York Swirls

Friday, 1 September 2017

Selamat Tinggal

Assalamualaikum...

Mungkin ini ucapan salam saya yang terakhir dalam blog ni.
Dan, saya berharap blog ni ada manfaat juga walaupun sedikit.
Selamat tinggal buat blog coretan hati...
Ini post saya yang terakhir...

Tapi, bukan bermakna saya meninggalkan dunia blog,
Saya masih lagi menulis blog...
tapi, rahsia

Saya minta maaf kalau ada buat silap
Semoga korang dilimpahkan rahmat oleh Allah..
Jangan lupa doakan umat islam ini menjadi lebih baik..

Sahabat,
Andai saya pernah buat salah,
Saya minta maaf sangat-sangat,
sama ada silap saya tu sengaja atapun tak,
Moga korang maafkan saya,
Huhu... sori sebab sedih nada sedih sangat..
Tapi, percayalah,
Saya rindukan korang,
Study bersama,
Gelak bersama,
Menangis bersama,
berasa dalam komuniti yang sama...
semoga korang berjaya dunia akhirat,

Saya tidak pandai menyusun kata,
Tapi cuma mampu mencoretkan apa yang terbuku di hati.

Selamat Tinggal <3

Tuesday, 29 August 2017

Amanah

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... pembaca yang masih lagi setia dengan blog saya.. saya ucapkan ribuan terima kasih kerana masih lagi sudi membaca blog saya walaupun dah lama tak update..

This time i wanna talk about obligation.
In other words, we know that as suatu tanggungjawab ataupun amanah.
Amanah bukanlah perkara ringan.
Teringat saya sebuah kata-kata,
'Jawatan bukan suatu tashrifan (kemuliaan) tapi satu taklifan (beban)'.
Maka untuk menanggung beban tersebut,
kita perlukan strategi untuk membina diri
agar berkemampuan untuk mengangkatnya.
Saya bukanlah manusia yang kuat,
hanya seorang hamba lemah yang banyak kekurangan.
Hanya Allah yang tahu,
betapa banyak dosa yang telah saya lakukan.

Namun, kekurangan itu bukan untuk menjadikan diri ini lemah.
Kekurangan itu mengajar diri ini
untuk meperbaiki diri menjadi lebih baik, solehah dan kuat menghadapi cabaran hidup.
Saya akui bukan senang untuk berubah menjadi lebih baik.
Pasti ada saja kata-kata manusia yang melemahkan tapi,
percayalah Allah masih ada.
Ada saya baca sebuah buku ini,
kata-katanya menarik minat saya,
"Mujahadah dalam mentaati Allah itu pahit kerana syurga itu manis".

   Malah Allah sendiri ada berfirman :
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakan" (Surah al-Baqarah : 256). 
Maka jelaslah,
Allah itu percaya kita mampu tangani masalah yang kita hadapi,
kalau tak Allah takkan bagi kita ujian tu.
Terserah pada kita untuk bangkit atau lemahkan diri.

   Allah ciptakan kita sebagai manusia ini kerana tiga perkara... ada disebut di dalam Al-Quran, sebagai khalifah di muka bumi, untuk menjalankan amar makruf nahi mungkar (menyuruh kpd kebaikan dan melarang drpd kemunkaran) dan untuk beribadah kepadaNya. Jadi, tak semestinya selepas kita dilantik menjadi seseorang yang berjawatan barulah kita nak berubah menjadi yang lebih baik. Sebagai hamba Allah, itu sudah menjadi tugas kita.

   Salag seorang sahabat saya ada berkongsi sebuah analogi tentang sebuah pokok yang berbuah... buah itu dianggap sebagai orang yang didakwahkan dan akar itulah kepimpinan. Apabila buahnya baik, ia desebabkan akarnya yang baik tapi apabila buahnya buruk, akarnya yang buruk. Maka ia tanggungjawab akar itu untuk menjadi lebih baik agar buahnya baik...

   Dalam surah Al-Baqarah dari ayat yang sama ada sebuah doa juga yang berkait rapat sangat dengan amanah ini :
 " Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami"

   Saya mengharapkan juga doa daripada pembaca, kerana doa itu senjata. Moga saya terus kuat sama ada dari segi  mental ataupun fizikal. In sya Allah sama2 kita berusaha untuk menjadi lebih baik dan mengajak kepada kebaikan  agar cahaya Islam menerangi bumi. In sya Allah.

