York Swirls

Wednesday, 14 February 2018

Perjalanan asrama kini

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur sebab masih lagi diberi peluang untuk menulis kat blog ni.
Bukan senang nak cari masa bila umur ni meningkat.
*Bajet diri ni tua sangat. Belajar tak habis lagi...

Setakat ni, kat sekolah ngan asrama... ada beberapa perubahan.
Ada yang ok dan ada yang ko.
Biasalah... setiap perkara ada pros and cons yang tersendiri.

Tahun ni, kat Aspuri... wajib kosongkan blok sebelum jam 6:20 pagi.
Kalau MPA lambat, mujurlah bagi siapa yang terlewat sedikit.
Kalau tak, duduklah kat situ setengah jam.
DeMa pula dah buka sebelum 6:30 pagi lagi.
Pagar asrama dibuka 6:45, jadi tak ada dah pelajar yang boleh datang awal daripada waktu yang ditetapkan. Kalau tahun lepas, ada sepasang kembar ni yang suka datang sekolah awal. Sangat awal. 6:30 pagi, dah nampak muka mereka dekat tepi Dewan Fikri. Contohilah kerajinan mereka.
Moga istiqamah datang awal sekolah walaupun tahun ni tak boleh buat macam tahun lepas.

Sekolah belajar seperti biasa, tapi jadual pdp berlainan sikit.
Hari Isnin dan Khamis, masa pertama ditetapkan untuk Solat Hajat bagi semua pelajar.
Sekali dengan bacaan Yasin. Kalau yang makzurah, mereka kena baca Ma'thurat pagi dan dengar tazkirah. Aktiviti Solat Hajat dan bacaan Yasin turut disertai cikgu-cikgu. Bagi perempuan di Aspuri manakala yang lelaki di Aspura.
Kemudian, 1:30 petang waktu Solat Zuhur dan sambung belajar balik 2:00 petang.
3:00 petang barulah boleh makan. Saya mengaku masa tu memang letih gila. Makan tengahari pada waktu petang. Kemudian selepas setengah jam sambung pergi study pula. Tak ramai yang berani nak lewat-lewatkan makan tengahari sebab kalu lewat, kena marah dengan pakcik dan akak DeMa. Pernah sekali saya kena, terus rasa menyesal. Kalu nak sangat makan, tak boleh makan dalam DeMa dan tray kena basuh sendiri.

Sekadar pengetahuan, selepas grill blok asrama dibuka pada waktu pagi... grill tak ditutup sehingga waktu Maghrib. Rasanya lah, setakat ni tak ramai yang naik blok melainkan ke tandas sebab nak study. Waktu lain dah tak sempat nak siapkan kerja sekolah, menghafal dan ulangkaji.

Solat fardu sememangnya setakat ni masih lagi diwajibkan dijalankan di musala an-Nur. Bila musala Muttaqin siap nanti, barulah berpindah ke sana. Berdasarkan perancangan, musala an-Nur akan dijadikan tempat study dan diletakkan sebuah tv di sana.

Malam tu, macam biasalah... selepas Solat Isyak, waktu untuk Study sehinggalah 10:30 malam.
Makan malam, liqo bacaan al-Mulk dan Kahfi dan tidur.

Sebelum tidur, masih ada lagi yang sambung study. Yelah, masa study hanya waktu petang dan waktu malam je. Kira-kira dalam 2 jam lebih. Siapa yang pandai selitkan masa untuk study pada waktu lain tu memang bijaklah. Jadi, bila duduk kat asrama, dikira normal untuk tidur lewat.

Saya teringat kata-kata seseorang, x ingat siapa, "Ulama dulu makan sikit, tidur sikit. Kita ni sikit-sikit makan, sikit-sikit tidur" Rasa sentaplah juga di situ.

Apa pun, bagi sesiapa yang nak duduk asrama ataupun yang tak, bahagikanlah masa dengan bijak. Pepatah Arab ada menyebut, " Masa itu seperti pedang. Jika kamu tidak potongnya, ia akan potong kamu" Punyalah lama saya fikir apa maksud potong saya tu. Nak kerat apa? Rupanya dari segi bergeraknya masa tu. Kalau masa tu tak dimanfaatkan sebaik mungkin, masa akan terus berjalan memotong kita yang masih lagi dengan angan-angan yang sia-sia. Maka berusahalah untuk capai angan-angan itu. Ia akan jadi impian yang tak mustahil kita boleh capai.

"If you fail to plan, you plan to fail"

Akhir kata, saya mohon doa daripada korang agar dimudahkan segala urusan saya. Minggu depan exam TOV STAM... Andainya saya silap bicara, maafkan dan tegurlah diri ini. Kerana manusia ini tak akan lepas daripada melakukan kesalahan. Apa yang baik itu datang daripada Allah dan apa yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri walhal hakikatnya kedua-duanya datang daripada Allah. Semoga pengisian kali ini memberi pengajaran yang berguna walaupun lebih banyak menjurus kepada jadual kat asrama.



Gambar ni langsung tak berkait dengan pengisian - Lawatan 6 Rendah STAM 2017 -

150218 // Khamis


No comments:

Post a Comment