Terima kasih kepada pengunjung blog saya kerana masih lagi sudi melawat.
Walaupun catatan saya tidaklah menarik mana.
Apa pun, ia masih tidak menghalang saya untuk terus menulis.
Seronok dapat bercerita.
Baru-baru ni, hari lahir ustazah saya, Ustazah Azizah.
Makanya kelas kami, 6 Uthman merancang untuk sambut birthday Ustazah.
Tapi, awalnya kami minta maaf sebab terlewat sehari.
'Minta maaf, Ustazah.. Walaupun Ustazah guru pertama yang masuk kelas kami hari tu.
Kami langsung tak mention sikit habuk pun tentang birthday Ustazah'
Patutnya hari Ahad, tapi kami sambutnya pada hari Isnin.
Ahad tu Muslimat pesan kat Muslimin minta tolong beli kek.
Diorang pun ok je, memandangkan ada sorang muslimin tu tak datang sekolah lagi.
So, Isnin tu, Zack bawakan kek.
Terkejut Muslimat bila tengok rupanya kek Secret Recipe.
Bukan mahal ke? Serius lah...
Ternganga saya tengok kotak kek.
First time saya boleh rasa kek Secret Recipe.
Tapi, tak apalah sekali-sekala. Bukan selalu. Tahun last dah pun.
Kitorang rancang nak buat prank. Tapi, entahlah.. jadi ke tak prank tu. Masa tu ada masa kosong. Cikgu tak masuk rasanya. Jadi kitorang pun minta ustazah ke kelas untuk mengajar. Dan, ustazah setuju. Safwan sempat buat slide untuk Ustazah.
Kira okeylah daripada tak ada langsung. Tu pun, kelam kabut sebab ustazah tinggal beberapa langkah lagi nak masuk kelas.
Inilah kek Secret Recipe. Serius sedap.. ^_^
Ustazah tinggal beberapa langkah lagi. Tapi, kitorang belum bersedia lagi. Jadi, kawan-kawan saya tak kiralah muslimin dan muslimat bertalu-talu tanya soalan kat Ustazah kat luar kelas. Saya hanya menahan ketawa je masa tu. Tak tahan tengok mereka. Yang muslimin siap sedia letak kek kat depan.
Ustazah masuk. Slide sudahpun terpapar. Kami sama-sama menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu buat Ustazah. Selesai tu, kami ambil beberapa gambar sebelum menyerahkan kek buat Ustazah. Walaupun Ustazah sibuk, Ustazah masih lagi cuba datang ke kelas kami.
Apapun, Alhamdulillah sebab berjaya menyambut Hari Lahir Ustazah. Sekurang-kurangnya kami dapat menyampaikan penghargaan kami atas keprihatinan Ustazah terhadap kami.
TERIMA KASIH USTAZAH AZIZAH !
"Alang-alang masuk stam smaasza, biar akhir nanti pegang mumtaz sofi" itulah kata-kata Ustazah Azizah sejak kami mula memasuki 6 Rendah. In sha Allah.
No comments:
Post a Comment