Sunday, 30 April 2017

Stam dan Hari Apresiasi 2017

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, saya tak sangka nama saya ada tersenarai untuk hari apresiasi.. since saya bukan pelajar cemerlang spm tapi, tak teringatlah pula dengan kelas kkq.. kelas kemahiran al-quran. Dalam kelas ni, kami belajar qiraat, tajwid, tarannum dan pasal Al-quran.. Alhamdulillah, saya dapat mumtaz dan tahniah jugak kat kawan2 saya lain yang terima...

Saya sampai sekolah dalam pukul 7:30 pagi lebih. Awal sebab umi ada kem form 5 kat Marang. Sempatlah juga saya tengok persembahan dikir arab. Sementara isi masa saya berbual dengan kak2 senior, adik2 ngan kawan thanawi 3.

Bila saya beritahu diorang saya nak masuk stam... semua terkejut.. Yelah, sape tak terkejut sebab jarang budak sains nak masuk stam, lagipun selama ni saya dah habis riuh kata nak masuk course yang saya minat. Saya sendiri pun tak sangka saya akan pilih stam.

Awalnya saya memang tak nak masuk... sungguh! Kalau sebut stam, saya memang tak nak, kalau stpm boleh tahan lagi. Umi pun awalnya bagi saya lampu hijau nak masuk nape2. Mak sedara, pak sedara pun tak kisah tapi, bila turn tok saya... suh saya masuk bahagian agama.

Katanya, kalau pompuan cam saya ni sesuai ambil bidang agama. Saya memang tak nak. Saya dah lama dah simpan impian nak masuk course yang saya minat tu. Sejak form 2 lagi... umi jadi terpengaruh. So, setiap kali duduk dekat ngan saya mesti cakap pasal bidang agama. Memang saya tolak terus... sampaikan setiap kali umi baru je nak duduk tepi saya, saya terus beredar. Jadi, setiap kali nampak umi... saya berdoa dalam hati supaya dapat petunjuk... mana yang lebih baik. Hati saya masih berbolak-balik masa tu.

Dan Alhamdulillah, selepas 3 hari... saya baru selesai solat dan berdoa... tibe2 wujud suatu macam perasaan tenang... saya dah jumpa apa jawapannya. Saya akan ikut apa kata umi. Umi pun apa lagi, memang syukurlah banyak2.. hehe.. Alhamdulillah... hilang dah semua perasaan nak memberontak tu.



Okey, sambung pasal tadi. Saya ada beritahu jugak cikgu2 pasal decision saya. Ada yang ok ada yang tak ok. Tapi, ramainya yang ok dan lebih ramai yang excited... huhu rindu saya ke?? 😂😂

Kemudian, dalam kul 9 pagi lebih baru start majlis. Alhamdulillah, dapat sijil ngan duit tapi, sedih jugak sebab bukan semua sep kelas saya yang hadir. Saya nak bagikan buku kat diorang. Yang pompuan saja.. sori sep laki... saya masih tak pandai lukis lelaki.. masih belajar lagi ni... tapi, cam tak berapa menjadi je. Kitorang sempat gak ambil gambar...


P/S : Sori takleh letak sume gambar... entah kenapa bermasalah pula.. yang ni je blh letak 😅😅


Monday, 27 March 2017

Result SPM

Assalamualaikum....

Apa khabar korang yang ambil keputusan SPM? Apa pun syukurlah dengan pencapaian korang. Allah nak ujilah tu whether your result excellent or vice versa. Alhamdulillah, result saya capailah jugak target berapa A nya... Saya dapat 7A 2B 2C. Apa pun saya happy je dengan result ni. Sebab lebih baik daripada trial... Hehe

Secara detailnya... saya dapat A+ dalam subjek Matematik, A dalam BM, BI, PQS, A- dalam AddMath, PSI, BA, B+ dalam subjek Sejarah, B dalam Biologi, C+ dalam Kimia dan Fizik. Saya tak rasa malu ke cerita result ni kat orang? Tak, sebab syukur sangat. Nak kata bangga tak pun sebab saya tak dapat straight A pun.

