi kurang macam kelas bahasa.
Okeyh, rasanya cukuplah yang pasal tu. Sekarang baru nak masuk tajuk. Universiti saya adalah antarabangsa, and because of that, ramailah jugak foreigner datang belajar kat sini. Sebab tu jugak kami kena pandai dua bahasa tersebut, tapi based on kuliyyah lah jugak. Saya masuk Kuliyyah Islamic Revealed Knowledge (IRK) majoring in Quran Sunnah. Untuk course saya ni kena pandai Bahasa Arab memandangkan lecturer akan menggunakan bahasa tersebut ketika mengajar. Bagi yang masuk TESL, dia tak perlu pandai sangat Bahasa Arab, yang penting Bahasa Inggeris dia kena mantap.
Saya masuk dua kelas, memandangkan saya tak lepas dua-dua bahasa. LE stands for English Language dan LQ stands for Quranic Language. Kelas LE saya, hampir separuh kelas Melayu, yang selebihnya foreigner. LQ lagilah sikit pelajar Melayu, tak sampai separuh pun Melayu, lebih kurang 5 orang je. Foreigner dari Thailand, Indonesia, China, Afghanistan, Bangladesh, Singapura, Turki dan rasanya ada lagi, tapi saya tak berapa ingat. Seronok dapat kenal mereka. Paling best kelas LE sebab pelajar-pelajar sana jenis friendly dan suka berkongsi cerita. Especially kalau diorang cerita pasal pendapat mereka, Kalau kelas LQ, saya seronok dengar cerita daripada siswi Indon dan Singapura. Diorang cerita pasal bahasa diorang dan penggunaannya. Banyaklah jugak pengetahuan baru yang kami belajar daripada mereka.
Selain tu, saya jugak suka masuk program. Boleh dikatakan hampir setiap hari, saya akan balik malam. Jarang sekali, selesai kelas petang selepas Asar tu saya balik Mahallah sebab saya rasa perjalanan tu dah membazirkan masa memandangkan saya masih ada program ataupun meeting malam tu. Btw, Mahallah tu macam hostel lah. Orang sini bagitau Mahallah means neighbourhood. Sebab tu, dalam 1 mahallah ada banyak blok, lebih kurang macam duduk sebuah kejiranan gitu. Contoh, blok dalam Mahallah saya smpai huruf J, that's mean dari A smpai J, lebih kurang 10 blok dalam 1 mahallah plus 1 lagi blok untuk postgraduate, golongan master.
Setiap Mahallah berbeza sebenarnya, tapi tak naklah cerita pasal tu. Yang pasti bilik saya ada 4 orang. Tapi, ada compartment, kirenya, 2 orang dalam satu compartment tu. Mahallah saya best sebab bilik air ada dalam bilik, tak perlu nak keluar biliklah kiranya.
Alhamdulillah, sungguh, saya bersyukur gila dapat masuk universiti yang ni sebab kalau nak dibandingkan dengan uni yang lain. Saya dapat rasakan dia ada jugak menjaga. Sosial itu biasa kat mana-mana uni sekalipun, tapi uni ni saya rasakan ada jugak menjaga dia. Kalau tak menjaga, in sha Allah, Dia hadirkan seseorang untuk beri nasihat. Uni ni banyak jugak kelab yang best2. Cuma perlu cari je apa yang korang minat. Kena cari apa yang korang betul-betul minatlah. Sebab boleh dikatakan kebanyakan kelab dia best. Bahkan saya yang baru masuk ni jadi keliru nak masuk kelab ape, sebab banyak sangat yang best. Disebabkan saya masuk CELPAD, saya join lima kelab.
Banyak jugak tu sebenarnya. Bila dah masuk tu, saya jadi berat nak tinggalkan. Sebab kelab masing-masing ada faedah tersendiri, ada faedah yang tak ada pada kelab lain. Lain kali saya ceritakan pasal kelab-kelab tersebut. Daripada kelab2 yang saya join tu, banyak juga sebenarnya yang saya belajar. Daripada kawan-kawan sekelas tu, banyak jugak ilmu yang saya peroleh.
Mesti korang nak tahu kan, universiti apa ni? Bila nak mention uni ni?
Okey, ni dia. IIUM ataupun di Malaysia lebih dikenali sebagai UIAM. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Itu dia. Di sini, semuanya satu agama. Islam. Even, kalau ada yang liberal sekalipun, the hijab is compulsory for them. Agak melegakan jugak bagi saya sebenarnya.
Alright, sekian dari saya.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment