York Swirls

Wednesday, 6 July 2016

Raya di Setiu

Assalamualaikum...

Ehehe... Lama tak update blog. Banyak je yang saya nak ceritakan.
Tapi, simpan sebagai draft je.. Ehehe.. Tunggulah dulu.

Tahun ni sambut raya kat Setiu, keluarga sebelah mak saya.
Malam raya tu, hujan lebat sangat. Kilat sabung-menyabung. 
Eletrik terputus seketika. Habis semuanya menjerit terkejut.
Adik2 saya bukan main cemas sebab teringat cerita hantu.
Tapi, sekejap sahaja. 
Adik saya pun cadangkan nak main The Killer.
Siapa yang salah teka, kena conteng dengan bedak.
Siapa yang betul tapi, yang kenanya The Killer, kena conteng dengan bedak.
Tak sempat nak ambil gambar sepupu saya. Malulah katakan.
Saya amik gambar adik saya je.

Adik saya dan sepupu saya yang sedang asyik main.
Sorry sebab gambar tak berapa cantik...

Izza, adik saya yang bongsu... ^_^

Selesai Solat Sunat Aidilfitri, dengar khutbah...
Kami saling bersalaman...
Then, jumpa dengan ex-smaasza.
Kak Akmal dan Kak Ainul, bekas PKP sekolah.
Banyak benda yang saya nak tanya mereka...
tapi, masa dan tempat tak berapa sesuai.
Tak nampak perubahan pun pada diorang.
Masih sama seperti yang saya kenal dulu.

Ini kali pertama ada gambar satu family kat rumah mak tok.
Biasa kat rumah tok wan (sebelah ayah)


Selesai bergambar, Pak Su Gie pasang video perkahwinan dia.
Bukan nak tunjuk perkahwinan dia, tapi nak tunjuk zaman saya dan sepupu saya masih kecil.
Video tu dirakam oleh arwah abah, jadi takleh nak tengoklah wajah abah dalam video.
Tahun 2006, umur saya baru 7 tahun masa tu.
Dalam video, adalah tunjuk saya ngan sepupu saya.
Tengah basuh pinggan, main kejar-kejar, lompat sana sini.
Rasa lawak pulak bila tengok zaman kecik dulu.
Mak tok kata, masa kecik2 dulu, saya susah nak senyum.
Dan, arwah abah sempat ambil gambar saya senyum buat pertama kalinya.
Arwah abah letak gambar tu kat rumah mak tok,
Tapi, kalau sekarang ni, korang yang kenal saya fahamlah saya ni jenis macam mana.
Nak cerita kang, rasa macam perasan sorang.

Waktu tengahari, startlah bosan sebab tak ada orang yang datang.
Makanya, Pak Su Gie ajak pergi rumah saudara isterinya, Mak Su Ti.
Adik2 saya semuanya nak ikut kecuali 3 orang je.
Saya ikutlah diorang sekali, nak kena jaga diorang.
Risau gak buat perangai kat rumah orang.
Bila sampai je, saya senyap jelah. Tengok budak2 ni.
Yang dah besar, saya seorang sahaja.
Yang lain semua budak2 bawah darjah 4.
Nak bergaul dengan orang, saya tak berapa pandai,
tapi, kalau dengan budak2 saya on je
dengan syarat, boleh berenggang dari family dia, macam Soleha.
Soleha, anak saudara Mak Su Ti, umur 7 tahun.
Kecik je tapi dah pandai pakai celak.
Dia suka betul tarik saya, ajak saya main kat luar tapi hujan.
Tak bolehlah nak main.
Suruh saya makan popia cheese yang Pia(sepupu saya) buat dengan tok dia.
Yang sedihnya, dalam rumah tu ada 2 orang perempuan je.
Yang lain semua lelaki, cuma boleh buat-buat tak nampak jelah.
Saya tak kiralah berapa orang...
Biarlah, tak kisah sangat pun, seronok saya dan adik saya, Hakimah main dengan Soleha.

Selepas Asar, family mak long datang.
Tapi, tak semua pun yang hadir.
Mak long ada 9 anak, yang hadir cuma 4 orang saje dan 2 orang cucunya.
Malam tu, selepas solat Maghrib, Ana (sepupu) pergi rumah Mak Lang.
Rumah kat sebelah je, saya dan adik2 saya pun ikut semuanya.
Ehehe... Habis bising rumah tu dengar kitorang duk berceloteh.
Kitorang makan kek coklat dan minum air anggur je.
Kuih-muih raya ni, semua buatan sendiri Mak Lang dan anak-anaknya.
Kami pakat pulak, 4 orang (saya, Kak Ngah, Kak Cik dan Ana) nak makan kat kedai makan depan rumah. Tapi, nampaknya habis semua yang nak ikut.

Selepas solat Isyak, barulah main bunga api dan mercun.
Saya jadi pemerhati saja, tak nak main.
Kemudian, main The Killer sekali lagi.
Kesimpulannya, hari ni lah hari paling seronok kat rumah Mak Tok.
Esok dah nak balik rumah, sebab lusa ada majlis kat rumah Abie (sebelah ayah)

Pesanan saya, Hari Raya disambut bukan dengan tengok cerita pasal raya.
Bukan dengan dapat duit raya banyak-banyak.
Bukan dengan pakai baju raya yang cantik menawan.
Tapi, melalui ziarah-menziarahi, bertanya khabar dan saling bertegur sapa antara sanak-saudara.

Last but not least, saya ucapkan minta maaf banyak2.
Kalau ada buat silap sama ada sengaja ataupun tidak sengaja.
Kita kosong-kosong ye. ^_^