Sekolah saya, SMAASZA, Alhamdulillah 12 orang Berjaya dapat straight A... Tahniah korang! 5 orang dari Aliran Sains... Ainun Samihah, Wan Ain Areenah, Ahmad Khairulddin, Muhd Ikhwan dan Muhd Faris Yusri manakala 7 orang dari aliran Thanawi yang mengambil 10 subjek... Izzah Rahiman, Aida Qistina, Qistina Balqis, Arifah Kader, Farah Nabilah, Athirah Dom dan sorang lagi... saya x ingat... sorry. 2 orang wakil kelas saya, K-din dan Ikhwan... saya ucapkan tahniah. Semoga terus berkekalan jadi pelajar terbaik sampai masuk U. Kawan2 sekelas saya dari 5 Sains 1 pun, saya ucapkan jangan putus asa sebab SPM bukan segala-galanya. Ada je yang tak berapa cemerlang dalam sekolah menengah tapi, hebat gila bila masuk U. Kita tak boleh nak jangka kejayaan kita sampai sini je. Mana tahu usaha korang ada habuan di tempat yang lebih baik. Insya-Allah.



Pagi-pagi sebelum kul 8 pagi lagi, saya sampai ke sekolah sebab nak ambil result. Cikgu suruh pakai kasut bertutup, tapi saya pakai sandal... Kelam kabut sangat pagi tu sebab nak care adik-adik yang kecik2. Walaupun bangun kira awallah jugak. 5 pagi. Biarlah, cikgu tak marah pun. Hehe... Sampai sekolah... saya tak tahu nak buat apa. Perhimpunan baru selesai. Saya tak tahu nak ke mana. Jumpa kawan2? Tak ada seorang lagi yang sampai. Jadinya, saya berjalan je. Jumpa cikgu, salam... Jumpa adik-adik, sapa mereka. Seorang diri.... Segan tu seganlah jugak tapi, takkan nak duduk kat bangku je. Cikgu pertama yang saya berbual panjang, Tc Ros. Hehe... teacher ni. Awal-awal suruh saya cari orang jadi wakil main Sudoku. Saya ada bagi cadangan tapi, saya tak ingat siapa nama dia. Samar-samar je... Pustakawan... itu je yang saya tahu.

Kemudian, saya mencari sep Thanawi 3... memandangkan diorang sama jugak macam saya. Menunggu result SPM. Mereka duduk dalam kelas. Sedang berbual panjang... muka diorang Nampak berdebar gak dengan result yang bakal diumumkan. And then, saya terima baju bilik. Sebijik macam baju kelas dengan baju cikgu. Warna sama, corak pun sama. Bezanya, kat belakang no 12. Apa pun kira okeylah, sebab dapat jugak baju daripada tak dapat langsung sebab dah bayar dah. Kalau tak, terbang gitu je duit...  Bila tengok sekolah, tak banyak mana pun yang berubah... tapi, isinya berubah. Cikgu-cikgu baru, peraturan baru. Kelas saya pun tak berubah. Lukisan saya pada pintu kelas masih bersih tidak dirobek.

Pukul 9:30 pagi lebih barulah masuk dewan. Disuruh cikgu, tapi tak ramai lagi yang datang. Kemudian, kami diceramah oleh guru kaunselor kami, Cg Norizah tentang IKK. Kemudian, umum pelajar terbaik dan barulah dapat ambil result. Dapat ambil result dalam dekat kul 1 petang gak. Ramai dah yang check guna sms tapi, dalam sms bagi tahu result berapa dapat je, tak bagi tahu subjek apa. Saya tak check pun, sebab nanti tahu jugak. Bazir 20 sen. Hehe... Selesai semua, saya jumpa cikgu-cikgu sekali lagi, ada yang dah salam lebih 2 kali. Hehe... Cikgu-cikgu kat bilik guru A, bilik guru B, bilik UPP, bilik disiplin... ramailah jugak. Tapi, tak semua sebab ada yang tak ada kat tempat duduk... Masih mengajar... Apa pun, terima kasih cikgu sebab penat-penat ajar kami. ^_^

Saya balik lewat gak... sembahyang zohor kat musala aspuri... Balik dalam kul 3 petang. Saya rasa cam saya datang paling awal dan balik paling lewat. Tapi, tak sedih sangat pun, sebab... masa saya menunggu jumpa Cg Asmadi. Mujur terjumpa... Cikgu kat dah tak ajar Form 5, ajar Form 6 lak..

Selesai sudah bab hari bertarikh 16 Mac 2017 ni. Last but not least, saya sekali lagi ucapkan tahniah kat semua yang dapat result. Biar apa pun result, teruskan berusaha. Istiqamah itu penting. Juga tahniah kepada sahabat saya yang berada di SHAMS, SMASZAL, SMAKH, SMAM, SMKSS dan banyak lagi sekolah yang entah sejauh mana lagi sampai ke Negeri Sembilan.

Monday, 13 March 2017

Test QTI

Ujian QTI ... 8 Mac 2017


QTI tu apa? Saya search lah kat internet... katanya QTI ni singkatan bagi Qualifying Test at the Institute. (http://driving-school.com.my/sekolah-memandu/q-t-i-atau-pra-ujian-memandu-di-malaysia/) Huhu... sedih sungguhlah... Nak wat QTI tapi x bawa duit yg cukup... Kerani suh bayar bakinya baru blh buat and QTI. Dalam 400 lebih gop tu.. Saya bawa stakat 10 ringgit lebih skit je... Mari kejap, balik rumah mula. Pak din tawar je guna duit dye dulu, pahtu gnti balik... tapi, saya segan lh. Sebab, duit tu banyak... sian pk din.. kot2 ke dye nak guna dulu... saya pun x suka sangat berhutang dgn org.. sbb biasanya saya lupa hutang saya... 😓😓

Pahtu masa ari ni saya mari nak wat QTI... orang macam ramai je pagi2 ni... jadi, saya berpesanlah kpd sape yg nak buat qti... buatlah awal2... takutnya tunggu sampai ke petang... Sebab lain saya x nak buat lagi, walaupun duit ada depan mata... Ya sepupu saya pun tak siap lagi kpp dia.. tangguh lah skit... sekejap je... Saya x tahulah kenapa lambat sangat dia punya... mungkin cg nya yang sibuk atau Ya sndiri yang sibuk... (alasan yang direka semata-mata - jangan percaya... dan sntiasa bersangka baik). Tapi, rasanya memang taklah tunggu dia... Cikgu Nora kata kalau lambat buat QTI, lambatlah nak test JPJ, sebab test JPJ kena booking dulu...

Walaupun hari ni... tak buat test, hanya duduk kat GANDA, tak buat apa-apa cuma tengok orang kiri kanan dan minum air je selama 2 jam... saya tak menyesal pun... Saya balik rumah naik kereta pak din...

"Habis dua air teh pin habis tunggu pak din"

"X eh, satu lagi eh simpan untuk adik kat rumah. Adik demam"

"Awak demam?"

"Adik kat rumah"

"Pahtu, mak mana?"

"Mak kerja... cikgu"

"Ayah?"

"Tak dok... "

"Tak dok?"

"Ninggal doh" sayu kejap... Lama gok ah pak din diam sambil pandu kereta. Saya duk tepi pak din... Mujur duk tepi, kalu x rasanya dye dok dengar doh suara saya cakap. Kalau tempat duduk depan kosong, biasanya saya duk depan... ehehe... kena ekon sikit. Orang hok duk belakang mendengar saja cerita perbualan saya ngan pak din.

"Lama ane tak dok doh?" pak din sambung sesi bertanya...

"Masa darjah 6"

"Lama doh lah, sekarang ni umur 18 op?

"Hmm..."

Banyak lagi soalan pak din... Sampai situ jelah... Panjang sangat perbualannya... Selama saya naik kereta pak din, hari ni paling banyak perbualan kami... bermula dengan air... habis cerita sampai hal keluarga -,-"

12 Mac 2017

Alhamdulillah! Selesai test QTI! Tapi, banyak lagi yang nak kena baiki. Test QTI ni saya dapat cikgu laki. Cikgu Roslan namanya. Dia banyak tegur bahagian signal dengan clutch. Malas nak cerita panjang pasal benda ni... Saya ingatkan kena buat sekali lagi sebab macam banyak lagi yang tak lepas ni... Tapi, cikgu bagi je lepas. Cikgu pesan masa test JPJ kalau buat salah lagi, memang kena test sekali lagi + bayaran tambahan.

Selesai test, saya pergi booking test JPJ. 11 April. 11 April? Alamak, same date ngan lawatan ke Pahang. Nampaknya terpaksalah batalkan lawatan sebab ada test tapi, harapnya tak perlulah saya ulang test biar tak rugi... batalkan lawatan. Lesen saya sah sampai 9 April. Kerani suruh buat lesen baru kat pejabat pos. Kena bayar lagi...

Tak apalah tak pergi lawatan pun. Saya pergi jugak Pahang minggu ni. Ada majlis kahwin cousin saya sebelah mak. Diorang ajak stay kat homestay. Kiranya pergi sekeluargalah. Wah... dah lama tak jalan2 jauh dari kawasan Terengganu sekeluarga. Kali terakhir dengan abah. Biasanya abah bawa pergi jalan2 jauh. Umi biasa duk kat rumah. Jaga yang kecik. Tapi, taklah sekeluarga ke Pahang. Kakngah ada kelas, jadi dia stay kat asrama. Exam SPM tahun ni. Doakan dia yang terbaik! Hehe... sian dia.

Okey.... yang ni dah melangkah jauh dari tajuk. Sampai sini sajalah... Apapun doakan yang terbaik Khamis ni, 16 Mac 2017 supaya saya dan kawan2 dapat result SPM yang terbaik! Insya-Allah!

Wednesday, 8 March 2017

KPP 2

Assalamualaikum...

Ujian computer
Alhamdulillah lepas dah.. Markah pun cukup2 makan je... Apa pun mujur lulus je. Tahniah kat Ya sebab dapat markah penuh... Ehehe... saya malas skit nak baca buku ni... Baca pun saat2 akhir je.. Biarpun buku tu boleh tahan menarik gak. Sebab ada warna... Umi kata dulu... hitam putih je.. -,-"
Tips nak lulus senang je... beli buku latihan sebab kebanyakan yang masuk sebijik dalam buku latihan. Tak rugi pun...

Buku kpp (kurikulum pend. pemandu)
Tebal tapi, kebanyakannya dia ulang je... Rajinkan diri membaca ye... 


KPP 02 & 03
selama 5 jam setengah belajar pandu kat litar... Taklah straight masa belajar... Berhenti kejap sambung pulak. Pagi sampai petang... Habis terus hari tu.

kemudian sambung pulak yang 10 jam. Potong2 sampai dalam beberapa hari gak buat .. Belajar pandu kat jalan Z, jalan S, parking, naik bukit... Nak kata susah... taklah sangat... yang banyaknya berdebar jadi, rasa macam susah... Cikgu Nora yang ajar taklah garang sebab tak marah sangat... marah biasa2 je... sebab saya tahu tu salah saya... clutch kadang tak angkat2, minyak dan brek tak tekan2... Nak kata mesra, taklah sangat sebab cg jarang senyum... jarang sangat... sampai saya yang senyum kat dia ni, jadi segan nak senyum...

And then, start pandu kat jalan raya... Time tu lagilah berdebar, kang mampus kereta tengah jalan... malu... taklah malu sangat, sebab kereta dah tebeng tulis budak baru belajar... jadi pemandu lain faham2lah ye... Saya tak fikir sangat pasal malu, fikir takut accident je... Sian pemandu kat belakang, time lampu hijau... saya lambat gerak... terpaksa tunggu. Cikgu ajar 3 jalan. Jalan A pendek skit, jalan B pergi ke chendering, jalan C ke marang. Cikgu suruh ingat tiga2 jalan tu, masa bila nak tukar signal... masa bila nak tukar gear...

Meh saya kongsikan skit apa yang saya belajar... skit jelah... kalau banyak2 takut tak fahamlah pulak.. -,-" Bila nak naik bukit, kang berhenti dulu.. Pastu kena tekan clutch baru gerak gear 1. Start tekan minyak dan bila rpm sampai tiga, clutch angkat skit dan bila dah rasa cam gegar skit.. tekan minyak skit baru lepas handbrek... Bahagian naik bukit saya paling suka, sebab bila dah selesai cam turun bukit tu rasa cam lega sangat dah lepas.... >_< Seterusnya, kalau kat jalan raya kena pandai tukar gear... sebab kat jalan raya bukan macam litar. Kat litar... biasanya saya guna gear 1 je... Tapi, kalau kat jalan raya, baru guna gear 2 sampai 4. Cikgu pesan kalau meter km smpai 20 tukar gear 2, smpai 30 tukar gear 3, smpai 50 baru gear 4. Paling laju saya biasa bawa setakat ni, baru sampai 60... tak berani nak buat lebih2... Setiap kali tukar gear, kena tekan clutch kalu tak, tak masuk. Kedudukan gear kena ingat, sebab mata kita kena tumpu kat jalan raya... kalau tengok gear takut nanti accident lak sebab tak kawal stereng...

Setakat ni, pengalaman yang paling saya ingat masa kat litar, sebab laju sangat pusing stereng... saya tersalah langgar bahu jalan yang hitam putih tu... Berdebar saya... bila dengar bunyi macam langgar orang je... Masa tu, cikgu biarkan saya bawa seorang sebab nampak saya dah okey dah bawa kereta... Cuma sekali dua jelah, cikgu dating pesan skit....

Fuh... smpai sini jelah. Saya pun dah letih dah menaip ni.. Kalau ikutkan banyak lagi benda yang nak dicerita, tapi lain kalilah dulu... tunggulah sampai saya selesai test dulu... Doakan saya lulus ye... Insya-Allah! ^_^



Saturday, 25 February 2017

Menunggu result SPM

Assalamualaikum...

Dah 3 bulan lebih dah cuti... Duduk kat rumah tanpa pekerjaan dan tak belajar memang membosankan. Setiap hari buat benda sama... Jemur baju, kemas rumah, lipat baju, tengok cerita, baca buku, melukis dan tidur... Jadi, sesiapa yang menunggu result tu memang sebaiknya lah cari kerja ke tak pun belajar kereta. Saya tengah belajar jugak pandu kereta ni... Tapi, tak selesai lagi. Start bulan disember... Bulan Feb pun tak selesai lagi...

Masa lapang ni juga sepatutnya, korang carilah apa-apa maklumat pasal U yang korang nak masuk. Tak kisahlah swasta ke awam ke... Cari je, sementara mengisi kebosanan. Banyak je masa free, tapi kalau buat benda tak berfaedah... masa terbazir... Tik tok Tik Tok.... esok dah ambik result..

Tak sampai sebulan dah nak ambil result. Insya Allah 16 Mac ni. Masa cuti ni, kena banyak buat research... U mana yang terbaik... dari segi kewangan, mampu ke tak... dari segi sosial, boleh kawal diri ke tak... dari segi minat, boleh buat ke tak... Banyak benda lah jugak sebenarnya.

Setiap kali keluar rumah, duduk dalam kereta berdua dengan umi... saya tak tahu nak cerita apa.
Biasanya, saya cerita pasal sekolah, ni krik krik je... Dengar radia, tapi kadang tak buka radio...
So, masa tu saya cerita pasal hasil research saya... Sekurang-kurangnya, adalah jugak benda yang nak dicerita...

Mujur adik-berdik saya ramai, bila duduk dalam kereta... memang jarang senyap. Ada sahaja cerita yang keluar dari mulut mereka. Entah betul ke tak, layan je kerenah mereka. Mereka perlukan perhatian. Budak-budak...

Saya pergi sekali je kedai buku... Sedih betul. Biasanya tiap bulan mesti beli buku... kat sekolah. Sebab, biasanya ada pameran buku. Kawan2 yang kenal saya memang tahu sangat dengan tabiat saya ni. Ada je pameran buku, memang takkan lepas beli buku walaupun sebuah. Tapi, biasanya saya beli lebih... Sebagai hadiah untuk adik saya, sebab hampir tiap bulan birthday adik saya...

Buku ni berat skit nak baca... bagi sayalah.. 😅😅

Birthday kakngah bulan 2 dah lepas. Huhu... sorilah tak dapat nak bagi hadiah buku... Biasanya buku je yang saya beli. Adik-adik saya okey je dapat buku, sebab saya sorang je yang tukang bagi hadiah (biasanya). Sekurang-kurangnya dapat jugak hadiah... Itu yang adik saya kata. Makanya, saya hadiahkan lukisan saya... Birthday adik saya yang laki pun dah lepas. Birthday dia sama ngan saya. Yang sorang tu, saya cuma mampu ucap pagi-pagi buta sebelum sekolah... Ehehe... sori~ Saya ajak dia jalan jalan keluar rumah, then saya ucap happy birthday... Haikal, yang tu je akak mampu... Akak takleh nak gi mana-mana nak beli hadiah ke apa...

Bulan 2 ni gak ada reunion batch... Saya tak tahu nak cerita apa sebab saya tak pergi... Cuma ada gambar je...



Bersama Ustazah Hamidah tercinta...